Pilih pemimpin yang teruskan reformasi, kata calon ketua Pemuda PKR
SAYAP Pemuda PKR perlu memilih pemimpin yang mampu meneruskan agenda reformasi untuk memastikan parti itu terus kukuh dalam landskap baru politik Malaysia selepas pilihan raya umum bersejarah 9 Mei lalu, kata seorang pemimpin mudanya.
Pengarah Strategi Pemuda PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pemilihan parti September ini adalah peluang terbaik untuk akar umbi memilih pejuang rakyat selain mengangkat suara anak muda.
“Anak muda perlu meletakkan pemimpin yang membawa semangat reformasi itu. Kita berjuang bukan hanya untuk kita jadi kerajaan. Perjuangan ini kita telah buat (sejak) 20 tahun reformasi hidup.
“Yang kita hendak bawa adalah keadilan (iaitu) meletakkan sesuatu asas itu kepada tempat sepatutnya,” katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insight.
Ahad lalu, Akmal diumumkan sebagai calon merebut jawatan ketua Pemuda PKR dalam regu “Reformasi 20 Tahun” yang diketuai oleh Rafizi Ramli yang bertanding jawatan timbalan presiden. Akmal adalah bekas pegawai khas Rafizi.
Menurut Rafizi beliau menawarkan diri sebagai timbalan presiden, yang kini disandang Mohamed Azmin Ali, antara lain untuk menyelamatkan PKR daripada terbabas dari landasan agenda reformasi dan tercemar dengan budaya yang bertentangan dengan semangat reformasi.
Semalam, Azmin berkata beliau akan mengumumkan langkah politiknya selepas pilihan raya kecil Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.
Akmal berkata akar umbi PKR juga tidak seharusnya menerima tekanan daripada mana-mana pemimpin yang menggunakan jawatan untuk mempengaruhi undi dalam pemilihan parti nanti.
“Buat pilihan tanpa merasa tersinggung dengan mana-mana tekanan. Sekarang dah jadi kerajaan, mungkin ada yang meletakkan kedudukan mereka sebagai pengaruh tetapi kita pilih mereka yang benar-benar boleh angkat agenda reformasi,” katanya, tanpa menamakan mana-mana pemimpin PKR.
Tiga hari sebelum pengumuman pasukan Rafizi, dua pemimpin sayap pemuda PKR di Selangor letak jawatan kerana mendakwa wujud amalan nepotisme dan kronisme dalam pemilihan ahli majlis kerajaan tempatan di negeri itu.
Pada PRU14, Akmal membuat kejutan mengalahkan veteran Umno Shahrir Samad, antara pemimpin kanan Umno di Johor dan ahli Parlimen Johor Bahru tujuh penggal antara 1978 hingga 1990, dan 2004-2018.
Pemuda PKR perlu jadi sayap berpengaruh
Sebagai pemuda kerajaan kini, graduan ekonomi dari University of Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat itu berkata antara cabaran yang dihadapi Pemuda PKR ialah memecah populariti bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sewaktu zaman BN memerintah.
Namun, beliau menegaskan populariti perlulah seiring dengan gerak kerja peringkat akar umbi kerana akhirnya pengaruh sayap Pemuda PKR menarik sokongan anak muda yang akan jadi ukuran kejayaan parti.
Katanya, pemimpin yang berkesan bukan bermakna popular di media sosial tetapi mempengaruhi generasinya dan mengangkat isu-isu relevan dengan berkesan.
“Walaupun kita letakkan Khairy Jamaludin sebagai orang yang popular ketika itu, zaman beliau memimpin Pemuda Umno, tetapi kita kena lihat kesan atau peranan beliau pada golongan belia dan muda dalam negara.
“Kalau benarlah beliau (Khairy) memainkan peranan yang baik dan penting, masakan Umno pun boleh tumbang. Jadi, peranan kita sekarang untuk memastikan soal dasar, aktiviti dan program yang direncanakan ini capai kepada golongan sasaran dan berkesan,” katanya.
BN yang diterajui Umno hanya menang 79 kerusi pada PRU14, manakala Umno sendiri menang 54 berbanding 88 kerusi pada pilihan raya umum 2013. Selepas parti-parti komponennya di Sabah dan Sarawak keluar daripada BN, termasuk Gerakan di Semenanjung Malaysia, BN kini hanya ada tiga parti sebagai wakil di Parlimen iaitu Umno, MCA dan MIC.
Akmal juga berpendapat walaupun sudah jadi sebahagian daripada kerajaan, sayap Pemuda Pakatan Harapan mesti berani menyatakan pendirian termasuk meneruskan pendekatan mengadakan tunjuk perasaan dan demonstrasi, seperti semasa jadi pembangkang sebelum ini.
“Sekarang ini sedikit berbeza. Kita bukan lagi pihak pembangkang. (Tetapi ini) bukan bermakna aktiviti (demonstrasi) ini kita tinggalkan terus malah sepatutnya kita praktikkan supaya kita sedar diri supaya kita tidak alpa ataupun lupa dengan keadaan kita sebagai pejuang rakyat,” katanya.

Ulasan
Catat Ulasan