Skandal SRC: Jam tangan RM466,330 dipilih Rosmah sendiri, kata Najib

Image result for jam tangan rosmahKUALA LUMPUR: Jam tangan mewah bernilai RM466,330 yang dibeli Najib Razak di Honolulu, Amerika Syarikat sebagai hadiah ulang tahun kelahiran Rosmah Mansor, dipilih sendiri isteri bekas perdana menteri itu.
Najib, 66, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, pembelian jam tangan itu bertujuan menebus rasa bersalah kerana percutian bersama keluarga terpaksa ditangguh dan kebetulan ulang tahun kelahiran isterinya jatuh pada bulan itu.
Katanya ketika memberi keterangan membela diri terhadap 7 pertuduhan berkaitan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd semasa pemeriksaan utama peguamnya Muhammad Shafee Abdullah.
Najib berkata, jam yang dibeli pada 22 Dis 2014 itu disebabkan beliau perlu pulang segera ke Malaysia selepas Kelantan dilanda banjir teruk. Katanya, percutian bersama keluarganya setiap tahun mengambil masa 10 hari hingga 2 minggu, namun pada 2014, percutian terpaksa dipendekkan susulan banjir luar biasa di Kelantan.
“Keluarga saya begitu sedih saya terpaksa tinggalkan mereka dan balik ke Malaysia serta-merta, padahal percutian hujung tahun itu untuk meraikan ulang tahun isteri.
“Saya kemudian mengambil keputusan membeli sesuatu yang dipilih isteri.”
Pada 11 Nov lepas, Najib diperintah membela diri terhadap 3 pertuduhan pecah amanah, 3 pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dana SRC International, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu