Tajuddin: Bagaimana pula hubungan rapat Dr M dengan taikun?

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman
membangkitkan soal Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang
dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa taikun.
"Bagaimana dengan hari jadi Mahathir? Siapa taja sambutan besar hari jadinya?
"Tiada barang (yang dihadiahkan) tetapi adakah anda tahu berapa banyak dihabiskan untuk majlis hari jadi? Ratus ribu dan mungkin lebih," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Beliau mengaitkan dua syarikat - konglomerat infrastruktur dan pelbagai - dengan Mahathir.
Katanya, salah satu syarikat yang rapat dengan Mahathir pernah mendapat kontrak untuk sebuah penjana kuasa bebas (IPP).
"30 tahun lalu mereka hanya ada pejabat kecil. Mereka jadi besar. Mengapa? Kerana Mahathir menyokongnya.
Ya, dia (pemilik) bekerja keras tetapi dia dapat segala sokongan (daripada Mahathir). Dia jadi billionaire daripada IPP," dakwanya.
'Saya hadiahkan jam kepada Najib'
Terdahulu, Tajuddin mempertahankan Datuk Seri Najib Razak berhubung rampasan barang bernilai sehingga RM1.1 bilion di hartanah berkaitannya.

Beliau berkata bekas perdana menteri itu sudah lama terlibat dalam politik dan menghadiri banyak acara sepanjang tempoh itu.
Malah, beliau pasti Najib menerima hadiah apabila menghadiri acara keraian termasuk perkahwinan.
"Saya pasti dia dan isterinya dapat hadiah apabila pergi ke setiap majlis kahwin. Ketika Najib hadir ke majlis perkahwinan anak saya, saya juga beri hadiah jam.
"Sekian lama, hadiah itu berlonggok di rumah. Sepanjang 20 tahun, berapa banyak hadiah (yang diperoleh Najib)?" soal Tajuddin lagi.
'Khairy tahu apa?'
Selain Mahathir, Tajuddin turut mengkritik anggota parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang disifatkannya masih setahun jagung.
"(Media) sentiasa wawancara Khairy, tidak wawancara saya.
"Apa yang Khairy tahu, dia masih muda. Dia tidak tahu sejarah dari 1980-an dan 1990-an.
"Saya tahu, saya sudah aktif dalam Umno sejak 1976," katanya.
Khairy kemudian menjawab soalan Tajuddin kepadanya itu di Twitter dengan berkata, "Tak banyak".

Ulasan
Catat Ulasan