Bila bercakap pasal 13 Mei yang dimaksudkan ialah tragedi berdarah 13 Mei 1969. Kita tahu itu semua.
Dewasa
ini, segelintir orang Melayu khususnya ahli dan terutamanya pemimpin
parti, termasuk juga anggota beberapa Badan Bukan Kerajaan pro Umno,
amat gemar bercakap pasal 13 Mei.
Walaupun 49 tahun sudah berlalu, namun mereka kerap bercakap mengenainya. Mengapa?
Sebelum bercakap pasal itu saya bercakap pasal ini.
Tahun
1969 saya berusia 14 tahun. Tidak cukup dewasa untuk tahu selok belok
keadaan tetapi tidak juga terlalu budak untuk tidak tahu apa sebenarnya
yang berlaku.
Ketika itu saya tinggal di Jalan Daud Kampung Baru,
sebuah perkampungan Melayu di tengah-tengah Kuala Lumpur. Kampung Baru
tempat kelahiran saya. Tempat tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei.
Masa
itu saya belajar di tingkatan dua di St John’s Institution di Bukit
Nanas yang terletak tidak berapa jauh dari Kampung Baru.
Entah
kenapa pada hari itu – 13 Mei – hari Selasa kami dibenarkan pulang awal.
Jam 5.45 petang. Biasanya waktu sekolah habis jam 6.30 petang. Nak berarak Sebelum
ke sekolah pagi itu, kira kira jam 11 pagi seorang pemuda kampung
datang ke rumah mahu berjumpa abang saya. Bila diberitahu abang saya
tidak ada di rumah dia tinggalkan pesan meminta abang saya datang ke
rumah ‘Datuk Harun’ petang nanti. Nak berarak katanya.
Datuk Harun
merujuk kepada Datuk Harun Idris menteri besar Selangor ketika itu.
Kediaman rasmi menteri besar terletak di Jalan Raja Muda atau Princess
Road di Kampung Baru.
Seperti dikatakan tadi kami budak sekolah St
John sesi petang dibenar pulang awal. Kira kira jam 6 lebih saya
beradadi kedai mee Mak Yam berdekatan Sungai Bunus di Jalan Hale
(sekarang Jalan Raja Abdullah).
Tiba-tiba
keadaan kecoh. Ramai orang ke hulu ke hilir. Mee goreng goreng yang
dipesan sudah siap dan dibungkus rapi. Saya terus tunggang basikal tapi
bukan pulang ke rumah.Sebaliknya berkayuh menuju stadium TPCA (yang
kemudian ditukar nama kepada stadium Raja Muda).
Di lampu trafik
persimpangan Jalan Hale – Princess Road saya berhenti kerana lampu
merah. Dari situ kelihatan ada kereta terbakar di kawasan depan kediaman
Datuk Harun (kemudian baru saya tahu kereta itu dibakar). Di
sebelah saya dua lelaki Cina menunggang motosikal. Bila lampu bertukar
hijau mereka bergerak menuju ke tempat kereta terbakar – di depan
kediaman Datuk Harun. (laporan rasmi kerajaan berhubung 13 Mei yang
dikeluarkan beberapa bulan kemudian ada menyebut kedua-dua lelaki
tersebut terbunuh atau lebih tepat lagi dibunuh). Bawa parang
Saya
tidak kayuh basikal ke arah kediaman Datuk Harun.Tidak tahu kenapa.
Sebaliknya saya pulang. Sempat ternampak tiga pemuda Melayu dengan
lilitan putih di kepala. Masing masing membawa parang berlari menuju
Chow Kit.
Keadaan cukup cemas dan huru hara. Deretan kedai
berhampiran dibakar. Saya tidak nampak ketika ia dibakar. Hanya asap
hitam tebal dilihat dar rumah.
FRU datang cuba mengawal keadaan. Lewat malam regimen askar Melayu pula tiba.
Cukup lah setakat itu.
Kampung
Baru diletak dibawah perintah berkurung 24 jam.Apabila perintah
berkurung dilonggarkan di tempat lain di Kuala Lumpur, Kampung Baru
masih berkurung 24 jam.
Bekalan makanan dibawa kepada penduduk oleh askar Melayu. Di samping itu diagihkan juga di masjid jamek Kampung Baru.
Sepuluh
hari Kampung Baru diletak dibawah perintah berkurung 24 jam.Selepas itu
waktu perintah berkurung dikurangkan secara berperingkat hingga keadaan
kembali aman.
Bila keadaan reda barulah saya tahu jiran saya Pak
Cik Rahim yang rumahnya berhadapan dengan rumah saya menyembunyikan dua
kontraktor Cina di rumahnya.
Kedua-dua mereka sejak pagi menjalankan kerja baik pulih rumah Pak Cik Rahim sehingga rusuhan kaum tercetus petang 13 Mei.
Pengkhiamat bangsa?
Pak
Cik Rahim bertindak pantas menyelamatkan kedua-dua lelaki Cina
berkenaan – disoroknya di dalam rumah. Membiarkan mereka keluar rumah
bererti maut kerana kumpulan pemuda Melayu sedang “mencari-cari” orang
Cina.
Menurut Pak Cik Rahim, apabila perintah berkurung
dilonggarkan beliau secara senyap menyerahkan kedua-dua lelaki Cina itu
kepada askar Melayu untuk dibawa ke tempat selemat.
Saya juga
diberitahu kisah sepupu saya Osman yang bekerja sebagai pemandu seorang
tauke Cina di Jalan Tiong Nam dalam kawasan Chow Kit.
Petang itu bila rusuhan tercetus tauke itu menyuruh Osman bersembunyi di atas siling kedainya.
Kata
Osman daripada celahan siling dia boleh lihat beberapa pemuda Cina
datang ke kedai lalu bertanya kepada tauke itu di mana pemandunya yang
berbangsa Melayu. Tujuan mereka jelas. Jawab si tauke, Osman
pemandunya sudah awal awal pulang. Lantas kumpulan pemuda itu bergegas
keluar. Dan terselamatlah Osman sepupu saya itu.
Dia pulang beberapa hari kemudian bila keadaan mula reda.
Si tauke Cina mengambil risiko dan kemungkinan menghadapi tuduhan pengkhianat bangsa Cina demi menyelamatkan pekerja Melayu.
Begitu
juga Pak Cik Rahim mengambil risiko dan sanggup menghadapi kemunginan
dituduh pengkhianat bangsa Melayu semata-mata untuk menyelamat dua
lelaki Cina.
Jadi korban
Yang
ingin saya sampaikan ialah ketika kebencian memuncak ada perasaan
kemanusiaan , ada kasih sayang sesama insan tanpa mengira bangsa dan
agama.
Berbalik kepada persoalan mengapa sesetengah orang Melayu
terutama orang politik atau mereka yang ada cita cita politik amat gemar
“bercakap” mengenai 13 Mei walaupun ia sudah lama berlalu.
Hari ini pun kita dengar cakap-cakap itu.
Untuk
mengambil iktibar dan dijadikan pengajaran akan apa yang telah berlaku
supaya ia tidak diulangi ? Bagus jika itu tujuannya.
Namun tidak
dapat dinafikan apabila mereka bercakap pasal 13 Mei kepada masyarakat
bukan Melayu khususnya orang Cina nadanya keras ada nada unsur amaran
dan ancaman.
Amaran
orang bukan Melayu akan teirma padah jika peristiwa 13 Mei berulang.
Ada kalanya amaran seumpama itu dibuat walaupun Melayu tidak diancam
mahupun dicabar.
Apa pun sebabnya – dicabar atau tidak – amaran
sedemikian ialah kerana mereka yang memberi amaran percaya orang Melayu
“menang’ ketika rusuhan kaum 13 Mei 1969 terjadi.
Namun hakikatnya kedua-dua bangsa – Cina dan Melayu – jadi korban.
Hakikatnya tiada siapa yang menang. Kita sama-sama kalah.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan