APA PULA PENJELASAN NAJIB MENGENAI PERKARA INI?
Semalam,
Utusan dalam laporannya mendedahkan tentang wujudnya arahan daripada
Najib Razak agar dibuat pindaan terhadap laporan asal audit 1MDB yang
disediakan oleh Ketua Audit Negara.
Pindaan
yang diarahkan Najib itu ialah untuk mengeluarkan bahagian yang
mengaitkan penglibatan beliau dan Jho Low dalam urusniaga syarikat
pelaburan tersebut.
Adanya
arahan tersebut dengan sendirinya menunjukkan Najib bukan saja tahu
tentang penyelewengan dalam urusniaga 1MDB, tetapi juga sedar mengenai
kegiatan Jho Low yang menyebabkan syarikat itu kehilangan beribu bilion
wangnya dan cuba menutupnya dengan melakukan pindaan kepada laporan
audit yang menunjukkan ada kebenarannya.
Sehingga ini, Najib belum lagi tampil menafikan laporan akhbar milik UMNO yang kini berada di bawah penguasaan Zahid Hamidi itu.
Mengapa Najib sehingga kini tidak berani menjelaskannya?
Hari
ini, tampil satu lagi pendedahan terbaru oleh pemilik The Edge Media
Group, Tong Kooi Ong yang juga jelas menunjukkan Najib tahu dan sedar
mengenai kegiatan Jho Low dalam 1MDB.
Dalam
pendedahannya, Tong mendakwa beliau ada bertemu Najib pada tahun 2015
dan memberitahunya terdapat bukti yang menunjukkan Jho Low melakukan
penipuan melalui 1MDB.
Tetapi, maklumat itu, tambahnya tidak disenangi oleh Najib yang menyebabkan beliau diusir daripada kediaman Perdana Menteri.
"Saya
kemudian beritahu Najib bahawa Jho Low mesti dipertanggungjawabkan dan
didakwa. Ini mengecewakannya. Dia segera bangun, berjalan ke pintu dan
meminta saya pergi.
"Saya terkejut kerana dia sangat sentitif terhadap Jho Low," tambah Tong lagi.
Sama
seperti pertanyaan dalam blog ini semalam berhubung pendedahan Utusan
berkenaan arahannya meminda laporan audit 1MDB dan meminta bekas Perdana
Menteri itu memberikan jawapannya, kali ini soalannya juga sama iaitu
apakah pula penjelasan Najib berhubung dakwaan Tong ini?
Ulasan
Catat Ulasan