Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2020

'Kerajaan baru disokong MP Melayu-Islam, bumiputera' - Anwar

Imej
  Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini mendakwa bahawa dia telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada ahli-ahahli parlimen untuk menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan yang baru. Katanya, majoriti yang menyokonnya adalah ahli parlimen Melayu dan Islam. “Pentadbiran ini pastinya mewakili semua rakyat, dengan majoriti Melayu-Bumiputera dan perwakilan saksama semua kaum di negara ini. “Kami tetap menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang mengiktirafkan kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputera di samping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain,” katanya pada sidang media, hari ini. Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman itu di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur. Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi dan mana-mana kerjaan memerlukan sekurang-kurang 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Diasak wartawan men

PH Plus - Kembali : Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'

Imej