Peruntukan 'misteri': Najib luluskan, kata Kamalanathan
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Mantan timbalan menteri pendidikan Datuk P Kamalanathan menjelaskan
kelulusan puluhan juta ringgit kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil
(SJKT) diluluskan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya,
permohonan Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India
(SEDIC) itu dipersetujui Najib pada 9 Ogos 2017 yang “meminit surat
tersebut” kepada mantan ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan
Serigar untuk tindakan lanjut. “Kebiasaannya apabila perdana
menteri telah memberi persetujuan dalam urusan sebegini, proses
memanifestasikan cadangan terletak bawah Jabatan Perdana Menteri dan
Kementerian Kewangan Malaysia, yang ia akan dimuktamadkan dengan dana
yang boleh diguna pakai,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai reaksi terhadap kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik (atas) yang mendakwa Najib cuba mengalihkan perhatian berhubung peruntukan sekolah Tamil.
Maszlee
berkata Najib perlu menjawab persoalan berhubung misteri 'peruntukan'
RM39.7 juta bagi 13 sekolah Tamil yang dijanjikan kerajaan BN tanpa
mendapat peruntukan dan kelulusan kabinet, seperti dilaporkan Malaysiakini pada 26 Oktober.Bagaimanapun, Kamalanathan menjelaskan angka sebenar peruntukan itu ialah RM36juta.
'Mungkin terlepas pandang'
Dalam
kenyataan hari ini, Kamalanathan juga menjelaslan bantuan itu dijadual
diturunkan kepada 22 SJKT selepas pilihan raya umum ke-14 dengan harapan
BN mengekalkan pentadbiran kerajaan.
Ini, katanya, seperti juga
janji-janji peruntukkan sebelum pilihan raya umum sebelum itu yang
dilaksanakan sepenuhnya selepas proses itu.
“Namun apabila
kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan selepas PRU14, Jabatan
Perdana Menteri dan ketua setiausaha perbendaharaan baharu mungkin
terlepas pandang akan kelulusan ini,” katanya.
Beliau juga
mempertahankan kepimpinan Najib yang disifatkannya sebagai “satu-satunya
perdana menteri Malaysia yang benar-benar prihatin akan kemajuan
infrastruktur SJKT di Malaysia”.
Katanya, bawah pentadbiran beliau, hampir RM900 juta ringgit peruntukkan untuk kesemua 524 SJKT.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan