SETAHUN SELEPAS BERKUASA, PN TIDAK HARUS LAGI DIBERI PELUANG KEDUA
Hari ini, 1 Mac bermakna genap setahun Muhyiddin Yassin memegang jawatan Perdana Menteri dengan rekod sebagai Perdana Menteri pertama dalam sejarah negara yang memperolehi jawatan tersebut melalui pengkhianatan dan jalan pintu belakang. Tetapi apakah yang boleh kita banggakan dalam tempoh setahun beliau menjadi Perdana Menteri? Selain tiada apa-apa yang membanggakan, kecuali dengan tertampal dalam sejarah ada menteri bercuti kerana memotong usus perut, timbalan menteri diberi cuti 55 hari ketika Covid19 kerana ingin bersama keluarga di New Zealand dan duta bertaraf menteri yang hanya duduk di rumah, keadaan negara secara umumnya penuh dengan ketidaktentuan dan kecelaruan sejak setahun yang lalu. Bukan saja mengurus negara dan ekonomi tampak celaru, malah mengurus kemasukan budak-budak ke sekolah pun terlihat tidak mampu. Lebih buruk, tarikh ulangtahun pertama Muhyiddin menjadi Perdana Menteri juga bagai diraikan dengan berita kemasukan dua Ahli Parlimen PH melompat menyok...