Memalukan! Maria Chin desak naib presiden PPBM henti jadi pengerusi ERC


Maria Chin Abdullah menyifatkan kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memalukan ERC. ― Foto oleh Zuraneeza ZulkifliKUALA LUMPUR, 31 Dis — Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman diminta meletak jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC).
Maria Chin Abdullah membuat desakan itu susulan kenyataan Rashid berkaitan "dalam PRU (pilihan raya umum) kita kena menang by hook or by crook (dengan apa cara sekalipun)".
Bekas pengerusi Bersih berkata kenyataan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) "memalukan" dan "tiada beza" dengan pimpinan negara sebelum ini, lapor Sinar Harian.
"Tolong letak jawatan dan jangan memalukan ERC dan Malaysia Baru. Apa beza di antara anda dan Najib?" coret ahli parlimen Petaling Jaya di Twitter hari ini.
"Terima kasih [ketua Armada] Syed Saddiq [Syed Abdul Rahman] dan Parti Amanah Negara yang menentang budaya buruk ini".
Abdul Rashid ketika berucap dalam perhimpunan agung PPBM kali kedua mencadangkan kerajaan mengagih kontrak dan projek kepada ketua bahagian parti.
Pada ucapan penggulungan, naib presiden PPBM, yang dibidas Syed Saddiq dalam perhimpunan sama, menyifatkan bantahan itu sebagai “pandangan bodoh".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar