Siasat pihak keluarga bekas menteri dalam kes NFC, kata Rafizi

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini berharap peguam negara akan bertindak terhadap pihak keluarga bekas menteri dalam kes National Feedlot Corporation (NFC).
Komen ini menyusuli tindakan Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap pembebasannya daripada tuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).
Rafizi dan bekas pegawai bank, Johari Mohamad dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan lepas.
“Saya harap peguam negara bersungguh-sungguh juga buka kes dan siasat pihak keluarga bekas menteri. Sehingga sekarang seorang pun belum didakwa,” katanya di Twitter hari ini.
Rafizi juga memutnaik notis pendaftar mahkamah meminta beliau hadir ke mahkamah pada 9 Mac tahun depan bagi bicara.
Kerajaan pada Jun memfailkan saman terhadap NFC, ketua pegawai eksekutifnya dan para pengarah serta 6 anak syarikat bagi mendapatkan kembali RM253.6 juta yang dipinjamkan kepada mereka.
CEO syarikat itu adalah suami kepada bekas menteri Shahrizat Abdul Jalil, Salleh Ismail. Anak-anak Shahrizat iaitu Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah adalah pengarah.
Kerajaan sedang mendapatkan pengisytiharan bahawa keluarga Salleh bertanggungjawab terhadap pembayaran semula itu.
Ia juga menuntut keuntungan yang timbul daripada dana yang dipinjamkan, dan hak hartanah yang dibeli menggunakan dana daripada pinjaman.
Rafizi dituduh mendedahkan akaun bank manakala Johari dituduh berkomplot dengannya di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya pada 7 Mac 2012.
Mahkamah Sesyen mendapati mereka yang pada awalnya dituduh bawah Bafia, yang kemudian digantikan dengan Akta Perkhidmatan Kewangan, bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan ke atas kedua-duanya.
Berikutan rayuan yang dikemukakan, Mahkamah Tinggi kemudian membebaskan mereka selepas memutuskan beberapa dokumen yang dihasilkan semasa perbicaraan tidak dapat diterima kerana tidak berada dalam bentuk asal.

Ulasan

  1. https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/12/06/siasat-pihak-keluarga-bekas-menteri-dalam-kes-nfc-kata-rafizi/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu