PAS sedia terima 'bantuan ghaib’ termasuk Umno sembang Hadi


PAS terbuka menerima mana-mana pihak yang sedia membantu kempen calonnya, termasuk daripada ahli atau jentera Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, 13 Oktober ini, kata presidennya, Datuk Seri Hadi Awang.
“Ini negara demokrasi dan PAS menerima siapa saja yang menyokong kita tapi ‘perkara ghaib’ (bantuan senyap-senyap Umno) saya tak tahulah.
“Umno tak benarkan ahli dia bantu (kempen PAS), tapi mungkin ada ahlinya yang undi calon kita,” katanya pada sidang media selepas Ceramah Perdana PAS sempena kempen PRK Parlimen Port Dickson di Teluk Kemang, malam semalam.
Kedua-dua parti itu tidak mempunyai ikatan khusus, tetapi telah bekerjasama secara terbuka di beberapa pilihan raya kecil lalu seperti di Seri Setia, Sungai Kandis dan Balakong.
Abdul Hadi berkata meskipun Umno-PAS tidak mempunyai sebarang ikatan, namun beliau percaya anggota dan pengundi Umno akan menyebelahi partinya.
"Dalam negara demokrasi, PAS menerima siapa sahaja yang menyokong kita,” katanya.
Pada 24 September lalu, Umno bertindak memboikot PRK Port Dickson dengan tidak meletakkan calon mereka selain tidak akan menyokong atau membantu mana-mana calon bebas yang bertanding pada pilihan raya berkenaan.
PRK itu menyaksikan pertandingan tujuh penjuru di antara calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yan, personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong dan Kan Chee Yuen.
Jati diri Islam
Abdul Hadi pada sidang akhbarnya turut membidas Anwar yangmenurutnya, tidak konsisten dalam mempertahankan jati diri sebagai seorang Islam.
“Contohnya, tempat masjid dia jadi imam, tempat Benggali dia pakai cara Benggali, tempat Tamil dia menari Tamil.

“Kita ada budaya kita. Orang Tamil akan hormat kita kalau kita ada pendirian sendiri...
"Memang ada kebebasan beragama tetapi biarlah konsisten dengan agama sendiri,” katanya.
Beliau berkata, masyarakat India dan Cina atau kaum apa sekalipun akan menghormati Islam jika penganutnya memiliki jati diri tinggi.
Sementara itu, pada ceramah perdana PAS yang pertama di Port Dickson, malam semalam, .
Abdul Hadi juga mengingatkan para pengundi supaya menolak Anwar yang semata-mata mahu menjadi perdana menteri dan memaksa supaya pilihan raya kecil perlu diadakan.
Katanya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar dipaksa melepaskan jawatan perdana menteri kerana beliau telah memimpin Pakatan Harapan pada pilihan raya lalu dan dipilih majoriti rakyat.
Abdul Hadi mengakui walaupun beliau tidak bersetuju semua perkara dengan Dr Mahathir, tetapi menerima hakikat beliau dipilih majoriti rakyat Malaysia.
Oleh itu, kata beliau adalah tidak wajar tanggungjawab memilih perdana menteri kelapan diserahkan sepenuhnya kepada penduduk Port Dickson semata-mata.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu