Memperkudakan: Adun DAP jawab tulisan Lokman Adam
HARI ini tersebar meluas dakwaan-dakwaan yang ditulis oleh saudara Lokman Noor Adam,
kononnya DAP telah memperkudakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
dalam memerintah negara ini. Tersebar meluas katanya, DAP ini menguasai
tampuk pemerintahan Malaysia.
Saudara Lokman, anda sendiri tahu kerajaan baru yang dibentuk dan diketuai oleh Dr Mahathir ini berasaskan kepada kepelbagaian parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Bukan sahaja komponen utama diberi amanah memegang portfolio kementerian, tetapi ahli-ahli parlimen minoriti daripada Sabah dan Sarawak juga diberi peluang dan amanah untuk memegang jawatan dalam kementerian-kementerian tertentu.
Hanya dengan memetik nama saudara Lim Guan Eng dan saudara Gobind Singh Deo, sudah cukup untuk Lokman melemparkan tohmahan bahawa DAP ini memperalatkan Dr Mahathir. Dalam negara Malaysia yang asasnya dari pelbagai kaum, agama dan memperaktik pelbagai budaya, adakah terlalu melampau sekiranya kepelbagaian ini diraikan dan ditonjolkan dalam struktur pemerintahan?
Apakah kita perlu duduk di takuk lama sebagaimana kepimpinan Umno/BN dahulu yang majoriti menteri dan timbalan menterinya Melayu dan bermain api dengan sentimen perkauman? Yang menimbulkan kebencian antara kaum melalui himpunan parti-parti komponen?
Selama 60 tahun Umno/BN bermain dengan isu perkauman sehingga akhirnya pada PRU-14 rakyat menjadi penat dengan kebencian yang ditanam ini. Rakyat menjadi lelah dengan rasa tidak selamat antara kaum ini.
Rakyat sedar, betapa isu perkauman ini boleh diselesaikan dengan semangat muhibah dan persefahaman. Rakyat sedar, ada masalah yang serius yang sudah pasti akan menganggu survival hidup pada masa akan datang, dan sentimen perkauman ini hanya akan membunuh kita semua.
Dan akhirnya, rakyat telah bersuara dan barsatu mengubah kerajaan Umno/BN yang penuh kebencian ini. Dan kini, bila Umno/BN menjadi pembangkang, isu yang sama juga dimainkan. Betapa DAP itu dilihat musuh utama yang akan menghancurkan Melayu, Islam dan negara ini.
Mana kritikan Lokman terhadap polisi, terhadap sistem dan kerja-kerja pentadbiran PH? Mana suara Lokman dalam isu-isu semasa yang lain? Apabila bersuara, hujahnya tentang betapa DAP ini mempergunakan seluruh PH untuk meliberalkan negara ini.
Pada hemah dan pemikiran kamu, pentadbiran liberal itu pentadbiran apa? Islam liberal bagaimana yang DAP mampu ubah status agama rasmi negara ini? Kenapa perlu nyalakan api kebencian antara rakyat dengan menggunakan agama Islam?
Sekiranya betul perhatian Lokman ini adalah terhadap Melayu dan Islam, mana perginya Lokman semasa krisis perlantikan MB Perlis? Mana suara Lokman ketika Shahidan Kassim enggan mendengar titah Sultan Perlis dan berdegil mahukan adiknya menjadi menteri besar Perlis? Mana pergi Lokman ketika institusi keramat Raja-Raja Melayu ini dicemar dan dirobek oleh orang dalam Umno/BN sendiri?
Marahkan wakil DAP Gobind Singh Deo menjadi menteri komunikasi, katanya drama-drama Cina semakin banyak (dan Gobind Singh bukan Cina). Di saluran mana yang dimaksudkan? Lupakah Lokman, selama Umno/BN yang memegang menteri komunikasi dan RTM, adakah RTM mendapat reputasi yang baik? Adakah rakyat Malaysia sendiri mahu menonton RTM?
60 tahun dan RTM ketinggalan jauh di belakang. Mana pergi peruntukan kewangan untuk RTM, sehingga RTM semasa di bawah tampuk pemerintahan Umno/BN dilihat lapuk dan tidak berdaya saing? Di mana Lokman saat menteri Umno/BN yang memegang kementerian ini dan RTM dilihat sebagai stesen TV yang gagal?
Korban negara tidak habis dengan perlantikan Gobind Singh, ditambah pula dengan Lim Guan Eng yang memegang kementerian kewangan. Lupakah Lokman semasa pemerintahan Umno/BN, menteri kewangan adalah juga seorang perdana menteri?
Najib Razak menjadi perdana menteri dan menteri kewangan sehingga menyelewang berbilion-bilion duit negara. Mereka hidup bermewah-mewahan sedangkan negara kita ini masih dilanda isu kemiskinan. Satu dunia tahu dan kenal Najib yang dulunya perdana menteri Malaysia adalah seorang yang korup!
Menghormati sentimen rakyat, kerajaan PH tidak melantik perdana menteri menjadi menteri kewangan. Tetapi pelantikan ini digambarkan oleh Lokman pula sebagai usaha DAP menggunakan PH dan Dr Mahathir sebagai alat.
Sehingga hari ini Najib telah didakwa di Mahkamah, mana suara anda menempelak Jho Low yang masih belum dijumpai itu? Najib sudah ditangkap tetapi Jho Low masih berkeliaran. Jadi, Najib ini diperkuda dan dikambing hitamkan oleh Jho Low ke? Betapa rendahnya integriti seorang perdana menteri yang sanggup bersekongkol untuk memanipulasi duit negara. Mana suara kamu Lokman?
Kamu marah pula Richard Malanjum menjadi ketua hakim. Kamu marah Tommy Thomas jadi peguam negara. Kamu kata, tak boleh! Portfolio ini mesti orang Islam yang pegang untuk lindungi Islam, kalau tidak, nanti Kristian akan murtadkan orang Islam!
Tuduhan penuh kebencian apa yang dilemparkan ini? Tidak bolehkah melihat seseorang individu berdasarkan merit mereka? Apakah syarat untuk berlaku jujur dalam pekerjaan itu perlu menjadi Melayu dan Islam? Sedangkan negara ini bukan terdiri dari satu kaum dan agama sahaja. Sampai bila perlu kita warisi sentimen perkauman yang bacul ini?
Saya sentiasa mahukan negara dan kerajaan baru PH ini mempunyai pembangkang yang baik dan kuat. Pembangkang yang kuat akan dapat menjadi semak dan imbang yang baik kepada Kerajaan PH. Kita tidak mahu mengulangi kesilapan kerajaan lama yang pantang ditegur dan dikritik kerana saya percaya ‘absolute power corrupts absolutely’.
Tetapi pembangkang baru ini perlu belajar untuk mengasingkan sentimen perkauman yang hanya akan menjadi barah dalam kalangan rakyat dan negara. Jadilah blok pembangkang yang mengkritik dasar dan polisi, dan bukan hanya tahu menanam sentimen kebencian berasaskan kaum dan agama sahaja.
Ini telah dimainkan oleh Umno/BN selama lebih 60 tahun dan akhirnya mereka dijatuhkan oleh kuasa rakyat yang sudah jelak dengan sentimen yang penuh kebencian ini.
Adakah Lokman mahu memandu ke arah kegagalan yang sama dengan menjadikan sentimen perkauman sebagai peluru utama? Kita mahukan sebuah pembangkang yang kuat dan rasional, dan bukan yang hanya tahu menimbulkan rasa benci tidak berpada-pada.

Ulasan
Catat Ulasan