Ini saat kita bersatu - Anwar
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata inilah masanya untuk semua rakyat Malaysia bersatu, di tengah-tengah kehangatan isu pertikaian tanah Kuil Sri Maha Mariamman yang menarik perhatian seluruh negara mutakhir ini.
"Di saat ketidaktentuan, mudah untuk kembali ke zon selesa kita dan mengecam mereka yang dianggap berbeza dengan kita.
"Bagaimanapun ketika saat inilah kita sepatutnya bersama-sama dan
bersatu dalam perkara yang mengikat kita," katanya dalam kenyataan.
Ini kali pertama beliau mengulas tentang isu tersebut sejak ia tercetus Isnin lalu.
Kata Anwar, semua pihak tidak boleh mengambil mudah terhadap keamanan yang dinikmati selama ini, apatah lagi membiarkannya terjejas kerana sentimen perkauman.
"Tidak boleh ada dan tidak akan ada kompromi ketika berdepan dengan pihak yang ingin mensabotaj kewujudan bersama pelbagai etnik dan agama yang aman di Malaysia.
"Pendirian tegas perlu diambil terhadap penjenayah yang cuba menutup amalan tipu helah mereka dengan sentimen perkauman yang negatif."
Masuk hari ketiga sejak isu kuil tersebut tercetus Isnin lalu, keadaan dilihat beransur baik walaupun polis telah berkata akan terus meningkatkan kawalan di kawasan sekitarnya.
Kerajaan juga mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas - atau Op Seafield - bagi menyiasat rusuhan yang berlaku.
Menyatakan penghargaan kepada pasukan keselamatan, Anwar berkata akan bekerjasama dengan semua pihak tanpa mengira politik untuk membincangkan perkara ini secara wajar dan menyeluruh.
"Sementara kita mencari penyelesaian secara baik, saya menggesa rakyat agar tidak membuat dakwaan tidak berasas yang berisiko mengancam negara.
"Buat penilaian secara kritikal, jangan biarkan rasis dan 'pahlawan keyboard' untuk menjejaskan perubahan yang telah lama kita perjuangkan," katanya lagi.

Ulasan
Catat Ulasan