Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

Nasrudin sembang akaun pada cek RM1.4 juta palsu

Imej
  Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan mendakwa menafikan gambar cek dan nombor akaun yang dikatakan sebagai bayaran RM1.4 juta yang dibuat PAS."Kelmarin ditularkan gambar cek dan nombor akaun untuk memfitnah PAS dengan lagu baru RM1.4 juta. "Ada kawan-kawan semak nombor akaun yang ditular itu dengan cuba transfer (memindahkan) duit RM5 dan RM1, ternyata akaun itu tidak wujud," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini. Kenyataan itu turut disertai dengan tanda pagar "#tolakakaunpalsu". Meskipun tidak menyebut secara spesifik, ia dipercayai merujuk cek RM1.4 juta yang didakwa diterima Clare Rewcastle Brown sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Presiden PAS Abdul Hadi Awang di luar mahkamah pada bulan lalu. Dalam artikel terbaru Sarawak Report hari ini, turut disertakan beberapa gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia, sekeping cek Bank Islam dan sepucuk surat kepada Maybank yang men

Peguam sahkan cek RM1.4j sudah jelas

Imej
Peguam Americk Sidhu mengesahkan nombor akaun yang digunakan pada cek RM1.4 juta yang diterima anak guamnya, editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown. Americk tampil membuat pengesahan itu selepas Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan mendakwa nombor akaun pada cek bayaran itu sebagai palsu. "Saya boleh sahkan cek ini sudah diluluskan ke dalam akuan Maybank anak guam saya, yang bermakna cek ini asli atau bank yang luluskan itu buat kesilapan besar," katanya kepada Malaysiakini. Americk yang merupakan penama dalam cek berkenaan menambah bahawa cek berkenaan ditulis di hadapannya, namun enggan mendedahkan pemegang akaun penulis cek itu.

Saya didekati 'ejen' PAS - Rewcastle-Brown

Imej
KUALA LUMPUR: Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, mengesahkan beliau didekati ‘perantara’ dari PAS yang menawarkan penyelesaian di luar mahkamah berhubung kes saman presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terhadapnya. Katanya, terdapat rundingan meluas antara beliau dengan perantara mewakili PAS ketika itu, yang prosesnya direkod oleh Sarawak Report . “Rekod berkenaan disampaikan kepada (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) dan ejennya dalam PAS yang terbabit dalam kes berkenaan (Peguamcara London, Carter Ruck, mengesahkan syarikatnya mewakili Hadi dan PAS dalam kes ini). “Akhirnya, (Abdul) Hadi dan penasihatnya dalam PAS bersetuju dengan Sarawak Report mengenai terma termasuk pembayaran RM1.4 juta, sebagai penyelesaian di luar mahkamah bagi kes saman membabitkan Abdul Hadi,” katanya. Difahamkan, seorang perantara PAS, seorang peguam dan seorang penyokong PAS melawat peguam Sarawak Report di Kuala Lumpur pada 24 Januari bagi memuktamadkan syarat berkenaan.

BUKTI AKAUN YANG MEMBAYAR RM1.4 JUTA WUJUD DAN SIAPA YANG TOLONG BAYARKAN..!!

Imej
  1. Saya telah dimaki secara berjemaah oleh penyokong-penyokong PAS sejak pagi tadi kerana memberi ulasan mengenai pendedahan bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi Awang telah membayar Clare Rewcastle Brown sebanyak RM1.4 juta untuk membolehkan beliau (Hadi Awang) menarik balik saman di mahkamah UK. 2. Saya dituduh menyebarkan fitnah kerana penyokong-penyokong PAS ini memberikan hujah bahawa nombor akaun Bank Islam yang terkandung di dalam perjanjian yang mengesahkan pembayaran (iaitu akaun Bank Islam bernombor 9010001388) itu dikatakan nombor akaun palsu. 3. Penyokong-penyokong PAS telah cuba memindahkan wang ke akaun Bank Islam bernombor 9010001388 ini untuk mengesahkan akaun itu wujud. Cubaan itu gagal kerana akaun Bank Islam mempunyai 14 digit dan nombor yang dimasukkan ke dalam perjanjian itu hanya ada 10 digit. 4. Lalu mereka (penyokong-penyokong PAS) telah menyebarkan komen-komen bahawa ini satu lagi penipuan terancang untuk memfitnah presiden dan parti mereka. 5. Mer

UM teroka pelajar urus sendiri pilihan raya kampus

Imej
PETALING JAYA: Buat pertama kali dalam sejarah universiti awam Malaysia, pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar di universiti tertua negara ini akan diuruskan sepenuhnya oleh pelajarnya tahun ini. Di Universiti Malaya (UM), Jawatankuasa Pilihan raya Kampus (CEC), yang dianggotai sepenuhnya oleh pelajar universiti itu, telah diwujudkan bagi mengurus dan memantau pilihan raya yang akan diadakan pada 4 Mac ini. Ini susulan pengumuman kerajaan pada September tahun lepas bahawa pilihan raya kampus di universiti awam akan bebas daripada campur tangan pentadbir universiti. “Kali pertama dalam sejarah UM dan juga di Malaysia, kami membenarkan pelajar mengurus sendiri pilihan raya,” kata timbalan naib canselor Bahagian Hal-ehwal Pelajar dan Alumni UM, Abdul Aziz Abdul Rahman kepada FMT. Katanya, UM mahu memperkasakan pelajar dan membuktikan bahawa mereka mampu mengurus hal-ehwal mereka sendiri. “Kami percaya ini akan membantu membina mereka sebagai pelaj

AG heret Shafee ke mahkamah atas dakwaan menghina

Imej
Peguam Negara Tommy Thomas mendapat kebenaran untuk mengheret Muhammad Shafee Abdullah ke mahkamah atas tuduhan menghina. Ini adalah berhubung ulasan Shafee di video KiniTV yang bertajuk “Shafee: This is completely bonkers”. Permohonan untuk mendapat kebenaran Tommy diluluskan oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Firuz Jaffril pagi ini dan pengurusan kes untuk saman sivil itu kemudiannya ditetapkan pada 25 Mac. Tommy diwakili oleh peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan. "Hari ini adalah perbicaraan untuk permohonan ex parte kerana menghina. "Nampaknya mahkamah berpuas hati dan memberikan kebenaran," katanya kepada wartawan di luar mahkamah. Menurutnya, kertas pertuduhan akan disampaikan kepada Shafee "dalam masa 14 hari". Dalam video tersebut, antaranya Shafee dirakamkan sebagai berkata: “[...] But we think our case is very good. Ok? If you leave the judge alone, do not influence the judge, if the judge is straight, if witnesses are

Mat Sabu 'naik angin'

Imej

Mat Hasan: Sejak bila salah kalau ajak Melayu bersatu?

Imej

Dana UMNO RM90 Juta: Saya kata memang saya tak tahulah, kata Nasir

Imej
Bekas anggota parlimen PAS Kelantan, Mohamad Nasir Che Daud dipanggil memberi keterangannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kota Bharu, hari ini. Bekas anggota parlimen Kuala Krai (1999-2004) itu tiba di bangunan ibu pejabat SPRM Kelantan kira-kira jam 9.50 pagi dan keluar daripada bangunan itu pada jam 11 pagi tadi. Menurut Mohamad Nasir, dia dipanggil untuk disoal siasat mengena isu dakwaan penerimaan dana RM90 juta kepada PAS. "Ya dikatakan (isu RM90 juta), mereka tanya saya sama ada tahu atau tak tahu. Saya kata memang saya tak tahulah," katanya ketika ditemui media selepas pertemuan dengan SPRM itu.

Dana UMNO RM90 Juta: Mursyidul am, bekas MP PAS pula dipanggil SPRM

Imej
Mursyidul Am PAS, Hasim Jasin dan bekas ahli parlimen Kuala Krai, Nasir Daud hari ini dipanggil bagi memberi keterangan membantu siasatan SPRM. Menurut portal Berita Harian Online , mursyidul am PAS itu akan memberi keterangannya di pejabat SPRM Perlis, manakala Nasir pula di pejabat SPRM Kelantan. Difahamkan siasatan itu berhubung dakwaan penerimaan RM90 juta dana berkaitan 1MDB yang diberi oleh Umno. Semalam, SPRM merampas beberapa kenderaan mewah, sebuah rumah kedai dan wang tunai serta membekukan beberapa akaun bank berhubung siasatan ke atas PAS. Sumber memberitahu Malaysiakini , kenderaan, akaun bank dan rumah kedai berkenaan dimiliki oleh beberapa pemimpin PAS. Antara kenderaan yang dirampas itu adalah Toyota Vellfire, Range Rover dan Mini Cooper. SPRM juga mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan untuk memberi keterangannya semalam. Pada 8 Februari lalu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa hadir hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi m

BERANIKAH PAS BERBOHONG LAGI SELEPAS INI?

Imej
Ketika Anwar Ibrahim mula-mula mendedahkan bahawa Pas telah membayar sejumlah wang kepada Sarawak Report sebagai sebahagian daripada syarat penyelesaian saman fitnahnya terhadap portal tersebut, beberapa pemimpin Pas tampil menafikan dakwaan itu. Mereka senada mengatakan tiada sebarang bayaran dibuat kepada editornya, Clare Rewcastle Brown Kemudian, apabila Anwar sekali lagi mendedahkan beliau mempunyai bukti bahawa bayaran RM1.4 juta telah dibayar kepada Clare sambil mencabar Pas agar menyamannya, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, dakwaan Presiden Anwar itu hanya bersandarkan khabar angin semata-mata. Sehubungan itu, jelasnya, berdasarkan bukti dan dokumen yang ada padanya, beliau akan mengadakan sidang media dalam waktu terdekat untuk menyanggah dakwaan Anwar itu. Tetapi, hanya beberapa jam selepas Takiyuddin membuat kenyataan tersebut, Clare sendiri dalam pendedahannya melalui Sarawak Report, telah mengesahkan bellau memang telah dibayar sebanyak

Wah, bukan main bangga panggil Najib ‘Bossku’, kata Dr M

Imej
SEMENYIH: Tinggal beberapa hari menuju hari pengundian PRK DUN Semenyih, Dr Mahathir Mohamad menghalakan kritikannya terhadap para penyokong Najib Razak, yang kembali popular meskipun berdepan berpuluh pertuduhan di mahkamah. Pengerusi Pakatan Harapan menegur mereka yang masih setia dengan “Bossku”, gelaran yang dipakaikan Najib ketika ini, yang katanya terpalit dengan dakwaan salahlaku. “‘Bossku’ bukan sebarang bos. Wah, bukan main lagi bangga, itulah ‘Bossku’. Betul tak malu, memang tak malu langsung. Tersenyum dipanggil ‘bossku’. “Saya pun ada salah tapi saya tak salah tolak Najib,” katanya di satu ceramah di Taman Pelangi malam tadi. Hadir sama Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Mukhriz Mahathir, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Seramai 3,000 hadirin memenuhi kawasan ceramah sejak 8.00 malam. Dr Mahathir berkata penduduk Semenyih tidak akan rugi j

Sarawak Report sahkan Hadi bayar RM1.4 juta selesai kes saman RM90 juta

Imej
Sarawak Report hari ini mengesahkan dakwaan presiden PKR, Anwar Ibrahim bahawa Clare Rewcastle-Brown dibayar sebanyak RM1.4 juta oleh Abdul Hadi Awang sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah mereka berkaitan satu saman fitnah yang difailkan di London. Ini susulan kenyataan setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan yang menafikan dakwaan Anwar dengan berkata, penyelesaian itu tidak melibatkan apa-apa pertimbangan kewangan. “Tidak ada dokumen yang menunjukkan Sarawak Report tidak dibayar. Sebaliknya kami membunyi banyak bukti yang menunjukkan kami dibayar oleh ejen Abdul Hadi bagi membolehkan beliau menarik balik tuntutannya,” lapor portal pemberi maklumat itu. Portal itu berkata, ia terpaksa mendedahkan maklumat penyelesaian itu selepas pemimpin PAS menafikan laporan media bahawa pembayaran itu benar-benar berlaku. “Dalam proses tersebut, mereka melanggar terma penyelesaian yang mereka sendiri kenakan, iaitu tidak membincangkan terma pe

Isu RM90j: Deritanya luar biasa - Tuan Ibrahim

Imej
SEMENYIH : “Kalau fitnah dengan duit kepada orang susah (Pas), sakitnya luar biasa, deritanya luar biasa.” Demikian kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengulas fitnah melibatkan wang RM90 juta yang mengaitkan parti tersebut. Menurutnya, Pas dibina bukan atas permaidani merah sebaliknya dibina atas keringat dan sumbangan ahlinya. “Berpuluh pemimpin Pas bila nak bertanding, dia jual harta, jual tanah. Kita orang susah tuan-tuan, Pas orang susah. “Bila fitnah dengan duit kepada orang susah, sakitnya, deritanya luar biasa. Kalau orang tuduh lain kita boleh tahan lagi,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Perdana anjuran UMNO dan Pas di sini, malam tadi. Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan calon BN bagi PRK DUN Semenyih, Zakaria Hanafi. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentikan segala fitnah kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Ia berkaitan penyelesai

PAS boleh jadi murung lihat PH makin kuat....

Imej
PUTRAJAYA, 1 Mac — Rasa 'terasing' dan gelisah melihat kekuatan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini mendorong PAS untuk terus mendakwa wujud rancangan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Salahuddin Ayub berkata, PAS, yang dulunya pernah menolak untuk bersama PH, kini risau dengan kekuatan pakatan tersebut selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.

Clare sahkan Hadi bayar RM1.4j

Imej
Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown hari ini mengesahkan dia menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Abdul Hadi Awang di luar mahkamah pada bulan lalu. Bagaimanapun Clare menjelaskan ia bukan sebahagian daripada perintah mahkamah kerana hakim tidak mengarahkan presiden PAS itu membayar kos kerana ia sudah dibuat kepada pihak ketiga yang mewakili portal tersebut, iaitu peguam Malaysia, Americk Sidhu "Sarawak Report bersetuju dengan syarat Abdul Hadi iaitu kedua-dua ppihak merahsiakan bayaran yang terlibat," katanya. Menurut Clare lagi memang sesuatu yang lazim untuk bayaran bagi penyelesaian luar mahkamah seperti itu dirahsiakan bagi mengelak pihak yang mengeluarkan wang berasa aib. Langkah itu juga katanya dapat menjimatkan masa dan wang kedua-dua pihak daripada terus terlibat dalam proses perundangan. "Mahkamah memerintahkan prosiding kes berkenaan ditarik balik dan tiada perint

Bekas pemimpin PAS disiasat SPRM terima dana daripada kerajaan Umno@BN

Imej

#BOSSKU Pencuri, Penyangak, Penyamun Tak Tahu Malu! – Tun Mahathir

Imej

PAS bayar Clare Rewcastle-Brown RM1.4 juta, Tuan Ibrahim jawab...

Imej

Kami tidak mahu wang ringgit - Orang Asal Grik

Imej

Tun Dr Mahathir: Ucapan Ceramah PRK Semenyih 28/02/2019

Imej

Mat Sabu: Ucapan Ceramah PRK Semenyih 28/02/2019

Imej

Lim Guan Eng: Ucapan Ceramah PRK Semenyih 28/02/2019

Imej

Muhyiddin Yassin: Ucapan Ceramah PRK Semenyih 28/02/2019

Imej

BN sudah innalillah, Umno sudah hancur - Dr M

Imej

'Saya tak salah bila jatuhkan Najib' - Dr M

Imej

Bos PH ejek penyokong 'bossku'

Imej
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) hari ini memberi sepatah dua kata tentang sensasi slogan 'malu apa bossku' yang dipopularkan bekas perdana menteri Najib Razak. "Bossku? Saya tak faham, ambil pencuri jadi boss? Sama-sama pencurilah tu," katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas dalam program kempen pilihan raya kecil (PRK) di Semenyih hari ini. Lebih menarik, perdana menteri itu mengucapkan kata-kata itu pada program yang menyaksikan kira-kira 100 motosikal memenuhi ruangan parkir Tesco Semenyih bagi program 'Santai 2 Roda'. Najib, yang kini dalam perbicaraan mahkamah atas tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah berhubung skandal 1MDB, menggunakan imej 'bossku' dalam programnya. Imej yang sering dikaitkan dengan motosikal Yamaha Y15 yang dikatakan popular dalam kalangan penyokong Najib. 'Bossku' juga sering dilihat sebagai penjenamaan semula Najib selepas BN di bawah terajunya hilang kuasa buat pertama kali pada

Rancangan Al Jazeera dengan Najib menang anugerah wawancara terbaik

Imej
Wawancara Al Jazeera bersama Najib Razak tahun lalu - yang menunjukkan bekas perdana menteri itu beberapa kali dilihat gagal mengawal perasaannya - menang sebagai wawancara terbaik dalam Anugerah Kewartawanan Televisyen 2019. Anugerah itu anjuran Royal Television Society (RTS) United Kingdom yang diadakan pada 27 Februari lalu. Menurut laman The Malay Mail , ia dinyatakan oleh rancangan 101 East Al Jazeera menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya. " 101 East dengan gembira ingin mengumumkan kami dianugerahkan Wawancara Terbaik Tahun ini dalam Anugerah RTS yang berprestij yang diadakan di London," kata program itu seperti dipetik. Wawancara bertajuk Malaysia: Najib Speaks itu dikendalikan Mary Ann Jolley - yang pernah diusir dari Malaysia pada 2015 ketika membuat liputan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu - disiarkan pada 27 Oktober 2018. Dalam wawancara itu, Al Jazeera berkata Najib beberapa kali gagal bertenang dan "kelihatan begitu jengkel&quo

PAS KINI RASA ‘TERASING’

Imej
RASA ‘terasing’ dan gelisah melihat kekuatan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini mendorong PAS untuk terus mendakwa wujud rancangan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, PAS, yang dulunya pernah menolak untuk bersama PH, kini risau dengan kekuatan pakatan tersebut selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas. “Kita ajak mereka untuk bersama sebelum ini tetapi mereka enggan. Apabila PH sudah menang, PAS rasa terasing. Jika berterusan begini, PAS boleh dilanda sindrom kemurungan,” kata Salahuddin, yang juga menteri pertanian dan industri asas tani. Beliau ditanya mengapa pemimpin PAS terus menimbulkan spekulasi wujudnya komplot untuk membawa undi tidak percaya terhadap kepimpinan Dr Mahathir sedangkan pemimpin PH sudah menafikannya. Salahuddin yang juga bekas naib presiden PAS, berkata demikian ketika dite

Mujahid anggap himpunan Pemuda UMNO, Pemuda PAS umpama 'menunggang agama'

Imej
BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyifatkan cadangan Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan atas isu penghinaan Nabi Muhammad sebagai sesuatu yang bersifat politik dan ‘menunggang agama’. Katanya, beliau tidak melihat pun kepentingan menganjurkan sebarang perhimpunan aman kerana mereka yang didakwa sudah diambil tindakan. “Saya mengesyaki ada pihak mahu kekalkan kebencian kepada kerajaan seakan-akan kita tidak menjaga kepentingan agama. “Sepatutnya mereka sokong (tindakan kerajaan) sebab kita sudah ambil tindakan pantas jatuhkan hukuman, bukan mahu adakan perhimpunan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Pondok Peringkat Kebangsaan 2019 di sini hari ini. Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim. Mujahid mengulas cadangan Pergerakan Pemu

'Jutaan ringgit wang Maika disalurkan pada syarikat berkaitan Vell Paari'

Imej
Berjuta-juta ringgit didakwa disalurkan kepada syarikat yang dikaitkan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maika Holdings Vell Paari sebelum penutupan syarikat MIC itu pada 2009, dakwa Sarawak Report . Laman pembocor maklumat itu mendakwa wang berkaitan dipindahkan kepada syarikat berkaitan Vell Paari dalam bentuk tunai dan bayaran lain antara 2003 hingga 2009. Sarawak Report berkata mendapat maklumat itu daripada dokumen berkaitan pembubaran Maika yang didakwa merujuk kepada bukti “salah laku dan salah guna dana” syarikat ketika pembubarannya. Maika diilhamkan oleh bekas presiden MIC S Samy Vellu yang juga bapa Vell Paari. Syarikat pelaburan itu ditubuhkan pada awal 1980-an. Ia sebelum itu mengumpulkan pelaburan RM100 juta daripada masyarakat India yang kebanyakannya daripada golongan kelas bawah dan pertengahan. Bagaimanapun, dakwaan salah tadbir dikatakan menyebabkan kerugian sehingga ramai pelabur tidak mendapat pulangan. “ Sarawak Report percaya pendedah mak

PENYIASAT TUMPU KERETA, MOTOSIKAL MEWAH TAKIYUDDIN

Imej
SIASATAN ke atas Takiyuddin Hassan antara lain menumpukan kepada beberapa buah kereta dan motosikal mewah dan juga nombor pendaftaran kenderaan eksklusif milik setiausaha agung PAS itu. Takiyuddin berkata, ia merupakan antara perkara yang disoal penyiasat ketika dirakam keterangannya di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. “Saya dipanggil untuk menjelaskan mengenai dakwaan dalam Sarawak Report oleh editornya, Clare Rewcastle-Brown. “Saya cuma ditanya mengenai isu-isu berkenaan termasuk dakwaan pemilikan kereta dan motosikal mewah. “Mereka tidak meminta saya untuk menyerahkan apa-apa dokumen,” katanya kepada The Malaysian Insight. Beliau  dirakam keterangan  selama lebih empat jam sejak tiba di ibu pejabat SPRM jam 9.20 pagi ini. Menurutnya beliau tidak dikehendaki untuk hadir semula bagi siasatan SPRM. Takiyuddin merupakan pemimpin PAS kedua yang disoal berhubung dakwa

SPRM BEKU AKAUN, RAMPAS WANG TUNAI, RUMAH KEDAI, KENDERAAN KES WANG UMNO RM90 JUTA KEPADA PAS

Imej
PENYIASAT bertindak membekukan beberapa akaun bank dan merampas kenderaan mewah, wang tunai serta sebuah rumah kedai dalam siasatan ke atas dana RM90 juta didakwa disalurkan kepada PAS melalui Umno. Antara kenderaan yang dirampas adalah jenis Toyota Vellfire, Range Rover dan Mini Cooper, kata sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rumah kedai yang dirampas dianggar bernilai RM2 juta dan akaun dibekukan dilapor mengandungi kira-kira RM2.3 juta. Sumber bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah wang tunai yamg dirampas. Setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan yang disiasat SPRM hari ini juga memberitahu, beliau antara lain disiasat mengenai pemilikan kereta dan motosikal mewah serta nombor pendaftaran kenderaan eksklusif.

Polis dan tugas khas jaga beg tangan 'berkaitan 1MDB'

Imej
Pusat latihan polis barangkali tidak melatih anggota yang ditugaskan di jabatan siasatan jenayah komersial (CCID) untuk menjaga beg-beg tangan mewah. Namun sejak jabatan itu memulakan siasatan terhadap skandal 1MDB dan menyerbu kediaman berkaitan bekas perdana menteri Najib Razak, ia telah menjadi sebahagian daripada tugas mereka. Kebanyakan 567 beg tangan - dengan 37 jenama berbeza - yang dirampas dibuat daripada kulit buaya dan ular. Pada Jun lalu, polis menganggarkan 272 daripada 567 beg itu bernilai RM51.3 juta. Baki 295 beg masih lagi dalam penilaian dan nilainya belum diumumkan. Sumber yang arif dengan siasatan itu memberitahu Malaysiakini bahawa beg-beg tangan itu memerlukan penjagaan yang khusus dan rapi. "Beg perlu dibawa keluar (daripada tempat simpanan) untuk diudarakan dan didedahkan kepada sinar matahari secara berkala. "Kami juga perlu mengipas beg-beg itu dan memastikannya tidak dilipat kerana itu akan merosakkannya," kata sumber tersebut. S