Kami tak disogok, kata bapa remaja dakwa dicabul ahli Parlimen


PETALING JAYA: Bapa kepada gadis berusia 15 tahun yang mendakwa Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim Shahidan mencabul anaknya, menolak dakwaan keluarganya “disogok” supaya menarik balik laporan polis mereka.


“Laporan ditarik balik sebelum suspek datang berjumpa kami sekeluarga, kalau betul kami nak imbuhan, kami dah ‘deal’ dengan dia awal-awal.
“Lagipun semasa laporan dibuat, kami tidak jelas apa yang berlaku. Namun, setelah ada wakil (suspek) menerangkan perkara sebenar dan menyampaikan permohonan maaf, barulah kami faham dan tarik balik laporan,” katanya dipetik Bernama dalam satu pertemuan di Kangar hari ini.
Hari ini, Shahidan dilapor menafikan spekulasi beliau membayar keluarga gadis itu untuk menarik balik laporan polis kerana beliau tidak tahu mereka berbuat demikian sehingga dimaklumkan keluarga gadis terbabit.
Katanya, beliau menemui gadis itu dalam kenderaannya kira-kira 11.30 malam 20 Oktober lalu kerana “tak boleh berjalan” untuk menyampaikan sumbangan kepada kumpulan busker yang dianggotai remaja berkenaan.
Polis berkata, mereka akan menyiasat aduan itu walaupun laporan sudah ditarik balik di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sementara itu, bapa kepada gadis itu merayu semua pihak berhenti menyebarkan gambar anaknya demi menjaga privasi remaja itu yang masih bersekolah.
Kontraktor berusia 39 tahun itu juga berharap pihak berkuasa menyiasat punca gambar kad pengenalan anaknya tersebar dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tidak bertanggungjawab.
“Anak saya okey dan dia sudah tidak terkesan dengan insiden itu dan menganggap perkara itu hanya salah faham, sebab itulah dia menarik semula laporan yang dibuat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar