Kes salah guna kuasa, 'cuci duit' Najib dipindah ke Mahkamah Tinggi
Ini susulan tindakan pihak pendakwaan yang tidak membantah permohonan pihak pembelaan yang diketuai oleh peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah.
Peguam Havinderjit Singh berkata terdapat isu-isu tiada duluan yang akan dibawa ke perbicaraan dan lebih baik kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
“Oleh kerana permohonan ini tidak dilawan, mahkamah membenarkan pemindahan ini,” kata hakim.
Isteri Najib, Rosmah Mansor turut hadir ke mahkamah berpakaian baku kurung dan tudung hijau.
Ulasan
Catat Ulasan