Bekas perisik mungkin terima AS$12 juta dari Timur Tengah


Bekas pegawai-pegawai kanan risikan yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin menerima AS$12 juta daripada sumber Timur Tengah. Seorang penyiasat kanan yang enggan namanya didedahkan berkata, wang itu dibawa ke Malaysia menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjur berkaitan sumber dana-dana itu.
“Apa yang kita temui setakat ini, suspek-suspek menggunakan kuasa mereka mendapatkan akses istimewa di lapangan terbang (Malaysia),” katanya.
Beliau berkata SPRM sedang menyiasat sama ada wang tunai itu digunakan untuk tujuan pilihan raya.
“Persoalannya sekarang berkaitan pelanggaran keselamatan negara.
“Pertama, terdapat isu bagaimana wang itu dibawa masuk ke negara kita tanpa dikesan, Kita percaya mereka isytihar wang tunai itu sebagai benda lain untuk melepasi sistem keselamatan lapangan terbang.
“Ini melanggar keselamatan pintu masuk ke negara kita.
“Kedua, apa urusan jabatan kerajaan untuk menerima dana daripada sumber asing, dan untuk tujuan apa? Jadi terhadap kebimbangan jika keselamatan negara diceroboh,” katanya.
Pegawai itu enggan menamakan lapangan terbang itu.
Undang-undang negara mensyaratkan wang bersamaan atau melebihi AS$10,000 yang dibawa masuk ke negara ini diisytiharkan.
Terdahulu, dalam sidang media kha SPRM hari ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata keseluruhan AS$6.3 juta telah dirampas dan AS$5 juta lagi masih dicari.
SPRM telah menangkap tujuh bekas pegawai risikan kerajaan dan mantan ketua mereka Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu