Najib boleh bantu bayar hutang dengan dedah mana wang disembunyi

Bekas perdana menteri Datu Seri Najib Razak dapat membantu negara membayar hutang dengan memberitahu cara mendapatkan wang yang disembunyikannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam nada menyindir terhadap hantaran mesej video Najib di Facebook malam semalam, Mahathir memberitahu pemberita hari ini bahawa ini yang sepatutnya dilakukan oleh bekas presiden Umno itu daripada berusaha untuk mengalihkan perhatian daripada masalahnya.
"Saya mahu sertai dia dalam meminjam beberapa trilion dolar, dan kemudian berjaya membayar semua trilion dolar itu.
"Jika dia dapat memberitahu bagaimana, sebagai contoh cara membawa keluar wang yang dia sembunyi, maka kita boleh membayar hutang kita.
"Ini yang sepatut dilakukannya, bukannya cuba untuk mengalih perhatian dari masalah sendiri," kata Mahathir semasa sidang akhbar selepas merasmikan dasar nasional Industri 4.0, Industry4WD di Menara MITI di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam mesej video itu, Najib memberitahu kerajaan Pakatan Harapan supaya berhenti mencari kesalahannya dan pentadbiran BN terdahulu, tetapi sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan ekonomi negara.
Najib juga berkata bahawa kerajaan hari ini tidak mempunyai hala tuju yang jelas untuk membangunkan ekonomi, walaupun telah berkuasa selama 200 hari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar