Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Kebangsatan Umno....

Imej
Bila Timbalan Menteri Pertahanan berbangsa cina pakai pakaian tersebut UMNO cuba main isu perkauman dan ideologi komunis utk kaitkan itu adalah pakaian komunis.. Masa Najib pakai dulu tiada plok kata pakaian komunis ??! Itulah #KebangsatanUmno kerana dah kehabisan modal utk cerca fitnah melata..

MACAM NIE PUNYA MP PUN ADA...!!

Imej
Bekas pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin telah mengaku padam perkataan (berkait dgn Jho Low) dalam laporan 1MDB. Disebabkan beliau telah buat laporan tidak sepenuhnya/ berat sebelah laporan 1MDB yang lalu dan beliau akan disiasat tidak lama lagi, tiba2 nak suruh bubar Parlimen ??! Dah tak larat jadi pembangkang lah tu... takut tak sempat nak tutup kebobrokan dia yg telah dilakukan utk nak selamatkan Najib, Jho Low serta kuncu2 yg lain terpalit dalam siasatan 1MDB terdahulu. Mandat rakyat 5 tahun.. Bak kata Zahid, "Kalau dah tak suka dgn sistem politik negara slps pilihanraya ini, SILA KELUAR DARI MALAYSIA !!!

Skandal 1MDB: Justo tak terkejut kalau Jho Low dibunuh

Imej
Jho Low mungkin dibunuh pihak tertentu kerana ahli perniagaan kontroversi itu "tahu segala-galanya" dakwa bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo. Katanya Jho Low adalah orang yang mengetahui pelbagai maklumat berhubung skandal yang menggemparkan dunia itu, termasuk berkaitan syarikat PetroSaudi, Goldman­Sachs, IPIC dan 1MDB. Dakwa Justo lagi, cara paling selamat untuk pihak yang terbabit dalam skandal berkenaan mengelak daripada dikenakan tindakan ialah menjadikan Jho Low itu "hilang selama-lamanya." "Bagi ramai orang, penyelesaian terbaik ialah memastikan dia (Jho Low) hilang selama-lamanya. "Saya tidak akan terkejut jika Jho Low tidak ditemui di mana-mana lagi, atau ditemui mati," katanya dalam temu bual dengan akhbar The Star yang disiarkan hari ini. Menurut Justo dia tidaklah berharap kejadian seumpama itu berlaku malah mahu ahli perniagaan berkenaan - yang masih bersembunyi sehingga kin

Justo gembira kes 1MDB akhirnya ke mahkamah

Imej
 Xavier Andre Justo, pemberi maklumat berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), gembira apabila pengakuannya berkaitan skandal 1MDB kini membuahkan hasil.Justo, yang berasal dari Switzerland, berkata mereka yang terbabit secara langsung dalam skandal itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan, dan menambah, dirinya tidak bersalah serta tidak melakukan sebarang kesalahan. Beliau berkata demikian apabila ditanya perasaannya setelah mengetahui seorang demi seorang yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes itu kini dihadapkan ke muka pengadilan. “Sudah tentu saya berasa gembira. Saya dipenjarakan selama 18 bulan. Jauh daripada anggota keluarga. "Melihat mereka didakwa secara rasmi, bukanlah sesuatu yang saya suka. Bukanlah perkara yang menyeronokkan untuk melihat mereka menderita, sebaliknya satu kepuasan apabila melihat keadilan ditegakkan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-10 mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiay

Skandal 1MDB: Lelaki Britain bekas pegawai Najib dicari SPRM

Imej
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki awarga asing bagi membantu siasatan sebuah kes berprofil tinggi. Menurut kenyataan dikeluarkan agensi terbabit lelaki terbabit dikenali sebagai Paul Geoffrey Stadlen, 39, yang mempunyai kerakyatan Britain. Mengikut rekod yang ada pada SPRM alamat terakhir Stadlen ialah di A-29-8, Blok A, Loft Sentral Condominium, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, Kuala Lumpur. Kata SPRM mereka perlu menghubungi Stadlen bagi menyiasat kes 1MDB. "Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Stadlen diminta menghubungi Penguasa Kanan Zuhaila Arip di talian 03-8870 0364," kata kenyataan tersebut. Maklumat juga boleh disalurkan kepada SPRM melalui e-mel zuhaila@sprm.gov.my atau menghubungi Penguasa Fahmee Mohd Nor di talian 03-8870 0419, atau e-mel mohdfahmee@sprm.gov.my. Untuk rekod nama Stadlen bukanlah asing kerana ia pernah dibangkitkan oleh pembangkang s

Peruntukan 'misteri': Najib luluskan, kata Kamalanathan

Imej
Mantan timbalan menteri pendidikan Datuk P Kamalanathan menjelaskan kelulusan puluhan juta ringgit kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) diluluskan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Katanya, permohonan Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) itu dipersetujui Najib pada 9 Ogos 2017 yang “meminit surat tersebut” kepada mantan ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar untuk tindakan lanjut. “Kebiasaannya apabila perdana menteri telah memberi persetujuan dalam urusan sebegini, proses memanifestasikan cadangan terletak bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan Malaysia, yang ia akan dimuktamadkan dengan dana yang boleh diguna pakai,” katanya. Kenyataan itu dikeluarkan sebagai reaksi terhadap kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik ( atas ) yang mendakwa Najib cuba mengalihkan perhatian berhubung peruntukan sekolah Tamil. Maszlee berkata Najib perlu menjawab persoalan berhubung mist

ANGKARA FITNAH.....

Imej
Sejak tumbangnya BN pada PRU14, dah berkali2 Datuk Jamal Yunos kena bayar ganti rugi/ saman kerana kerjaya beliau memfitnah. KENAPA INI BERLAKU ??! KENAPA ketika UMNO berkuasa dulu tiada siapa berani nak sentuh samseng UMNO ini ??!

Shahidan kata kes cabul tersebut sudah ditutup..

Imej
TETAPI, kenapa pihak polis masih teruskan siasatan lagi di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya sebelum dihantar ke peguam negara untuk menentukan sama ada kes itu boleh diambil untuk pendakwaan ??! Moga siasatan tersebut dpt dilakukan seadil-adilnya.. Sumber: https:// www.freemalaysiatoday.com/ category/bahasa/2018/10/30/ ahli-parlimen-gadis-dalam-k ereta-untuk-berbual-kata-p olis

PETRONAS: Tiada kenaikan harga untuk perkhidmatan Penghantaran Gas ke rumah

Imej
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) - PETRONAS Dagangan Bhd hari ini mengumumkan bahawa tiada kenaikan harga untuk perkhidmatan Penghantaran Gas PETRONAS ke Rumah (Gas PETRONAS Home Delivery) (GPHD) dan caj penghantaran tetap sama. Harga semasa di laman web GPHD menyenaraikan RM25.80 untuk silinder 12kg dan RM29.80 untuk silinder 14kg bagi wilayah tengah, sementara wilayah selatan, timur dan utara harga bagi kedua-dua silinder berkenaan masing-masing adalah RM25.20 dan RM29.00.

'Saya bukan orang yang dilamar' - Ahmad Maslan

Imej

Shafee tiada masalah perbicaraan Najib disiar secara langsung

Imej

Shafee tiada masalah perbicaraan Najib disiar secara langsung

Imej

'Jangan sesiapa cuba untuk menumbangkan Umno!' - Ellie Suriaty

Imej

'Saya tak fahamlah dalam pemuda Umno ni...' - Nazri Aziz

Imej

Bukan mudah untuk tinggalkan UMNO - Tok Pa

Imej

Tetap siasat mana-mana ahli parlimen UMNO lompat sertai PH

Imej

AHLI PARLIMEN UMNO INTAI SERTAI PKR?

Imej
Di sebalik riuh rendah khabar angin seramai 40 Ahli Parlimen UMNO mahu menyeberang menyertai Bersatu, kini timbul pula desas-desus menyatakan ada antaranya sedang mengintai untuk menyertai PKR. Salah seorang Ahli Parlimen UMNO dari Utara dikatakan sedang giat mendekati pemimpin tertentu dalam PKR untuk memudahkan laluannya menyertai parti itu. Adalah dijangka sebaik saja selepas pemilihan PKR pada bulan November nanti, maka Ahli Parlimen itu akan segera mengisi borang keahlian menyertai PKR. Sebab utama mengapa Ahli Parlimen berkenaan lebih memilih PKR berbanding Bersatu ialah kerana Presiden PKR, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri selepas ini. Atas alasan itu dikatakan pemilihan PKR sebagai wadah baru lebih menjanjikan masa depan yang cerah dari segi politik kepada Ahli Parlimen berkenaan berbanding jika  beliau menyertai Bersatu bersama sekian ramai Ahli Parlimen UMNO yang lain. Sumber lain pula memberitahu, Ahli Parlimen te

Kami tak disogok, kata bapa remaja dakwa dicabul ahli Parlimen

Imej
PETALING JAYA: Bapa kepada gadis berusia 15 tahun yang mendakwa Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim Shahidan mencabul anaknya, menolak dakwaan keluarganya “disogok” supaya menarik balik laporan polis mereka. “Laporan ditarik balik sebelum suspek datang berjumpa kami sekeluarga, kalau betul kami nak imbuhan, kami dah ‘deal’ dengan dia awal-awal. “Lagipun semasa laporan dibuat, kami tidak jelas apa yang berlaku. Namun, setelah ada wakil (suspek) menerangkan perkara sebenar dan menyampaikan permohonan maaf, barulah kami faham dan tarik balik laporan,” katanya dipetik Bernama dalam satu pertemuan di Kangar hari ini. Hari ini, Shahidan dilapor menafikan spekulasi beliau membayar keluarga gadis itu untuk menarik balik laporan polis kerana beliau tidak tahu mereka berbuat demikian sehingga dimaklumkan keluarga gadis terbabit. Katanya, beliau menemui gadis itu dalam kenderaannya kira-kira 11.30 malam 20 Oktober lalu kerana “tak boleh berja

SPR: 32 parti politik setuju cadangan 18 tahun layak undi

Imej
PUTRAJAYA: Sebanyak 32 parti politik berdaftar di negara ini bersetuju dengan cadangan menurunkan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun. Beliau berkata, parti politik itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 51 parti politik berdaftar yang menghantar wakil mereka dalam mesyuarat dengan SPR mengenai urusan pendaftaran pemilih yang julung kali diadakan hari ini. “Tiada bantahan (daripada parti politik) terhadap cadangan tersebut,” katanya selepas mesyuarat itu di ibu pejabat SPR di sini. Pada 19 September lalu, Kabinet bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun dan usul itu dijangka dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat November ini. Azhar berkata, semua parti politik yang hadir turut bersetuju terhadap cadangan pendaftaran automatik, namun mereka meminta SPR mengkaji proses dan kesannya terhadap pengundi. “Ini kerana, pendaft

NGO ingatkan Dr M 'jangan musnahkan parti lain lagi'

Imej
Sekumpulan 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi peringatan kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak mengulangi peristiwa yang terjadi pada 1998. Kenyataan bersama mereka hari ini mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa terdapat percubaan membubarkan Umno dan membawa anggota parlimennya menyertai BERSATU. "Cadangan membubarkan 'Umno baru' dan membawa anggota parlimen 'Umno baru' menyertai BERSATU pada masa ini menyerupai deklarasi yang dibuat ketika mengharamkan Umno (asal) dan penyertaan penyokong Dr Mahathir dalam Umno baru pada 1988. "Kami mahu memberi amaran tegas kepada Dr Mahathir agar beliau tidak mengulangi kesilapan memusnahkan parti politik dengan memanipulasi jentera kerajaan, dengan tujuan memperkukuh kuasa politiknya sehingga mengorbankan institusi demokratik," kata kenyataan itu. NGO berkenaan berkata sekiranya perkara itu ber

Najib dakwa 1MDB 'tak ada hutang langsung' dengan IPIC, tetapi ...

Imej
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak cuba meraih kesempatan berhubung kenyataan Mubadala bahawa 1MDB sekarang tidak berhutang langsung dengan Mubadala atau International Petroleum Investment Company (IPIC) . Walau bagaimanapun, hakikat bahawa 1MDB tidak lagi berhutang dengan IPIC adalah kerana syarikat pelaburan Malaysia itu telah menyerahkan berbilion-bilion ringgit kepada firma Abu Dhabi tersebut dalam satu penyelesaian semasa Najib adalah menteri kewangan. IPIC dan Mubadala adalah entiti yang sama selepas penggabungan. Semalam, Peguam Negara Tommy Thomas mengumumkan bahawa Malaysia telah memfailkan permohonan untuk mengketepikan award persetujuan yang direkodkan oleh tribunal timbangtara pada 9 Mei tahun lalu terhadap penyelesaian 1MDB dengan IPIC berdasarkan alasan penipuan. “Sebagai reaksi kepada kenyataan kerajaan Malaysia itu, IPIC mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa 1MDB tidak berhutang apa apa wang kepada IPIC yang secara jelas ber

Kes salah guna kuasa, 'cuci duit' Najib dipindah ke Mahkamah Tinggi

Imej
Pendengaran kes 21 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram bernilai RM2.08 bilion terhadap Datuk Seri Najib Razak kini akan didengar di Mahkamah Tinggi. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen. Ini susulan tindakan pihak pendakwaan yang tidak membantah permohonan pihak pembelaan yang diketuai oleh peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah. Peguam Havinderjit Singh berkata terdapat isu-isu tiada duluan yang akan dibawa ke perbicaraan dan lebih baik kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. “Oleh kerana permohonan ini tidak dilawan, mahkamah membenarkan pemindahan ini,” kata hakim. Isteri Najib, Rosmah Mansor turut hadir ke mahkamah berpakaian baku kurung dan tudung hijau.

'Hidup Najib! iringi ketibaannya di mahkamah - 32 dakwaan

Imej

Dr M sindir Najib

Imej

‘Keputusan ratifikasi ICERD selepas berbincang dengan semua kaum’

Imej

Keranda iringi demo anti-Icerd depan parlimen

Imej

'Tak guna bercakap berkenaan ketuanan melayu kalau kamu kuli'

Imej

Kita akan tandatangan ICERD, tapi ia tak mudah, kata Dr M

Imej

Shahidan tampil perjelas dakwaan mencabul

Imej

Timbalan Menteri Pertahanan gesa JMM tarik balik tuduhan liar

Imej
Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan kecewa dengan tuduhan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah bahawa kononnya Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong telah memakai uniform ala-komunis semasa pemeriksaan perbarisan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam lawatan ke kem. Menurut kenyataan dari pejabat Timbalan Menteri Pertahanan, tuduhan JMM itu merupakan satu penghinaan kepada ATM serta Kementerian Pertahanan Malaysia. Baju tersebut katanya, merupakan baju korporat “bush jacket” yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan untuk majlis rasmi tentera seperti lawatan ke Kem, Pos Keselamatan dan program yang ditentukan oleh penganjur. Malah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga memakai pakaian rasmi tersebut. Begitu juga dengan mantan menteri dan pemimpin kerajaan yang lain, termasuk pemimpin kerajaan sebelum ini. Warna “khaki” baju tersebut, jelasnya tidak ada kena-mengena dengan komunis, ia antara rona warna yang selalu dipilih untuk unifo

Lompat sertai PH, kamu ingat selamat? - Anwar

Imej
KUALA LUMPUR : Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya siasatan tetap diteruskan terhadap mana-mana Ahli Parlimen daripada UMNO yang mahu 'menyeberang' ke Pakatan Harapan. Menurut Anwar, penyertaan pemimpin UMNO terutamanya yang mempunyai rekod buruk bakal mengundang implikasi negatif terhadap blok pemerintah. "Ada orang umpanya yang ada rekod, memimpin kementerian-kementerian kanan dengan segala kerosakan yang berlaku kemudian rasa selamat sekiranya menyeberang ke Pakatan Harapan. "Proses siasatan harus terus," tegas Anwar ketika bual bicara eksklusif AI yang bakal disiarkan pukul 8.30 malam pada Khamis. Beliau turut menyifatkan khabar angin mengenai kemungkinan 40 Ahli Parlimen daripada UMNO mahu menyertai PH menimbulkan kegusaran dan kebimbangan. Anwar membangkitkan dua persoalan berhubung senario berkenaan. "Apakah dengan kekuatan itu ia akan berbalik kepada pengaruh lama

Apa guna ketuanan Melayu kalau jadi kuli - Dr Mahathir

Imej
    Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas apa yang disifatkannya sebagai “perjuangan berdegar-degar” yang mempertahankan dan mengangkat isu ketuanan Melayu. “Saya bagi tahu pada orang Melayu semua, tak una bercakap ketuanan Melayu kalau kamu bekerja sebagai kuli orang. “Kalau kita nak jadi tuan kita boleh jadi tuan, tapi nak kena ada ilmu, nak rajin kerja, buat secara baik, jangan tipu, jangan curi, jangan ikut contoh PM yang lama,” katanya yang dipercayai ditujukan kepada penyandang terdahulunya, Datuk Seri Najib Razak. Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 atau dikenali sebagai Industri4WRD, di Menara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Kuala Lumpur, hari ini. Pagi tadi, sekumpulan aktivis yang disokong oleh Umno dan PAS berhimpun di luar bangunan parlimen di ibu negara bagi membantah keputusan kerajaan untuk menandatangani Konvensyen Antar

Najib boleh bantu bayar hutang dengan dedah mana wang disembunyi

Imej
Bekas perdana menteri Datu Seri Najib Razak dapat membantu negara membayar hutang dengan memberitahu cara mendapatkan wang yang disembunyikannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam nada menyindir terhadap hantaran mesej video Najib di Facebook malam semalam, Mahathir memberitahu pemberita hari ini bahawa ini yang sepatutnya dilakukan oleh bekas presiden Umno itu daripada berusaha untuk mengalihkan perhatian daripada masalahnya. "Saya mahu sertai dia dalam meminjam beberapa trilion dolar, dan kemudian berjaya membayar semua trilion dolar itu. "Jika dia dapat memberitahu bagaimana, sebagai contoh cara membawa keluar wang yang dia sembunyi, maka kita boleh membayar hutang kita. "Ini yang sepatut dilakukannya, bukannya cuba untuk mengalih perhatian dari masalah sendiri," kata Mahathir semasa sidang akhbar selepas merasmikan dasar nasional Industri 4.0, Industry4WD di Menara MITI di Kuala Lumpur hari ini. Dalam mesej video itu, Najib memberitahu keraj

Skandal 1MDB: Saya tak akan henti berjuang - Justo

Imej
KUALA LUMPUR : Pemberi maklumat warga Switzerland dan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo berkata beliau tidak akan berhenti daripada perjuangan untuk membawa penjenayah yang terlibat dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke muka pengadilan. Katanya, walaupun perjuangan yang dilaluinya sebelum ini memberi padah dari segi kemanusiaan dan kewangan, tetapi beliau tidak akan berhenti berbuat demikian selagi penjenayah terbabit tidak menerima hukuman. "Saya menderita, keluarga saya begitu teruk menderita semasa saya dipenjarakan dan malah, hari ini pun saya tidak boleh membuka akaun bank atas nama saya," kata Justo pada Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah 2018 di sini, pada Selasa. Pada 22 Jun 2015, Justo ditangkap di rumahnya di pulau Koh Samui, Thailand selepas para pegawai PetroSaudi memfailkan aduan bahawa beliau cuba

KERJASAMA PAS, MIC MAMPU MENANG MAJORITI KERUSI?

Imej
KUALA LUMPUR – Meskipun MCA dilihat menentang gabungan Umno – Pas, MIC pula kelihatan lebih mesra dengan parti dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu. Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan mengatakan tiada masalah untuk kerjasama dengan Pas dan Ketua Pemudanya, Datuk C Sivarraajh pula senada dengan beliau. Menurut Sivarraajh, beliau yakin persefahaman dengan Pas membolehkan parti itu menang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang. “Pendirian MIC sangat jelas, persahabatan dengan Pas sebagai parti pembangkang. Kita memerlukan sokongan dari Pas dalam aspek politik. “Di kebanyakan kerusi kita bertanding dalam PRU14, Pas turut bertanding di sana dan wujudkan tiga penjuru. Dengan persefahaman bersama Pas, kita percaya boleh menang lebih banyak kerusi,” katanya kepada Sinar Harian. Tambah Ahli Parlimen Cameron Highland itu, MIC selama ini salah anggap kepada Pas dan semuanya berubah selepas mendengar penerangan daripada Abdul Hadi. “

SPRM siasat kes tanah RM2b: Pegawai Bank Negara bercuti

Imej
Empat pegawai Bank Negara Malaysia diarahkan bercuti memandangkan SPRM sedang menyiasat pembelian sebidang tanah kerajaan dengan harga RM2 bilion, menurut The Star Online. Sebelum ini, Wall Street Journal melaporkan sebidang tanah seluas 22.5 hektar yang terletak di persimpangan bangunan Sasana Kijang Bank Negara di Kuala Lumpur telah dijual untuk menyuntik dana bagi menyelamatkan 1MDB . Bank Negara juga didakwa membayar harga yang lebih bagi tanah berkenaan, suatu dakwaan yang dinafikan bank pusat itu. Bank Negara membeli tanah itu pada 24 Januari tahun ini, seminggu selepas 27 Disember 2017, tarikh akhir untuk membayar sebahagian daripada hutangnya kepada syarikat pelaburan di Abu Dhabi. Tanah itu dikatakan dibeli Bank Negara untuk digunakan sebagai tapak Global Islamic Finance University dan Akademi Kajian Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam.

Mereka Khianati Bangsa Dan Agama Sejak Dahulu Lagi.....!!!

Imej
TAHUKAH ANDA.. Berdasarkan Wasiat Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957, Tanah Rizab Melayu mesti kekal sekurang-kurangnya 50 peratus. KENAPA dah makin susut sehingga 31.86 peratus shj (sehingga 2014) semenjak UMNO/BN memerintah selama ini ??!.. belom lagi 2018.. KENAPA UMNO sendiri khianat Wasiat Raja-Raja Melayu ??! Tanah Rizab Melayu (TRM) di Terengganu hanya 0.009 peratus shj ??!.. Siapa yg pernah memerintah T'ganu ??! Si pengkhianat UMNO memerintah, lps tu ko cakap DAP gak yang salah.

Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus.....

Imej
KUALA LUMPUR, 30 Okt : Kementerian Pertahanan telah menerima laporan awal Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang menjalankan siasatan terhadap beberapa kes dan pembelian aset yang mencurigakan dalam kementerian itu ketika pentadbiran kerajaan terdahulu. Bersiap sedialah Najib, Hishammuddin, Zahid Hamidi, Razak Baginda dan kuncu2 yang lain bakal dipanggil utk disiasat tak lama lagi..

Nak perbodohkan siapa ni...

Imej
APA 'KEPERLUAN' MP UMNO itu sampai nak panggil budak pompuan tu masuk dalam kereta dan berdua2an di dalamnya pada lewat mlm? Kenapa tak bertemu di luar kereta shj? Ahli parlimen itu kata, tiada niat sentuh gadis itu..? Tak kanlah dah duduk berdua2an dlm kereta lewat malam, TIBA-TIBA SENTUH TANGAN & BAHU sekali... 🤔 DUDUK BERDUA2AN DALAM KERETA ITU 'di khayalak ramai' KA ??!

ISTILAH KETUANAN MELAYU TERLALU SENSITIF

Imej
SHAH ALAM – Istilah ketuanan Melayu yang disebut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman dalam kenyataannya secara tidak langsung menyentuh sensitiviti orang Melayu di negara ini. Pensyarah Undang-Undang (Perlembagaan) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz bagaimanapun berkata, berkemungkinan kenyataan itu adalah pandangan bagi seorang menteri yang berniat untuk digunakan dalam membuat dasar. “Saya ada membaca Perlembagaan parti-parti politik dalam negara ini termasuklah Bersatu dan jelas parti itu mahu memperkasakan isu-isu seperti keistimewaan Melayu tanpa meminggirkan kepentingan komuniti lain. “Saya fikir tidak ada silap dan salahnya, cuma mungkin istilah ketuanan Melayu itu yang menyentuh sensitiviti kepada masyarakat,” katanya ketika sesi temu ramah di siaran live, semalam. Beliau berpendapat, situasi yang berlaku itu sebagai satu perkara biasa yang berlaku kepada seorang menteri apabila ters

ALAHAI YB PERLIS.....

Imej
Berdasarkan siasatan pihak polis sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Perlis, Noor Mushar Mohd, perkembangan siasatan berkenaan seorang Ahli Parlimen negeri itu yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun adalah seperti berikut:- Remaja tersebut yang berlatih bersama kumpulan busker di kawasan sebuah stadium telah didatangi oleh Ahli Parlimen berkenaan pada 20 Oktober lalu, jam 11.30 malam dengan alasan untuk berbual-bual. Guru yang menjalankan latihan busker menemani remaja itu ke kenderaan milik Ahli Parlimen tersebut dan seterusnya membawanya duduk di kerusi bahagian hadapan kereta jenis Toyota Harrier. Guru yang menemani tadi meninggalkan kenderaan dan menjadikan Ahli Parlimen dan remaja itu dalam keadaan hanya berdua saja dalam kereta. Tiba-tiba wakil rakyat yang merupakan bekas menteri itu menyentuh tangan dan bahu gadis tersebut, tetapi ditepis oleh remaja berkenaan. Gadis itu segera meninggalkan kereta dan seba

KDN dapat maklumat terkini lokasi Jho Low

Imej
KUALA LUMPUR : Kementerian Dalam Negeri mendedahkan mempunyai maklumat terkini mengenai di mana Low Taek Jho atau Jho Low berada. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan kerjasama dengan pihak tertentu di negara yang disyaki Jho Low berada dalam usaha membawa pulang lelaki berkenaan. "Beberapa hari lepas, saya dapat maklumat terkini bahawa kita tahu di mana dia (Jho Low)... bagaimana caranya mungkin kita dapatkan kerjasama pihak-pihak tertentu di negara-negara yang dikata dia berada. Dikatakan dia bergerak antara satu tempat ke tempat lain sebagai cara untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak kita. "Tetapi langkah ini tidak akan berhenti sehingga kita dapat. Kalau Yang Berhormat cadang ke lubang cacing, lebih dari lubang cacing pun kita akan pergi untuk pastikan kes ini kita selesaikan dan bawa Jho Low balik ke sini dan dibicarakan sehingga dapat selesaikan isu 1MDB," katanya keti

Polis ambil tindakan jika Najib, Rosmah terbabit kes Altantuya

Imej
Polis akan mengambil tindakan sewajarnya jika ada bukti menunjukkan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sudah melihat rakaman video kenyataan dibuat ahli perniagaan Deepak Jaikishan baru-baru ini. Dalam rakaman video itu - yang kini sudah dipadamkan dari dalam talian - Deepak mendakwa dia boleh membantu pihak berkuasa menentukan motif di sebalik pembunuhan Altantuya. Kata Muhyiddin di pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) jika ada sebarang bukti atau maklumat baru mengenai kes yang menggemparkan itu, pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya. "Mungkin KDN boleh panggil Deepak terlebih dulu untuk mendapatkan kenyataan sebenar. "Kalau disabitkan dalam kenyataan itu nama-nama yang disebutkan tadi dan ia perlu disiasat, maka polis akan ambil tindakan sewajarnya," kata Muhyiddin semasa menggulung perbahasan usul kajian separ

Ramai lagi pegawai kerajaan akan berdepan dakwaan rasuah

Imej
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan ramai lagi pegawai kerajaan dari pentadbiran sebelum ini akan berdepan tindakan undang-undang kerana rasuah. “Sudah 6 bulan (sejak Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya); kami dalam proses menyusun semula kerajaan, sebenarnya, secara amalan, mewujudkan kerajaan baru. Sudah tentu, kita memerlukan para pegawai yang berpengalaman; namun, sesetengah pegawai yang berpengalaman didapati melakukan rasuah dan sesetengah mereka telah pun didakwa atas kesalahan rasuah. “Tetapi masih ada ramai lagi. Sebaik kita mendapat bukti, kita akan bertindak terhadap mereka namun buat masa sekarang, kita mempunyai tugas yang diperlukan untuk memerintah negara ini, kita tidak boleh hanya tertumpu kepada rasuah sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucap tama pada Persidangan Anti-Rasuah. Dr Mahathir menjelaskan, sesetengah pegawai kanan kerajaan yang terlibat itu akan dikekalkan buat semen

Polis siasat bekas menteri didakwa cabul pelajar selama 7 jam

Imej
Polis hari ini menyoal siasat seorang bekas menteri selama tujuh jam berhubung dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar bawah umur. Sumber dari Bukit Aman berkata bekas menteri yang juga anggota parlimen tiba di Bukit Aman kira-kira jam 10 pagi tadi. Dia disoal siasat oleh para pegawai polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11). "Polis selesai mencatatkan keterangannya sekitar jam 5 petang," kata sumber itu. Malaysiakini difahamkan anggota parlimen berkenaan meminta untuk berhenti rehat beberapa kali kerana mendakwa tidak sihat. "(Dia) ambil masa panjang, pasal dia kata tak sihat. Dia ni, dia tu so ambil masa panjang sikit," katanya. Sumber itu berkata polis akan terus merakamkan keterangan anggota parlimen itu sekiranya perlu. Semalam, Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed berkata polis akan meneruskan siasatan meskipun gadis berumur 15 tahun itu telah menarik balik laporan polis yang te

K’jaan cabar penyelesaian AS$5.78bilion 1MDB-IPIC

Imej
Kerajaan akan berada di Mahkamah Tinggi London hari ini bagi memfailkan permohonan untuk mengketepikan anugerah (award) persetujuan yang direkodkan oleh tribunal timbangtara pada 9 Mei tahun lalu. Anugerah persetujuan itu adalah antara International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS sebagai pihak penuntut dan 1MDB serta Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) sebagai responden. Di bawah persetujuan itu, Malaysia perlu membayar AS$5.78 bilion kepada IPIC dan pemegang amanah bon dalam tempoh lima tahun, jumlah wang yang ditakrifkan oleh Peguam Negara Tommy Thomas yang diperoleh melalui cara yang menipu. “Asas bagi cabaran perundangan Malaysia di Mahkamah Tinggi di London adalah bahawa Award Persetujuan tersebut telah diperoleh secara penipuan ataupun dengan cara yang bertentangan dengan polisi umum. “Permohonan mahkamah tersebut berkaitan dengan pengetahuan IPIC dan Aabar akan tuduhan yang serius yang dibuat oleh Jabatan Keadil