Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

Ranjau sepanjang jalan menuju pakatan politik

Imej
Liew Chin Tong   Pada 29 November 1999 merupakan hari yang murung buat DAP. Boleh dikatakan keputusan pilihan raya umum 1999 adalah yang paling buruk dalam sejarah DAP, walaupun jika diambil kira bilangan kerusi yang dimenangi, sebenarnya tidaklah teruk mana. Tetapi Lim Kit Siang dan Karpal Singh - pemimpin besar parti - tewas di kerusi masing-masing di Bukit Bendera dan Jelutong. Bagi DAP, nampaknya segalanya telah berakhir. Ketika saya mengucapkan tahniah kepada Teresa Kok atas kemenangan pertamanya pada keesokan hari di kedai kopi Seaview berhampiran ibu pejabat lama DAP di Petaling Jaya, beliau dengan sedih berkata bahawa lebih baik dia kalah daripada melihat Kit Siang dan Karpal kehilangan kerusi masing-masing. Beberapa hari kemudian, Kit Siang meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung, dan mendiang Kerk Kim Hock mengambil alih. Pada lewat malam hari mengundi, kami pekerja kempen yang muda masih berjaga di ibu pejabat. Kami berkampung di sana sepanj

Jangan biar isu perkauman jadi barah pada perpaduan rakyat - TPM

Imej
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata nilai-nilai murni perpaduan perlu sentiasa dipupuk dan jangan biarkan isu perkauman menjadi kanser atau barah yang akan memakan perpaduan masyarakat. Katanya rakyat di negara ini telah berkongsi kemakmuran bersama, serta mengamalkan kesaksamaan dan keterbukaan, dalam meneruskan arus pembangunan negara. “Kita kongsi kemakmuran, supaya tiada sesiapa yang tertinggal dalam arus pembangunan negara. “Kita boleh hidup bersama, tidak perlu katakan Melayu, Cina atau India, kita semua rakyat Malaysia. "Ini penting dan perlu diteruskan...inilah masa depan kita bersama,” katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Deepavali peringkat Parlimen Pandan, yang dihadiri kira-kira 500 penduduk pelbagai kaum sekitar Pandan Indah. Dr Wan Azizah yang merupakan Ahli Parlimen Pandan berkata, jika ada jurang dan perbezaan, ia perlu segera diperbetulkan agar setiap rakyat dapat merasai kemakmuran bersama dan menerus

BERUBAH SEBELUM REBAH, SLOGAN BN DULU YANG KINI SESUAI UNTUK PH DAN TUN M

Imej
Walaupun sudah 18 bulan menjadi kerajaan, keyakinan rakyat terhadap PH nampaknya masih ditahap rendah dan membimbangkan. Sebuah kajian oleh Emir Research, kepunyaan Dr Rais Hussin, Pengerusi Biro Dasar dan Strategik Bersatu yang juga merupakan Ahli MPT Bersatu baru-baru ini antara lain mendapati:- ⁃ Hanya 24% rakyat Malaysia berpendapat kerajaan PH berdaya maju (viable), ⁃ 30% rakyat Malaysia berpendapat kerajaan PH tidak berdaya maju (not viable) dan, ⁃ 46% tidak pasti sama ada kerajaan PH berdaya maju (viable) atau tidak (not viable). ⁃ Hanya 26% rakyat Malaysia berpendapat ekonomi negara berada pada kedudukan yang kukuh, ⁃ 30% rakyat Malaysia berpendapat ekonomi negara tidak berada pada kedudukan yang kukuh dan, ⁃ 44% tidak pasti sama ada ekonomi negara berada pada kedudukan yang kukuh atau tidak. ⁃ Hanya 26% rakyat Malaysia berpendapat masa depan negara berada pada trek yang betul, ⁃ 24% rakyat Malaysia berpendapat masa depan negara tidak berada pada trek yang betul

Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2020

Imej
Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 (Belanjawan 2020) diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat semalam, selepas mendapat sokongan majoriti anggota parlimen melalui undian suara.Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan keputusan itu kira-kira 6.40 petang. Terdahulu, RUU Perbekalan 2020 dibentangkan untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan disokong Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dr Mohd Hatta Md Ramli. Lim pada 11 Okt lepas membentangkan Belanjawan 2020 yang memperuntukkan RM297 bilion, tidak termasuk simpanan luar jangka berjumlah RM2 bilion. Ia adalah peningkatan RM19.5 bilion berbanding RM277.5 bilion tahun lepas tanpa mengambil kira peruntukan secara ‘one-off’ bagi bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan cukai pendapatan tertunggak. Peruntukan itu termasuk RM241 bilion perbelanjaan mengurus, manakala bakinya RM56 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Belanjawan 2020 merupakan belanjawan kedua kera

PINDA LAPORAN AUDIT 1MDB: Ali Hamsa kata cemar imej Najib sama macam burukkan nama negara - Ambrin

Imej
Ambrin Buang memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam bahawa beliau dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara ketika itu, Dr Ali Hamsa, semasa mesyuarat membincangkan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bahawa mencemarkan imej Najib Razak sama seperti memburukkan nama negara.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ali itu dihadiri antaranya bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan Ambrin serta wakil daripada beberapa agensi kerajaan. Saksi pendakwaan keenam itu berkata semasa mesyuarat berkenaan mereka yang hadir bimbang nama negara terjejas jika laporan tersebut mencemarkan reputasi Najib. Terdahulu, ketua pasukan pendakwaan Gopal Sri Ram membacakan salah satu perenggan transkrip rakaman audio mesyuarat itu: "Setiap jabatan mesti menguruskan la. Kerana kita bermesyuarat di sini pada dasarnya untuk kita, kepentingan negara dan menjaga pucuk pimpinan kita ". Sri Ram: Ali merujuk kepada siapa? Dan apa yang ing

Pinda Audit 1MDB: Shafee asak Ambrin kompromi integriti, moral

Imej
KUALA LUMPUR – Saksi ke-6 perbicaraan pindaan Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Ambrin Buang tetap berpendirian tidak berkompromi dengan prinsip dan integriti walaupun diasak berkali-kali oleh peguam bela hari ini. Kes pindaan itu dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib diwakili peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Harvinderjit Singh, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Syahirah Hanapiah. Manakala bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang dituduh bersubahat melakukan perbuatan tersebut pula diwakili oleh N Sivananthan, Jasmine Cheong serta Dhanyaa Shreeya Sukumar. Ketika pemeriksaan balas selepas mahkamah memainkan kembali rakaman audio yang telah dirakam secara senyap-senyap oleh pegawai Jabatan Audit Negara (JAN), Nor Salwani pada 2016, Shafee menyoal Ambrin mengapa pindaan dilakukan sekiranya beliau tahu tindakan itu salah. Shafee: Baiklah

Skandal Felda: Saksi tiada jawatan tentukan Felda beri mandat beli hotel - Peguam

Imej
Peguam Salehuddin Saidin yang mewakili bekas Pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad mendakwa Erwan Aman selaku setiausaha lembaga Felda tidak mempunyai jawatan untuk memberitahu mahkamah bahawa Felda Investment Corporation (FIC) perlu mendapatkan kelulusan lembaga Felda dalam pelaburan melebihi RM100 juta. Salehuddin mendakwa tugas Erwan selaku setiausaha hanya mengurus, mengatur dan mengendalikan mesyuarat lembaga Felda dan tidak mempunyai jawatan untuk menentukan bahawa FIC tidak mendapatkan kelulusan daripada lembaga Felda dalam urusan pembelian Hotel Merdeka Palace di Kuching, Sarawak dengan harga RM160 juta pada tahun 2013. Salehuddin: Tugas kamu sebagai setiausaha hanya mengambil maklum (isu-isu yang dibincangkan) mesyuarat? Erwan: Ya Salehuddin: Kenapa kamu tidak beritahu (ahli lembaga Felda perlu memberi kelulusan kepada FIC dalam urusan pembelian hotel)? Erwan: Itu bukan tugas saya. Salehuddin: Jadi, kamu tidak mempunyai jawatan untuk memberi pandanga

Skandal Felda: Bekas setiausaha Felda sahkan pembelian hotel tak dapat mandat

Imej
Bekas setiausaha Felda, Erwan Aman mengesahkan di mahkamah bahawa pembelian Hotel Merdeka Palace di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC) tidak mendapat mandat ahli lembaga pengarah Felda untuk kelulusan. Menurutnya, pembentangan laporan kemajuan FIC bukanlah merupakan permohonan bagi mendapatkan kelulusan pelaburan pembelian hotel daripada ahli lembaga Felda. "Ini hanya laporan kemajuan mengenai pelaburan yang telah dibuat oleh FIC sahaja. Tidak ada sebarang permohonan untuk ratifikasi kelulusan pelaburan yang dibuat oleh lembaga FIC semasa mesyuarat lembaga Felda berlangsung," katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Erwan, 42 bekas setiausaha lembaga Felda dari Oktober 2012 hingga Januari 2016 merupakan saksi pendakwaan ke-19 dalam perbicaraan tuduhan salahguna kuasa dan rasuah melibatkan RM3 juta terhadap bekas Pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad. Dalam pernyataan bertulis, Erwan yang kini memegang jawatan Ketua Bahagian Moda

Perbicaraan kes rasuah Azeez, abang kekal di Mahkamah Sesyen

Imej
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Abdul Latiff, berjumlah RM144.5 juta ke mahkamah lebih tinggi. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan itu atas alasan kes yang difailkan terhadap 2 beradik itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla) tidak dilihat menimbulkan apa-apa keistimewaan dari segi undang-undang. “Kes di bawah Akta SPRM dan Amla biasanya didengar di Mahkamah Sesyen di seluruh negara,” katanya dengan menambah bahawa mereka (Mahkamah Sesyen) tidak kurang kompeten untuk membicarakan kes berkenaan. Mahkamah juga berkata, pasukan pendakwaan hanya memfailkan permohonan pindahan itu pada September, iaitu selepas mahkamah tersebut menetapkan tarikh perbicar

Rasuah: Saya beri Ahmad Zahid RM2 juta - Pengarah syarikat

Imej
KUALA LUMPUR : Seorang pengarah syarikat pemprosesan visa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima RM2 juta sebagai rasuah daripadanya untuk membolehkan syarikatnya dilantik mengendalikan perkhidmatan One Stop Centre (OSC) visa di Nepal dan Pakistan. Pengarah Profound Radiance Sdn Bhd (PRSB) Azlan Shah Jaffril, 48, berkata demikian semasa menjawab pertanyaan peguam Datuk R.S. Sodhi semasa pemeriksaan balas dalam saman sivil yang dibawa oleh bekas pengarah PRSB, Nor Rosnani Ibrahim sebagai plaintif, terhadap Azlan Shah dan syarikatnya PRSB, sebagai defendan, di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ong Chee Kwan.  Sodhi: Tiga tuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid berkait dengan rasuah RM2 juta daripada kamu? Azlan Shah: Ya, itu yang beliau (Ahmad Zahid) hadapi (pertuduha

BOLEHKAH PENGAKUAN TAK MASUK CAMPUR TUN DAIM INI DIPERCAYAI?

Imej
Tun Daim Zainuddin berkata, beliau tidak akan masuk campur dalam soal peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim. “Saya tak ingin masuk campur dalam hal itu, biar mereka selesaikannya. “Kami tak mahu masuk campur,” katanya lagi. Bolehkah sesiapa percaya pengakuan Tun Daim ini? Atau pengakuan ini merupakan isyarat terbalik daripadanya iaitu beliau memang masuk campur berkenaan perkara itu? Sebagaimana yang kita sedia maklum, Tun Daim bukan saja paling rapat dengan Tun Mahathir, malah merupakan sahabat kepercayaan Perdana Menteri. Ketika Tun Mahathir mula berbaik dengan Anwar sebelum PRU14, Tun Daim adalah orang kepercayaannya yang dihantar ke penjara Sungai Buloh untuk berunding dengan Presiden PKR itu. Pernah diakui oleh Tun Daim sendiri, beliau terpaksa menghidupkan lesen guamannya bagi memudahkan urusan berjumpa Anwar di penjara itu. Dalam pengakuannya juga, Tun Daim menyebut beliau pergi sebanyak enam kali ke penjara untuk berjumpa

KERUSI EMPUK: PEJUANG RAKYAT APA NAMANYA KALAU BEGITU MUDAH ALAH KEPADA KELETIHAN DAN KESEJUKAN?

Imej
Untuk kesekian kalinya, isu ketidakhadiran Ahli-Ahli Parlimen kerajaan ketika persidangan Dewan Rakyat terus berlaku lagi. Ketika sesi kali ini saja sudah beberapa kali loceng terpaksa dibunyikan berikutan kehadiran tidak cukup kourum sehingga Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad turut memberi teguran mengenainya, baru-baru ini. Apabila ia terus berlaku lagi, meskipun selepas teguran dibuat, bermakna teguran Perdana Menteri tidak memberi apa-apa erti bagi mereka. Dalam hal ini, meskipun teguran Perdana Menteri berkenaan ketidakhadiran itu penting untuk diberi perhatian, tetapi yang lebih penting lagi ialah persepsi atau penilaian rakyat tentang sikap Ahli-Ahli Parlimen kerajaan tersebut. Dengan mengambil lewa soal itu, sedangkan mereka diberi elaun kehadiran bersama penginapan dan elaun belanja harian lagi, sepatutnya tidak timbul masalah dalam hal ini. Lagi pun, sidang Parlimen hanya diadakan empat kali dalam setahun dan empat hari saja dalam seminggu, takkanlah

Penyata kewangan 'palsu': Beza kenyataan terbuka dan tertutup Arul Kanda

Imej
Pada April 2015, muncul laporan yang mendakwa CEO 1MDB pada masa itu Arul Kanda Kandasamy menghantar penyata kewangan palsu kepada sejumlah pihak berkuasa. Dakwaan itu dibuat laman Sarawak Report , yang segera dinafikan oleh Arul. "Ini satu penipuan. Saya tidak pernah mengemukakan penyata seperti itu kepada Bank Negara. Untuk berkata sebaliknya adalah sesuatu penipuan dan tidak betul, sama seperti apa-apa dakwaan berdasarkan premis ini," katanya ketika itu. Namun prosiding mahkamah menunjukkan Arul dan kerajaan sebenarnya sedar 1MDB ada versi penyata kewangan 1MDB dan berbeza dan mereka berusaha menutupnya daripada pengetahuan umum. Penyata kewangan yang didakwa dipalsukan itu berkenaan sama ada masih ada baki wang dalam pelaburan portfolio asing syarikat ( segregated porfolio company, SPC), yang sering dirujuk sebagai "unit dana". Ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes pinda laporan audit 1MDB terhadap Najib Razak dan Arul, bekas

Pinda Audit 1MDB: Najib minta tidak dimasukkan dua versi penyata kewangan 1MDB - Ambrin

Imej
Bekas Ketua Audit Negara, Sri Ambrin Buang memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Najib Razak telah meminta beliau untuk tidak memasukkan isu berkenaan dua versi penyata kewangan 1MDB dalam laporan audit akhir syarikat itu. Ambrin berkata, bekas perdana menteri itu membuat permintaan itu selepas berjanji bahawa pihak berkuasa yang berkaitan akan membuat siasatan menyeluruh ‘and to get to the bottom of this’ secepat mungkin. Saksi pendakwaan keenam dalam perbicaraan kes Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy, berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB itu berkata, Najib membuat permintaan itu pada pertemuan yang diadakan di pejabatnya (Najib) pada 22 Feb, 2016. Menurut Ambrin, pada pertemuan yang turut dihadiri bekas Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa dan bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Shukry Mohd Salleh, bekas perdana menteri itu telah meminta beliau memberitahu apa isu yang ketara dan serius dalam laporan audit akhir 1

Skandal FELDA: Saksi setuju lepaskan komisen RM9 juta untuk wujudkan kepercayaan

Imej
Seorang saksi memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia sedia melepaskan komisen RM9 juta hasil jualan Hotel Merdeka Palace di Kuching kepada Felda, untuk 'mewujudkan kepercayaan' bekas pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel. Pengarah JV Evolution Sdn Bhd, Azizi Abdul Wahab berkata beliau setuju menyerah balik RM9 juta daripada jumlah komisen RM10 juta yang diperolehi selepas diminta Ikhwan bagi tujuan dana politik di Sarawak. Gegasan Abadi merupakan syarikat yang memiliki Hotel Merdeka Palace yang kemudian menjual hotel berkenaan kepada Felda melalui syarikat JV Evolution selaku ejen jualan. "Kami ingin wujudkan kepercayaan beliau (Ikhwan) kepada kami. Kami anggap persetujuan kami (serah balik RM9 juta), adalah 'pelaburan' kepada kami untuk kami boleh diberi peluang untuk bertapak di Sarawak." "Kepercayaan bermaksud laksanakan apa yang beliau minta dan kami mahu beliau percaya bahawa kami memang boleh dipercayai,&quo

PINDA AUDIT 1MDB: Ambrin arah semua salinan dilupus kecuali satu disimpan Salwani

Imej
Bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau mengarahkan semua salinan laporan audit asal 1MDB dilupuskan kecuali satu salinan. Beliau berkata salinan yang tidak dimusnahkan itu bagi membolehkan pegawainya Nor Salwani Muhammad, yang merupakan penyelaras bagi laporan itu, menyimpannya. Beliau berkata laporan asal, di mana 60 salinan telah dicetak, tidak lagi boleh digunakan kerana ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mahukan perubahan dibuat. "Selepas perbincangan dengan Arul Kanda, pasukan audit meminta kebenaran saya tentang perubahan yang boleh dibuat berdasarkan justifikasi bahawa ia telah diteliti. "Oleh itu, laporan audit 1MDB Jabatan Audit Negara (JAN) yang sudah dicetak tidak lagi boleh digunakan kerana perubahan. "Saya mengarahkan semua laporan audit 1MDB yang sudah dicetak untuk dilupuskan kecuali satu yang disimpan Nor Salwani," katanya semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan

Aduan daulah terpendam, pegawai bakal bertukar

Imej
Hampir 10 pegawai kanan kementerian didakwa disyaki membocorkan maklumat kerajaan dan perkara berkenaan juga sudah dibangkitkan beberapa menteri dalam mesyuarat kabinet. Memetik sumber yang tidak dinamakan laporan menyebut ada beberapa menteri sudah membuat permintaan agar ketua setiausaha kementerian (KSU) atau pegawai kanan masing-masing dipindahkan. Jelas sumber itu lagi, ketika ini sekurang-kurangnya lapan kementerian dilihat menghadapi masalah tersebut. Kementerian yang dikaitkan dengan perbuatan yang dianggap sabotaj itu ialah Kementerian Pertanian dan Asas Tani; Kementerian Pembangunan Luar Bandar; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Pendidikan; Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Kerja Raya; dan Kementerian Pembangunan Usahawan. “Mungkin akan ada lagi, kerana masih ada lagi desakan untuk penukaran pegawai tertentu,” katanya seperti dipetik The Malaysian Insight  hari ini. Isu gangguan daulah terpe

1MDB dan MKD boleh cabar IPIC, Aabar di England

Imej
KUALA LUMPUR : 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) telah berjaya dalam rayuan untuk mengetepikan Award Persetujuan terhadap International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) di Mahkamah Rayuan di London. Dalam satu kenyataan, Jabatan Peguam Negara memaklumkan Mahkamah Rayuan itu telah meminda keputusan Mahkamah Tinggi England yang menghentikan permohonan oleh 1MDB dan MKD untuk mengetepikan Award Persetujuan yang dikemukakan oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap entiti Emiriah Arab Bersatu (UAE) sementara menunggu prosiding timbang tara yang dimulakan oleh IPIC dan Aabar PJS di London. Oleh itu, Mahkamah Tinggi mengarahkan timbang tara untuk memulakan mana-mana prosiding mahkamah. Menurut kenyataan itu, berikutan keputusan pada Selasa, permoh

Pinda Audit 1MDB: Najib buat permintaan pada Ambrin

Imej
Bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang, dijangka akan menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, di depan hakim Mohamed Zaini Mazlan.Perbicaraan ke atas Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy memasuki hari kelima hari ini. Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan meminda laporan akhir audit 1MDB. Najib diwakili sepasukan peguam bela diketuai Muhammad Shafee Abdullah. Peguam lain ialah Harvinderjit Singh, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Syahirah Hanapiah. Arul Kanda, 43, pula diwakili peguam N Sivananthan, Jasmine Cheong serta Dhanyaa Shreeya Sukumar. Menurut Ambrin semasa bermesyuarat pada 24 Feb 2016 itu, beliau bersetuju bahawa kehadiran Low Taek Jho - atau lebih dikenali sebagai Jho Low - dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dikeluarkan dari laporan akhir audit syarikat tersebut. Menurut Ambrin, Najib - ketika itu berjawatan perdana menteri - mengarahkan beliau tidak memasukkan maklumat berkaitan masalah dialami 1

GENG AZMIN MAKIN MELAMPAU, ANWAR MESTI SEGERA BERTINDAK TEGAS

Imej
Pemulauan dan sabotaj Geng Azmin terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR nampaknya semakin parah serta melampau. Bermula dengan memulaukan mesyuarat MPP dan Biro Politik sejak setahun yang lalu dan ia masih berterusan sampai sekarang, perkembangan akhir-akhir ini memperlihatkan tindakan mereka semakin tidak boleh diterima. Selain memulaukan mesyuarat, Azmin bersama penyokongnya turut mengeluarkan kenyataan berterusan mahu Tun Mahathir kekal meneruskan sehingga habis penggal, walaupun Perdana Menteri berkali-kali menyatakan menyerahkan jawatan kepada Anwar sebelum PRU15 akan datang. Perbuatan mereka itu secara terang-terangan menentang konsensus PH berkaitan peralihan kuasa dan janji Tun Mahathir yang hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun saja. Dalam konvensyen negeri-negeri yang dihadiri oleh Anwar pula, Azmin dan penyokong langsung tidak menghadirinya, bahkan boleh dianggap memulaukannya. Malah, kepimpinan PKR di dua negeri yang ditera

Skandal Felda: Komisyen beli hotel RM10j tapi RM9j 'dipulangkan' untuk dana politik - Saksi

Imej
Mahkamah diberitahu hari ini bahawa syarikat perunding yang sepatutnya menerima RM10 juta komisyen hasil pembelian Hotel Merdeka Palace di Kuching oleh Felda diminta menyerah balik RM9 juta bagi tujuan 'political fund' di Sarawak. Pengarah JV Evolution Sdn Bhd, Azizi Abd Wahab memberitahu bahawa beliau bersama rakan kongsi perniagaan Mazeed Abd Wahab bersetuju menerima hanya RM1 juta sebagai komisyen dan bakinya RM9 juta diserah balik kerana penglibatan syarikat mereka kurang dalam proses penjualan Hotel Merdeka milik Gegasan Abadi Sdn Bhd. "Selepas syarikat JV Evolution dilantik sebagai ejen penjualan, sekitar bulan April 2014, saya dan Mazeed berjumpa dengan Ikhwan di rumah beliau Sunway Opal Kondominium, Petaling Jaya. "Dalam pertemuan itu, Ikhwan memberitahu tentang komisyen sebanyak RM10 juta di mana JV Evolution (hanya) akan terima RM1 juta daripada jumlah RM10 juta atas alasan kurang pengelibatan (dalam urusan penjualan Hotel Merdeka Palace)

Skandal Isa Samad: Hanya orang gila tak catat urus niaga ratusan ribu - peguam

Imej
Bekas Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties, Ikhwan Zaidel berkata dia tidak membuat sebarang catatan berhubung pemberian RM3.9 juta kepada bekas pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad, sebagai balasan urus niaga Hotel Merdeka Palace di Kuching, Sarawak pada 2014. Ikhwan, 59, berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan peguam belas Salehuddin Saidin ketika perbicaraan kes salah guna kuasa dan rasuah terhadap Isa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. "Saya tidak catit. Bayaran dibuat atas kepercayaan," katanya ketika ditanya adakah dia membuat apa-apa catatan berhubung pembayaran kepada Isa. "Saya tak catit sendiri kerana ia duit saya," katanya yang merupakan saksi pendakwaan ke-16. Kenyataan itu mengundang respons Salehuddin yang menyifatkan tindakan Ikhwan itu sebagai "gila". "Maafkan saya, tapi hanya orang gila tidak catit urusan (melibatkan) beratus ribu. "Tindakan kamu percaya kepada Zahid (Muhammad Za

Skandal 1MDB: Taikun Sarawak serah RM3.7 juta dipercayai dana 1MDB kepada kerajaan

Imej
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Sarawak, Bustari Yusof kehilangan RM3.7 juta kepada kerajaan dalam penyelesaian ke atas dana dipercayai datang daripada 1MDB. Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, jumlah itu dipersetujui dan diterima daripada pasukan peguam Bustari sebagai penyelesaian terhadap permohonan pelucuthakan kerajaan. “Pihak pendakwaan turut diberikan arahan untuk menyahbekukan akaun Bustari.” Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah kemudiannya membatalkan permohonan pelucuthakan kerajaan terhadap Bustari dan berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana berjaya mencapai penyelesaian. Taikun itu yang merupakan adik kepada bekas menteri kerja raya, Fadillah Yusof dan dilaporkan merupakan orang kanan bekas perdana menteri, Najib Razak, memohon untuk menyelesaikan permohonan pelucuthakan kerajaan atas dakwaan menerima RM11.9 juta dana 1MDB. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cuba