Harap PAS tak mengajar macam subjek 1MDB......

"Kami sedia belajar," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin yang mengulas kenyataan dibuat Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini.
Merujuk kepada keputusan PAS untuk tetap berhimpun di Kuala Lumpur bulan depan, Hanipa bagaimanapun sempat memberi pesanan kepada anggota parlimen Marang itu.
Secara menyindir Hanipa yang pernah menjadi salah seorang pemimpin PAS suatu ketika dulu mengingatkan Abdul Hadi supaya memberikan pengajaran yang betul.
"Kami memang dahagakan ilmu. Jika boleh, ajarlah kami di parlimen.
"Janganlah tok guru selalu miss (tidak hadir) sidang, nanti kami tiada guru tau," katanya berjenaka.
Tidak cukup dengan itu Hanipa meminta Abdul Hadi tidak mengajar menteri Pakatan Harapan (PH) seperti PAS memahami skandal 1MDB.
"Janganlah macam mengajar subjek 1MDB dulu. Bukan apa, dulu bila lihat cikgu (PAS) ajar orang lain tentang 1MDB, kami rasa macam susah sangat nak faham," katanya.
Terdahulu Abdul Hadi berkata PAS perlu meneruskan himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) untuk "mengajar" menteri PH."Apabila (perdana menteri kata) mustahil itu, tidaklah. Mustahil (ini) benda yang tak mungkin ada.
"Kalau menteri buat kenyataan kemudian pula, itu hendak mengatasi perdana menterilah. Perdana menteri telah buat kenyataan, apa lagi menteri lain buat?
“Semua menteri pakat buat kenyataan belaka, jadi celarulah. Sebab itu ada orang kata, kena ‘mengaji’ menteri ini, kena belajar.
"Perlu diajar menteri-menteri ini supaya faham,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar