SKANDAL 1MDB: NOTIS MERAH INTERPOL

Jho Low berdepan lapan pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613), Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001. Bapanya Hock Peng pula berdepan satu tuduhan.

Keseluruhan jumlah dalam urus niaga terbabit dianggarkan sebanyak AS$261 juta (lebih RM1 bilion) untuk penerimaan wang dan AS$196 juta (kira-kira RM805 juta) untuk pemindahan wang tunai yang dilakukan melalui akaun berasingan di Bank BSI Singapura antara Disember 2013 dan Jun 2014.

Sebahagian besar wang itu digunakan untuk membeli kapal persiaran mewah Equanimity bernilai AS$250 juta (RM1 bilion).

TAHUKAH ANDA.. Bukan mahkamah di M'sia saja keluar waran tangkap Jho Low dan bapanya MALAH pihak berkuasa Singapura juga mengeluarkan waran tangkap terhadap Low Taek Jho atau Jho Low dan Tan Kim Loong pada April-Mei 2016 dan Notis Merah dikeluarkan oleh Polis Antarabangsa (Interpol) pada Oktober 2016.

Harap pihak berkuasa dapat siasat seadil-adilnya & heret mereka yg terlibat ke muka pengadilan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu