Tun Mahathir 'canang' kelakuan Kerajaan UMNO@BN di pentas PBB

MAHATHIR:
Rakyat Malaysia mahukan Malaysia baharu yang memegang prinsip keadilan,
tadbir urus yang baik, integriti dan berlandaskan undang-undang.
Perdana Menteri berkata, keputusan rakyat Malaysia menggantikan kerajaan baharu selepas 61 tahun disebabkan oleh tindakan kerajaan terdahulu.
“Kami lakukan ini (menukar kerajaan) disebabkan kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) mengamalkan politik kebencian, perkauman, keagamaan termasuk rasuah secara berleluasa.
“Rakyat Malaysia mahukan Malaysia baharu yang memegang prinsip keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan berlandaskan undang-undang,” kata beliau.
Ujar beliau, rakyat Malaysia mahukan negara yang bersahabat dengan semua negara lain termasuk tanpa bermusuh dengan mana-mana pihak.
Malah, ujar beliau Malaysia kekal sebagai neutral tanpa memihak selain menyatakan pendirian secara jelas tanpa sebarang keraguan mahupun gentar.
Ulasan
Catat Ulasan