Najib sahkan RM5 juta dibayar pada Arul Kanda, kata Lim
Ini sekali gus mengesahkan laporan eksklusif Malaysiakini pada bulan Jun lalu yang melaporkan kerajaan bersetuju membayar ex-gratia kepada bekas orang kuat 1MDB itu
"Pada Januari tahun ini RM5 juta dibayar kepadanya (di mana) RM2.5 juta sebagai pendahuluan. Selepas 30 Jun, RM2.5 juta (lagi dibayar)," kata Lim semasa menggulung perbahasan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat hari ini.
"Kontrak itu ditandatangani oleh bekas perdana menteri," tambah beliau
Selain Arul Kanda, Lim juga berkata bekas pengarah SRC International Sdn Bhd, Suboh Md Yassin dan Nik Faisal Ariff Kamil masing-masing telah dibayar sebanyak RM84,583 dan RM74,583.
Beliau berkata Nik Faisal juga menerima gaji bulanan sebanyak RM335,000 dan bonus sebanyak RM533,000.
"Sejumlah RM106,000 dibayar kepada KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) bagi pihak pengarah (Suboh dan Nik Faisal)," katanya.

Ulasan
Catat Ulasan