Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

Kemelut isu PM boleh dijawab lepas sidang Majlis Raja-raja

Imej
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.Justeru, kerajaan pilihan rakyat Malaysia dipilih melalui pilihan raya. Ahli-ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat kesemuanya ada 222 orang dan mereka adalah penggubal undang undang di badan legaslatif yang dipanggil Dewan Rakyat. Inilah yang dipanggil demokrasi berparlimen. Di mana peranan raja berperlembagaan? Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa Yang di-Pertuan Agong memilih perdana menteri dalam kalangan ahli Dewan Rakyat. Dewan Rakyat - yang merupakan dewan rendah parlimen - tidak mempunyai kuasa memilih perdana menteri. Tidak ada peruntukan undang undang dalam Perlembagaan Persekutuan untuk itu. Malah dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat atau dipanggil standing order pun tiada aturan atau order untuk agenda memilih perdana menteri. Jadi apa penyelesaian dari segi undang-undang setakat perkembangan krisis pemilihan seorang perdana menteri yang berlaku sekarang

APAKAH AGENDA MAHATHIR ASALKAN DAPAT MENGHALANG ANWAR JADI PM?

Imej
Kalau ikut logiknya, khususnya kerana Yang Dipertuan Agong belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung hasil temubual baginda dengan 222 Ahli Parlimen yang selesai semalam, ditambah lagi Majlis Raja-Raja pula dipanggil bersidang secara mengejut pagi esok, proses memilih Perdana Menteri baru sepatutnya belum lagi selesai sepenuhnya. Soalnya, kenapa tiba-tiba Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri interim tiba-tiba mengumumkan sidang khas Parlimen akan diadakan pada Isnin, 2 Mac bagi membuat penentuan memilih Perdana Menteri baru? Dalam hal ini, bukan saja soal kesahihan sidang khas Parlimen itu yang menjadi pertikaian, malah yang turut dipersoalkan ialah bolehkah Perdana Menteri interim memanggil sidang khas Parlimen diadakan? Kenapa Tun Mahathir seolah-olah mendahului Yang Dipertuan Agong mengumumkan perkara itu? Mengapa tidak ditunggu pihak istana mengeluarkan kenyataan rasmi? Apakah Tun Mahathir dalam hal ini bertujuan menghalang Anwar Ibrahim daripada di

Panggil sidang Parlimen pilih PM cabar hak Agong, kata PH

Imej
PETALING JAYA: Pakatan Harapan berkata memanggil sidang Parlimen untuk memilih perdana menteri mencabar hak dan kuasa Agong, dan menambah umum sedia maklum Agong dijadualkan bertemu Raja-raja Melayu untuk membincangkan perkara itu. Majlis presiden PH dalam satu kenyataan malam ini berpendirian tidak wajar untuk perdana menteri sementara mendahului titah Agong dalam hal itu. “Majlis presiden menggesa semua pihak untuk menghormati budi bicara dan wewenang Agong dalam hal ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar gabungan itu. PH berpendirian hak dan kuasa melantik perdana menteri terletak di tangan Agong, seperti yang termaktub bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Terdahulu, perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad berkata perdana menteri seterusnya mungkin ditentukan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan, kerana tiada majoriti ketara untuk menubuhkan kerajaan baru. Katanya kepada pemberita selepas mengu