Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

Ulama Pas anggap menteri ingkar kuarantin macam burung hud-hud..!!

Imej
Mursyidul Am Pas Hashim Jasin menyifatkan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ibarat seekor burung hud-hud dalam kisah Nabi Sulaiman yang membawa keuntungan besar melalui kesalahannya melanggar undang-undang. Beliau berkata demikian memetik kisah dalam Surah An-Naml ketika berucap di Muktamar Dewan Ulama Pas Perak. Hashim mempertahankan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu yang ingkar perintah kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara Menurut Hashim, keingkaran burung hud-hud untuk mencari sumber air sebaliknya terbang untuk mengintip dan menemui kerajaan mewah di Saba menyebabkan Ratu Balkis dan rakyatnya memeluk Islam. Bagaimanapun, perumpamaan Hashim itu dilihat mengundang reaksi lucu sebahagian warganet. Ada yang menularkan poster simpulan bahasa siaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berbunyi, “cerita burung” dengan maksud “jangan percaya dengan berita yang dikhabarkan oleh Malik kerana itu semua cerita burung belaka.” Khairuddin merupakan Mente

Merdeka yang dicari...

Imej
Menjadi seorang Melayu bukanlah takdir semata, barangkali bukan juga satu pilihan. Hatta menjadi seorang Melayu yang mempunyai darah campuran Cina, mungkin juga bukanlah kehendak atau pilihan kita. Mengapa perlu sombong mendabik dada atas nama kaum sendiri dan sejak bilakah kita perlu berbangga dengan sesuatu yang kita tiada pilihan pada hakikinya? Suatu ketika dahulu, tempat ini dikenali sebagai Malaysia. Tempat apabila menjelangnya perayaan Deepavali, bangsa Melayu beragama Islam tidak memiliki rasa sangsi untuk mengunjungi rakan Hindu mereka, lalu duduk bersama menikmati thosai yang dicicah dengan kuah kari. Ketika itu, tiada yang mempersoalkan status halal atau haram daging yang dijadikan juadah kerana semua orang sedia maklum bahawa daging yang tidak halal sememangnya tidak akan disediakan kepada -orang Muslim. Malah tidak perlu kepada pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dek kepercayaan dan keyakinan sesama kaum yang ber

Pas akan bubar masuk Umno ?

Imej
  Presiden PAS kata dulu pun PAS pernah guna logo BN. Ye laa itu zaman Dato’ Asri … dulu kamu bantai Dato’ Asri bukan main .. hari ni kamu ambil ijtihad dia untuk pertahan tindakan kamu. Bagi saya isunya bukan soal salah atau tidak PAS guna logo BN … kalau PAS bubar terus masuk BN pun tak ada salahnya. Benda politik ni berasaskan ijtihad. Tidak menjejaskan aqidah pun. Dari sudut hukum agama, sama saja buat kerjasama politik dengan mana-mana parti politik pun. Tak ada lebih pahalanya bersama PAS atau Umno, dan tak ada lebih dosanya bersama PKR, Amanah, atau DAP. Urusan amal sholeh dan dosa pahala di sisi Allah tidak terikat pun dengan parti politik yang didokong oleh seseorang. Isu asasnya ialah selama ini kamu berbohong terhadap ahli dan penyokong parti kamu. Dan kamu menggunakan agama untuk membungkus pembohongan itu.

PRU AWAL SELEPAS PRK SLIM?

Imej
 Minggu lepas, ketika berucap dalam satu program kempen PRK Slim, Presiden UMNO, Zahid Hamidi membayangkan PRU akan diadakan dalam tempoh 100 hari akan datang. Kata beliau, itu adalah jangkaannya berdasarkan perkembangan semasa politik negara sekarang ini. Oleh itu, Zahid Hamidi mahu jentera UMNO dan BN sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan tersebut. Semalam pula, Zahid Hamidi menegaskan, PN seperti tidak ada pilihan lain kecuali mengadakan PRU awal bagi membentuk kerajaan yang lebih kukuh. Beliau berkata, sokongan tipis PN di Parlimen – hanya 111 kerusi berbanding 109 di pihak pembangkang membuatkan PN dilihat tidak stabil dan akan terus dipersenda sebagai kerajaan pintu belakang. “Kita tidak ada pilihan melainkan memperoleh mandat baru daripada rakyat untuk elakkan tuduhan berterusan. “Kerajaan sekarang mesti mengembalikan hak memilih kerajaan dan kuasa rakyat membuat pilihan,” tambahnya lagi. Setiausaha Agung BN, Annuar Musa dalam konteks yang sama berkata, meski

Sokongan BN pada PN hanya untuk tubuh kerajaan ‘pintu belakang’

Imej
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan sokongan Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), hanya melibatkan sokongan Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu. Pengerusi BN itu berkata demikian susulan pengumuman MIC hari ini untuk tidak menyertai PN, namun parti komponen BN itu akan terus menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada. “Namun, parti-parti di bawah BN, UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) tidak menyertai PN sebagai komponen perikatan itu. “Ini bererti biarpun PN mungkin didaftarkan dan disahkan penubuhannya, MIC bukan lagi sebahagian Jawatankuasa Penaja Perikatan Nasional,” katanya ketika ditemui pemberita di ‘bilik gerakan’ Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dekat Tanjung Malim, hari ini. Setiausaha Agung MIC Datuk M. Asojan Muniandy dilapor berkata, parti itu mulanya setuju menyertai pendaftaran PN dengan tanggapan UMNO dan BN akan turut sama. Sementara itu, A

Terbukti!! Hadi menipu penyokong PAS selama ini

Imej
  PAS menunjukkan sikap terbukanya dalam percaturan mereka bersama BN untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah termasuk jika diputuskan menggunakan lambang dacing. Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak ada halangan atau masalah untuk menggunakan apa saja lambang yang diputuskan oleh Perikatan Nasional. “PAS tiada masalah guna simbol BN. PAS boleh guna simbol BN di Sabah. “Kalau keputusan menggunakan simbol (parti) masing-masing, guna simbol masing-masing, kerana saya difahamkan ada parti di Sabah yang nak buat simbolnya sendiri. “Terpulang.. kita tak ada masalah,” katanya seperti dipetik Sinar Online di Marang hari ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRR) menetapkan 26 Sept ini untuk Sabah mengadakan PRN ekoran pembubaran dewan undangan negeri 30 Julai lalu ekoran wujud cubaan menjatuhkan kerajaan negeri oleh sekumpulan Adun diketuai bekas ketua menteri, Musa Aman. PAS memang tidak asing menjadi parti yang bertanding di Sabah namun setakat ini

Agama dilelong di pasaran politik

Imej
  Diantara penyakit yang membarah dalam sistem dan budaya politik negara kita ialah permainan sentimen agama yang digunakan secara tidak bertanggungjawab bagi membina kebencian sebahagian kelompok rakyat terhadap satu kelompok rakyat yang lain. Tidak dinafikan, taktik sebegini memang cukup berkesan tetapi ialah sangat bahaya dan merosakkan. Budaya politik ini telah merosakkan dan menimbulkan konflik yang berpanjangan di banyak negara di dunia dan sangat sukar dipulihkan. India, Lebanon, Bosnia, Serbia, Sudan, Ireland Utara, dan beberapa negara lain ada contoh yang jelas. Ianya bukan sahaja berlaku sehingga menimbulkan konflik antara penganut agama yang berbeza, malah di kalangan penganut agama yang sama tetapi berbeza aliran (sectarian konflik). Ini berlaku di Iraq, Syria, Yaman, Pakistan, dan Afghanistan. Hakikatnya, fenomena berlaku bila ada pihak yang ‘mengaqidahkan’ ideologi politik mereka dan ‘menyesatkan/mengkafirkan/memunafikkan’ ideologi politik yang tidak s

Amaran Umno untuk Bersatu, buktikan kejujuran dan keikhlasan....!!!

Imej
  SLIM RIVER – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada Bersatu agar parti itu membuktikan kesetiaan dan kejujuran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini. Presiden UMNO itu menegaskan inilah masanya Bersatu membalas balik jasa persahabatannya dengan memberi kira-kira 6,000 undi yang diterima pada Pilihan Raya Umum (PRU) ketika menggunakan logo PKR kepada calon BN. Tambah beliau, jika gagal berbuat demikian, parti itu perlu bertanya apakah nilai persahabatan meteka kepada BN dan Muafakat Nasional (MN) selama ini. “Betul kita sokong Perikatan Nasional (PN) tapi jangan jadi BN melukut di tepi gantang. Hendak berkawan biar sebenarnya dan hendak berkongsi “Tidak ada agenda di belakang tabir dan kita tidak mahu BN dan MN digunakan hanya sebagai batu loncatan selama ini. “Jangan main-main dengan BN dan MN serta jangan ingat bila ada cahaya di hujung terowong yang kerap berger

UMNO MULA BERLAGAK, BELUM APA2 SUDAH NAK BULI BERSATU MELALUI MN

Imej
  Wakil Pemuda Bersatu (Armada) diperlakukan dengan layanan yang kurang menyenangkan pada majlis pelancaran jentera Pemuda BN untuk pilihanraya kecil Slim, tengah hari tadi. Hadirin yang terdiri daripada penyokong BN menyorak “boo” apabila Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menyebut parti itu yang sekarang berhasrat secara rasmi menyertai Muafakat Nasional, gabungan parti itu dan PAS. Menambah layanan memalukan itu, apabila Zahid memberitahu Armada supaya membuktikan keupayaannya pada PRK ini. “Pada PRK Chini dan Slim, ada Armada Bersatu (hadirin bersorak boo). “Di Slim, buktikan bahawa mereka jujur dan ikhlas bersama kita,” katanya lagi. Kata Zahid Hamidi, walaupun UMNO menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan PN tetapi menegaskan perlunya Bersatu menunjukkan keihlasannya. Seterusnya, Zahid Hamidi mengingatkan Bersatu sekiranya parti itu gagal menarik 6,000 undi kepada BN pada PRK Slim, maka BN patut menyoal nilai kerjasamanya dengan Bersatu. “Kalau tidak dapat 8,000

AKHIRNYA HADI DOTE SEDAR PN TIADA MANDAT RAKYAT….

Imej
PAS kelihatan begitu bersemangat untuk menghadapi pilihanraya umum (PRU) sekali gus mendapatkan mandat daripada rakyat untuk menjadi kerajaan. Ketika ini kata Presidennya, Abdul Hadi Awang, kerajaan Perikatan Nasional dibentuk hanya dengan “mandat daripada wakil rakyat”. Abdul Hadi berkata mandat berkenaan perlu diperolehi daripada rakyat untuk diberikan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN). “Kita bersedia (hadapi PRU) pada bila-bila masa. Perlu mendapat mandat secara langsung daripada rakyat. “Sekarang ini kita dapat mandat daripada wakil rakyat saja ,” katanya. Sebagaimana fakta yang bukan lagi rahsia, PN dibentuk melalui pakatan sejumlah pemimpin kanan PKR dan Bersatu kumpulan Muhyiddin untuk bekerjasama dengan Muafakat Nasional – yang dianggotai UMNO dan PAS – serta BN pada hujung Feb lalu. Kecuali Bersatu, semua parti yang membentuk PN gagal mendapat mandat daripada rakyat dalam PRU ke-14 yang diadakan pada Mei 2018. Kenap

Bahayanya sikap “pelampau agama” dalam negara ini

Imej
  Sekarang ramai rakyat Malaysia sudah tahu apa bahayanya walaun dalam negara ini. Semalam baru anggota polis dan tentera dah kena tajjasus dengan Asri Janggut sampai pertikai syahadah dan solat anggota polis. Walaupun dia dah minta maaf tapi dari ayat dia jelas satu kesombongan yang nyata. Mungkin asbab ahli parti agama, dapat pula lindungan ulama besar, kopiah kat kepala 24 jam, dia merasakan yang syurga dan neraka itu milik dia. Kami dalam Amanah dah lama rasa macam mana kena persoal ibadah, kena kafir, di persoal iman, di suruh taubat sebab keluar dari PAS, gara-gara berlainan parti politik. Cuma dia lupa satu ingredient besar kalau hendak masuk syurga, iaitu masuk syurga bukan dengan amalan sendiri tapi dengan “rahmat Allah”. Dia lupa yang kesombongan juga salah satu sebab Allah keluarkan Azazil dari syurga. Dan kesombongan juga jadi penghalang diri untuk masuk syurga sebagai mana hadis Nabi di bawah. Mungkin dia rasa sebab dia dalam parti agama, Allah akan kurniaka

Rafizi: 'Itu bukan suara saya'

Imej
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli menafikan dakwaan yang mengaitkannya sebagai pemilik suara di sebalik klip audio yang mengulas mengenai kempen pengutipan dana untuk setiausaha agung, DAP Lim Guan Eng. "Saya mendapat pesanan yang meminta untuk mengesahkan rakaman suara yang membuat komen mengenai kes Guan Eng yang sedang berjalan. "Itu bukan saya," kata Rafizi di Twitter. Rafizi, yang berundur dari politik pada Disember 2019, juga menambah bahawa dia tidak pernah memberikan komen mengenai politik atau tokoh politik dan dia tidak mempunyai rancangan untuk melakukannya. Dalam klip audio itu, seorang lelaki didengar mengatakan bahawa Lim tidak perlu memberi rasuah dalam projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang apabila DAP dapat mengumpulkan berjuta-juta dana dalam beberapa hari untuk membayar wang jaminannya. "Apa perlunya Guan Eng bersusah payah meminta rasuah RM3.3 juta kerana mereka fitnah (memfitnahnya) kerana dia tidak perlu meminta wan

INDIVIDU ISTIMEWA LUAR TERENGGANU YANG PEGANG BERBELAS JAWATAN DALAM GLC NEGERI?

Imej
  Dua hari lalu, bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said mempersoalkan tindakan Kerajaan Terengganu melantik individu tertentu memegang terlalu banyak jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan negeri itu. Beliau berkata, lebih mendukacitakan, individu yang mempunyai rekod tidak baik dan pernah dipecat turut dilantik memegang sehingga 13 jawatan termasuk pengerusi, ahli lembaga pengarah dan penasihat. “Saya berasa dukacita apabila individu yang tidak mempunyai rekod yang bagus di Kelantan dan pernah dipecat tetapi hari ini mendapat gaji RM800,000 setahun iaitu kira-kira RM67,000 sebulan dengan dilantik menjadi pengerusi di sebuah syarikat, 11 pengarah dan turut menjadi penasihat. “Seorang warga England pula dilantik menjadi pengerusi di enam buah syarikat dan pengarah di enam buah syarikat dengan gaji keseluruhan RM650,000 setahun. “Itu masalahnya, sampai berbelas-belas bagai (jawatan). Tiada orang lainkah sehingga seorang pegang terlalu banyak syarikat. “Hebat san

Skandal Felcra: Bung Moktar suruh saya tandatangan dokumen pindah wang RM150 juta, kata saksi

Imej
  KUALA LUMPUR: Seorang bekas ahli lembaga pengarah (ALP) Felcra memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini Bung Moktar Radin menghubunginya untuk menandatangani surat pemindahan wang pelaburan RM150 juta berhubung unit amanah Public Mutual. Abdul Fattah Abdullah, 61, kini presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkata Bung yang merupakan pengerusi bukan eksekutif Felcra ketika itu, menghubunginya untuk mengetahui sama ada beliau berada di pejabat untuk menandatangani surat itu. “Bung Moktar tanya saya sama ada berada di pejabat atau tidak kerana ada dokumen yang dibawa oleh bahagian kewangan Felcra perlu ditandatangani,” kata saksi pendakwaan ke-6 itu semasa pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Siti Noor Hafizan Zakaria pada perbicaraan kes rasuah ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isterinya, Zizie Ezette A Samad, yang juga seorang pelakon. Ketika disoal sama ada beliau mengetahui tujuan pemindahan RM150 juta berkenaan, Abdul Fattah berkata:

MN atau PN : Keduanya adalah simbol pengkhianatan

Imej
  Pertanyaan ini sering diaju kepada saya oleh teman-teman setiap kali membicarakan masa depan politik Malaysia dan lawan Harapan menjelang PRU15 akan datang. Respon saya – Sepertimana beberapa kepimpinan dan Ulamak pas tipu ahli-ahli pas dulu, khususnya sejak tahun 2008 sehinggalah kemuncaknya menjelang muktamar pemilihan pas tahun 2015 yang menyaksikan peristiwa perpecahan terbesar dalam Pas (lihat pengakuan terkini beberapa individu pemimpin pas), seperti itu jugalah elit-elit pemimpin umno kini menipu ahli-ahli umno di bawah sejak elit-elit politik umno ini desprate untuk kembali berkuasa. Ahli-ahli dan kepimpinan umno di bawah hakikatnya akan menjadi mangsa daripada apa sahaja bentuk kerjasama politik yang wujud dan nantinya akan terbentuk rasmi antara umno pas dan Bersatu khianat. Sama ada Muafakat Nasional mahupun Perikatan Nasional, semua ini bakal memangsakan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin umno di bawah. Mereka yang akan dikorbankan, sama seperti bagaimana a

Skandal 1MDB: Najib tak minta saya pilih antara 2 penyata 1MDB yang bercanggah - Ambrin

Imej
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Abdul Razak tidak pernah meminta bekas ketua audit negara Ambrin Buang memilih antara dua penyata kewangan 1MDB bagi tahun kewangan 2014 yang bercanggah antara satu sama lain. Ambrin sebagai saksi keenam memberi keterangan bahawa dia tidak diberitahu perkara itu oleh Najib semasa mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 22 Februari 2016. Ia berlaku dua hari sebelum mesyuarat yang didakwa membawa kepada keputusan menggugurkan beberapa perkara yang berpotensi menjadi kontroversi daripada laporan audit akhir 1MDB. Antara bahagian yang dikatakan dibuang daripada laporan itu adalah isu percanggahan dua penyata kewangan bagi tahun 2014. Ambrin berkata demikian ketika menjawab soalan peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah, semasa soal balas dalam prosiding mahkamah terbuka di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan hari ini. Shafee: Adakah perdana menteri kata terdapat dua penyata kewang

Skandal 1MDB: Penyelesaian Goldman Sachs - Ganti rugi yang merugikan

Imej
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men

"You Lost That Last Election" - A Tribute to Dato Sri Najib

Imej

Muafakat Nasional: Ahmad Said dedahkan ada warga England diberi 12 jawatan GLC di Terengganu

Imej
  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mempersoalkan tindakan Kerajaan Terengganu melantik individu tertentu memegang terlalu banyak jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan negeri itu. Beliau berkata, lebih mendukacitakan, individu yang mempunyai rekod tidak baik dan pernah dipecat turut dilantik memegang sehingga 13 jawatan termasuk pengerusi, ahli lembaga pengarah dan penasihat. “Saya berasa dukacita apabila individu yang tidak mempunyai rekod yang bagus di Kelantan dan pernah dipecat tetapi hari ini mendapat gaji RM800,000 setahun iaitu kira-kira RM67,000 sebulan dengan dilantik menjadi pengerusi di sebuah syarikat, 11 pengarah dan turut menjadi penasihat. “Seorang warga England pula dilantik menjadi pengerusi di enam buah syarikat dan pengarah di enam buah syarikat dengan gaji keseluruhan RM650,000 setahun. “Itu masalahnya, sampai berbelas-belas bagai (jawatan). Tiada orang lainkah? Seorang pegang terlalu banyak syarikat. Hebat sa

Dr Zuhdi mengaku usaha gabung dengan Umno bermula 2011 lagi

Imej
  Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, langkah menyatukan kaum Melayu melalui usaha bergabung dengan Umno sebenarnya telah dilakukan sejak tahun 2011 lagi. Bagaimanapun beliau menyalahkan dengan mendakwa ada di antara pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) yang dahulunya berada di dalam Pas, tidak bersetuju dengan langkah tersebut. “Saya yang mengusahakan penyatuan umat Melayu sejak 2011 lagi. “Memang ramai dalam Pas yang tak setuju masa itu termasuk yang berada dalam PAN (AMANAH) sekarang. Alhamdulillah sekarang berhasil,” kata orang kanan Pusat Penyelidikan PAS (PPP) itu  menerusi satu komen di facebook. Sebelum ini, Pas menafikan sekeras-kerasnya andaian yang mengatakan parti itu akan bergabung dengan parti Umno. Pada 2015, Pas menyifatkan isu yang digembar gembur mengaitkan parti itu akan bekerjasama apatah lagi bergabung dengan Umno. Ia hanyalah impian DAP semata-mata dan bukannya impian Pas. Malah, Pas pada 2018 sekali lagi mendakwa tuduhan b

Campur tangan politik: Taikun yang terheret dalam skandal 1MDB

Imej
Secara tidak semena-mena taikun hartanah Lim Soon Peng mendapati dirinya menjadi perhatian dalam politik negara selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan semalam mendakwa seorang "Tan Sri" mendapat bantuan politik berhubung akaun bank miliknya yang dibekukan berkaitan skandal 1MDB. Bagaimana pengasas Titijaya Land berusia 64 tahun itu, yang selama 37 tahun dalam bidang hartanah, tiba-tiba terbabit dalam skandal 1MDB? Jawapannya ialah dengan memberi bantuan kepada Najib Razak sewaktu menjadi perdana menteri. Menurut siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Najib membuat sekurang-kurangnya sembilan pemindahan wang kepada Lim antara 2012 hingga 2015 daripada akaun peribadinya yang menerima wang RM2.6 bilion, yang menurut pendakwaan boleh dikesan jejaknya kepada 1MDB. Transaksi berjumlah RM31.103 juta itu adalah seperti berikut: 16 April 2012 - RM1 juta 10 Mei 2013 - RM225,000 5 Jun 2013 - RM864,750 7 Ogos

Usaha Pas gabung Umno bermula selepas kematian Nik Aziz atas arahan Hadi – Takiyuddin

Imej
KOTA BHARU: Muafakat Nasional (MN) yang menggabungkan PAS dan Umno perlu dipertahankan sampai bila-bila sebagai benteng kekuatan orang Melayu di negara ini. Setiausaha Agung, PAS Dato’ Takiyudin Hassan berkata, generasi muda hendaklah mempertahankan MN sebagai kesinambungan perjuangan pada masa akan datang. Katanya, orang Melayu di negara ini tidak mampu berpecah, lebih- lebih lagi mengulangi sejarah lama yang pernah berlaku sebelum ini. “Selama kira kira 60 tahun orang Melayu berpecah merupakan tempoh yang begitu panjang. Biarpun begitu PAS dan Umno pernah bekerjasama dalam kerajaan campuran pada 1972 sebelum menyertai kerajaan Barisan Nasional pada 1974. “Usaha ke arah penyatuan Melayu dimulakan sejak 2015 selepas saya diamanahkan sebagai Setiausaha Agung PAS, usaha itu atas arahan presiden,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kota Bharu di Dewan Jubli Perak MPKB BRI di sini, semalam. Ketika mengimbau apa yang berlaku itu ada ketikanya beli

“ORANG MELAYU SUDAH KENAL SIAPA UMNO SIAPA PAS”

Imej
1. “Sejak kalah Pilihanraya Umum ke14 yang lalu UMNO dan PAS mula mengamalkan pendekatan politik ekstrem atau politik keterlaluan – UMNO menggunakan politik perkauman dan PAS pula menggunakan Islam sebagai senjata BAGI MENDAPATKAN SEMULA sokongan orang Melayu. 2. “Saya dan Shafie Apdal digugurkan dari Kabinet dan dipecat sebagai Ahli UMNO oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana membangkitkan isu 1MDB. 3. “Berani saya katakan Najib dan dan penyokong – penyokong TELAH MEROMPAK hak rakyat dan Negara sedangkan PAS pula MENYOKONG perompak – perompak tersebut – INI ISLAM APA ? 4. “Orang Melayu tidak boleh ditipu lagi; MEREKA SUDAH KENAL SIAPA UMNO DAN SIAPA PAS”. 5. “PERCAYALAH SAYA TIDAK AKAN SEKALI – KALI BERSAMA UMNO LAGI”. 6. Itu adalah beberapa sedutan ucapan yang diluahkan Muhyiddin bagi menunjukkan KEBENCIAN beliau terhadap UMNO dan PAS tidak lama dulu. 7. Apakah beliau langsung tidak berfikir sebelum mengeluarkan kata – kata tersebut atau setakat seronok – seronok sahaja untuk

MENTERI UNDANG2 LOYAR BURUK, LEBIH RELA ISTERI PEMIMPIN PAS TERUS JADI ALAT TARUHAN POLITIK

Imej
Di Dewan Rakyat semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal undang-undang, Takiyuddin Hassan menggesa undang-undang anti lompat parti dikuatkuasakan di Pulau Pinang terlebih dahulu jika pembangkang benar-benar mahu perkara yang sama dilaksanakan di peringkat persekutuan. Katanya, berikutan ada beberapa Adun di Pulau Pinang telah melompat parti dan undang-undang anti lompat juga sudah diluluskan di negeri itu, kerajaan Pulau Pinang harus memaksa mereka mengosongkan kerusi masing-masing. “Saya mencadangkan agar Pulau Pinang memecat para Adun tersebut dan membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya ketika sesi penggulungan titah Yang Dipertuan Agong. Walaupun berkelulusan undang-undang dan merupakan seorang lawyer, dengan berhujah demikian, Takiyuddin sebenarnya lebih sesuai digelar loyar buruk saja. Sebagai orang yang berpengetahuan dalam hal undang-undang, beliau seharusnya sedar bahawa undang-undang di peringkat negeri tidak boleh mengatasi undang-unda

Skandal 1MDB: Zafrul ulangi wang Tabung Harapan diguna bayar hutang 1MDB

Imej
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sekali lagi mengulangi bahawa Tabung Harapan yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB. Sementara itu, beliau berkata hutang kerajaan dan liabiliti pada masa ini adalah sebanyak RM1.26 bilion. Status mengenai wang Tabung Harapan menjadi modal politik bagi wakil rakyat dan penyokong PN, walaupun kerajaan terdahulu pada November lalu menyatakan kesemua RM205.49 juta wang tabung itu telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB pada 2019. "Ke mana pergi duit Tabung Harapan tu?" soal Noh Omar (BN-Tanjung Karang di Dewan Rakyat hari ini. Tengku Zafrul, yang menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong menjawab: "Tabung Harapan dah digunakan untuk bayar hutang 1MDB". Tabung Harapan diwujudkan oleh PH pada Mei 2018 untuk membolehkan orang ramai menyumbang dalam usaha mengurangkan hutang kerajaan persekutuan, yang menteri k

Zuraida: Kerajaan PN tak akan laksanakan pilihan raya k'jaan tempatan

Imej
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Zuraida Kamaruddin. Bagaimanapun, Zuraida masih berpendirian pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan memberi banyak kelebihan, termasuk meningkatkan kualiti ahli majlis tempatan. Bercakap di Dewan Rakyat, Zuraida mengatakan bahawa kerajaan tempatan (PBT) dan masyarakat belum bersedia untuk pelaksanaannya. "Kerajaan PN tidak akan laksanakan pilihan raya kerajaan tempatan, yang saya juga lihat (merupakan) satu perkara drastik. "Masyarakat dan PBT kita tak bersedia," katanya dalam sesi pertanyaan menteri. Bulan lalu Zuraida memberitahu Dewan Rakyat bahawa kertas pilihan raya kerajaan tempatan akan dibentangkan pada pertengahan 2021 untuk persetujuan kabinet. Ketika ini, Pada masa ini, jawatankuasa dasar dan operasi sedang mengkaji idea tersebut. Kajian juga sedang dijalankan. Bagaimanapun, sekutu PN dari Umno, PAS, dan GPS menyuar

MELANTAK DENGAN WANG RAKYAT: APA PUNYA LEKEHLAH KERAJAAN PN INI, MAKAN PUN GUNA DUIT GLC?

Imej
Sehingga ini belum ada penjelasan berhubung dakwaan bahawa dana GLC diguna setiap hari untuk menaja jamuan VVIP di Parlimen. Dakwaan tersebut telah disiarkan di beberapa portal, malah tular di media sosial sejak semalam. Sebelum ini, sejak Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan PN, beliau telah melantik Ahli-Ahli Parlimen untuk menerajui GLC-GLC bagi memastikan sokongan terhadapnya berkekalan, meskipun sesetengahnya diragui dari segi kelayakan dan kemampuan. Kini, GLC-GLC digunakan sekali lagi untuk menaja makan tengahari VVIP setiap hari di Parlimen, termasuk yang dihadiri oleh Muhyiddin dan Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun. Apa perlunya dana GLC diguna untuk menaja makan tengahari mereka yang bergaji puluhan ribu itu? Sudah diberi gaji berpuluh ribu, sekarang kikis lagi wang GLC untuk menaja makan mereka? Apa punya lekehlah kerajaan PN ini? Tak boleh tanggung makan sendiri ke? Sudahlah ramai rakyat dilanda kesusahan disebabkan tiada pekerjaan, bahkan ada yang d