Dasar kerajaan terdahulu tak bertanggungjawab?


KUALA LUMPUR - Pakar Ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan dasar digunakan kerajaan terdahulu adalah ‘dasar tidak bertanggungjawab’ kerana meninggalkan beban hutang kepada generasi akan datang.
Menurutnya, kerajaan sebelum ini banyak membelanjakan wang namun perbelanjaan itu diperoleh dengan meminjam dari pihak lain.
“Banyak dibelanjakan dan perbelanjaan itu banyak dengan meminjam. Bebannya akan ditanggung oleh golongan muda pada masa depan.
“Orang tak rasa dasar-dasar yang lepas dasar yang buruk tapi sebenarnya, ia adalah dasar tak bertanggungjawab,” katanya ketika menjawab soalan peserta ketika menghadiri dialog bersama orang muda, di sini, hari ini.
Tambah beliau, ekonomi dunia sekarang berada dalam keadaan genting sehingga menyebabkan negara seperti Argentina dan Turki turut terjejas.
Katanya, cabaran besar untuk negara selepas ini adalah memikirkan bagaimana untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi pada masa depan.
“Dalam 10 tahun kebelakangan ini kadar pengangguran rendah kerana ada kerja dalam sektor perkhidmatan.
“Tapi kebanyakan perkhidmatan itu adalah perkhidmatan tradisional, bukan moden. Kebanyakan yang moden ada dalam sektor awam dan kerajaan,” ujarnya.
Mengambil kira keadaan ekonomi di Argentina dan Turki, beliau memberi amaran agar Malaysia terus berwaspada.
“Keadaan sekarang memang genting di mana kita hadapi krisis demi krisis sedang melanda ekonomi dunia. Kita harus berwaspada,” tegasnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar

WKB2030: Wawasan Kemakmuran Bersama 2030