Amanah serah pelantikan ahli Kabinet pada PM, kata Mohamad Sabu

Presiden Amanah Mohamad Sabu minta orang ramai supaya tidak percaya senarai Kabinet yang tular sebelum ini kerana ia hanya khabar angin. 
PARTI Amanah Negara (Amanah) menyerahkan sepenuhnya keputusan pelantikan menteri atau timbalan menteri dalam kalangan ahli parti itu kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Presidennya Mohamad Sabu berkata pihaknya tidak membuat sebarang cadangan pelantikan mana-mana individu daripada Amanah sebaliknya telah menyerahkan 20 nama kepada Dr Mahathir untuk proses penilaian dan pemilihan.
Beliau yang juga menteri pertahanan berkata senarai nama muktamad berkenaan dijangka diumumkan Isnin ini disusuli majlis angkat sumpah jawatan tersebut.
“Ia (senarai penuh) belum diumumkan lagu dan saya tidak berani komen lagi sehingga Tun Mahathir sendiri mengumumkannya kerana mungkin ada perubahan di saat akhir…saya tidak tahu.
“Senarai yang tular sebelum ini belum boleh dipercayai kerana ia masih di peringkat khabar angin,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Amanah Peringkat Nasional di Melaka, hari ini.
Majlis itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Dr Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari juga pengerusi Amanah Melaka, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub serta pemimpin Amanah yang lain antaranya Khalid Abdul Samad dan Mahfuz Omar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu