Kabinet akan bincang kenyataan Rashid - Menteri
Abdul Rashid yang juga bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR menyifatkan pihak yang membantah penggunaan sumber kerajaan oleh parti untuk mengekalkan kuasa sebagai "bodoh".
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada perhimpunan agung Bersatu di Putrajaya Ahad lalu.
Amalan politik naungan
Menteri yang enggan dinamakan itu berkata pernah berbincang dengan Rashid mengenai persempadanan semula pilihan raya.“Sebelum PRU14, saya ada dua perbincangan dengan beliau mengenai persempadanan semula dan reformasi pilihan raya.
“Tidak banyak yang beliau tahu. Saya langsung tidak tertarik,” kata menteri itu lagi.
Kedudukan Rashid yang sekarang mempengerusikan jawatankuasa reformasi pilihan raya juga akan dibincang kabinet serta Majlis Presiden PH.
Semalam, Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata rakyat Malaysia tidak bodoh dan golongan muda terutamanya akan menentang usaha mengembalikan amalan politik naungan.
Ia sebaik selepas Syed Saddiq mengecam tindakan perwakilan meminta kerajaan memberikan kontrak dan jawatan kepada anggota parti ketika sesi penggulungan perhimpunan agung tahunan Bersatu Ahad lalu.
Ulasan
Catat Ulasan