NETIZEN KECAM NAIB PRESIDEN BERSATU MAHU AMAL KRONISME

PENGGUNA media sosial hari ini mengingatkan Naib Presiden Bersatu Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa pengundi memilih Pakatan Harapan (PH) untuk menggantikan rejim Barisan Nasional, bukannya mahu melihat parti itu menjadi Umno 2.0.
Mereka menyelar bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya itu yang menyokong amalan rasuah politik pada ucapan penutupnya di Persidangan Agung Tahunan Bersatu semalam.
Pengguna media sosial juga menyokong tinjauan kumpulan pemerhati Bersih yang tidak bersetuju terhadap kenyataan Abdul Rashid itu.
Semalam Abdul Rashid berkata parti itu perlu menggunakan kedudukannya dalam kerajaan untuk menyalurkan sumber dan projek kepada ketua bahagian supaya mereka boleh memenangi pilihan raya akan datang.
Walaupun kenyataan itu dilihat bertentangan dengan prinsip kerajaan dan parti, ucapannya itu disambut dengan tepukan gemuruh perwakilan yang hadir.
Pemilik akaun Twitter bernama  @drcolinfu dalam kicauan balas (retweet) mengenai laporan berita tentang ucapan Abdul Rashid itu berkata, kerajaan baharu sepatutnya membanteras budaya lama yang melibatkan rasuah politik.
“(Abdul) Rashid ini bodoh atau apa? Rakyat mahu menghapuskan budaya politiking Umno dan kini muncul pula badut ini?!?!’ katanya.
malaysiakini.com@malaysiakini
VIDEO by @kinitv | Syed Saddiq slams Bersatu members demanding positions and contracts https://www.kinitv.com/video/69117O8 
View image on Twitter
Dr. Colin Fu@drcolinfu
@raishussin, this guy Rashid whatever is stupid or what? Ppl try to rid of UMNO warlord culture and yet come along this clown?!?! https://m.malaysiakini.com/news/458243  cc. @chedetofficial @MuhyiddinYassin @MukrizMahathir

Bersatu VP says ‘stupid’ not to use gov’t resources, gets standing ovation

Rashid’s comment comes after Syed Saddiq spoke out against demands for gov’t contracts, positions.
m.malaysiakini.com
See Dr. Colin Fu’s other Tweets
Manakala seorang lagi pengguna Twitter, @manejemenn secara sinis mengatakan naib presiden bersatu itu mungkin berkhayal ketika berucap.
“Apa yang Rashid hisap? Bekas pengerusi SPR sepatutnya lebih baik daripada ini. Anda membuatkan Bersatu lebih mudah menjadi Umno 2.0. Kami tidak mengundi anda untuk ini,” katanya.
The Management@manejemenn
What is Rashid smoking? Expected better from former EC chairman. You are making it easy for for Bersatu to become UMNO 2.0. We did not vote for this.
21 people are talking about this
Bagi @AmeerFaris, kenyataan Abdul Rashid amat memalukan dan beliau menunjukkan tiada perbezaan antara Bersatu dan Umno kerana mahu mengamalkan kronisme.
“Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid memalukan, “jami’ beri tender kepada ketua cabng?” Apa bezanya Umno dan Bersatu jika mengutamakan kroni dan mengikut pintu belakang. Ini merupakan contoh seorang veteran yang sukar  melakukan pembaharuan. Orang Melayu yang bersorak juga bingai (bodoh).”
Seorang lagi pengguna Chan Tsu Chong turut membangkitkan kebimbangan terhadap maklum balas perwakilan yang bersorak seolah-olah menyokong ucapan Abdul Rasih.
“Apa yang lebih membimbangkan adalah tepukan gemuruh yang menunjukkan masalah lebih besar berbanding Rashid. Amat menjijikan,” katanya.
Chan Tsu Chong@tsuchong
The more worrying thing is the standing ovation, which shows a bigger problem beyond Rashid. Really disgusting and repulsive.
Bersatu VP says ‘stupid’ not to use gov’t resources, gets standing ovation https://www.malaysiakini.com/#.XCk-9RLT2p0.twitter 
See Chan Tsu Chong’s other Tweets
Dalam satu kenyataan hari ini, Bersih berkata penyalahgunaan kuasa menerusi saluran sumber kerajaan merupakan salah satu sebab kerajaan terdahulu hilang kuasa.
“Adakah Abdul Rashid dan perwakilan yang bersorak sudah lupa kenapa rakyat Malaysia menolak kerajaan Umno/Barisan Nasional tujuh bulan lalu?
“Penyalahgunaan kuasa golongan elit yang menyalurkan sumber kerajaan, rasuah dan sokongan politik itu yang menyatukan rakyat Malaysia untuk menukar kerajaan pada 9 Mei 2018,” kata Bersih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar