'Majoriti rakyat tidak tunduk dengan cara ganas dan kotor' - Anwar
KUALA LUMPUR: Presiden PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap isu rusuhan dan kekecohan di Kuil Sri
Maha Mariamman di Seafield dibincangkan secara rundingan bersama.Pada masa sama katanya, mereka yang melakukan keganasan perlu diambil tindakan.
“Penyelesaian mesti secara rundingan. Siapa yang ganas, mesti ambil tindakan keras. Saya lihat kenyataan Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin tadi (Dewan Rakyat).
"Isnin ini baru dia adakan siri rundingan,” katanya semasa ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Jelasnya, isu melibatkan kaum dan agama mudah mencetuskan permusuhan dan pertelagahan.
Bagaimanapun, beliau yakin rakyat menolak keganasan.
“Saya rasa majoriti rakyat tidak terbawa-bawa untuk tunduk dengan cara ganas dan kotor. Orang ikut sentimen tidak teliti fakta, banyak yang tidak tahu.
"Sebab itu harus diberi penekanan kita selesaikan melalui rundingan dan aman,” tambahnya lagi.
Ulasan
Catat Ulasan