Bantuan Sara Hidup dibayar 6 Jun ini

Bantuan Sara Hidup dibayar 6 Jun iniSeramai 4.1 juta rakyat bakal menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) peringkat kedua yang menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada 6 Jun ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata,l pembayaran itu melibatkan anggaran peruntukan RM1.6 bilion.
"Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Guan Eng berkata, pemberian BSH itu diharap dapat membantu rakyat membeli keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri nanti.
"Hanya yang berkelayakan sahaja yang boleh menerima bantuan ini,"katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar