‘Persaingan Anwar, Dr M’ boleh bawa binasa - Pensyarah
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Persaingan kepimpinan nasional pentadbiran Pakatan
Harapan (PH), khususnya antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan
Anwar Ibrahim yang disebut sebagai bakal penggantinya memberi kesan
tidak stabil terhadap negara.
Hal ini dijelaskan Profesor Madya Sains Politik di John Cabot University di Itali, Bridget Welsh dalam ulasannya kepada Malaysiakini.
"Selain
masalah ekonomi, tanggapan mengenai langkah kerjasama sehinggalah
persaingan di kalangan elit politik, terutama antara Dr Mahathir Mohamad
dan Anwar Ibrahim mengenai kepimpinan nasional menjejaskan kestabilan.
"(Keadaan)
sebelum dan selepas pemilihan PKR yang menyaksikan pertarungan dan
perebutan kedudukan yang remeh tidak menimbulkan keyakinan bahawa parti
ini boleh mentadbir dengan berkesan dan melaksanakan pengundian yang
menghormati proses yang adil.
"Tindakan Bersatu yang mengambil
para pemimpin Umno yang tercemar juga menimbulkan keseimbangan hubungan
yang sulit ini,” jelas beliau dalam tulisan berjudul Hopes and Heroes: Malaysia in 2018.
Belajar urus konflik
Welsh juga mengatakan para pemimpin PH perlu belajar menguruskan hal ehwal dalaman parti
“Para
pemimpin Harapan tidak mengambil pengajaran bahawa konflik dalaman
perlu disimpan di dalam parti… Kelihatan mereka memilih untuk menumpukan
mengenai (persaingan) kedudukan antara satu sama lain, bukannya
meletakkan kedudukannya (sebagai pemimpin) untuk rakyat.
Perebutan kuasa yang berterusan ini membinasakan kerana mereka
telah kembali kepada taktik lama "pecah dan perintah" dan melalaikan
pemimpin daripada melaksanakan amanah sebagaimana mandat undi yang
diberikan kepada mereka, iaitu untuk mentadbir,” tulisnya.
Welsh berkata pentadbiran PH bukan sahaja berhadapan cabaran politik dalam negara tetapi juga keadaan dunia yang tidak menentu.
“Bukan
sahaja kerajaan baru menghadapi cabaran politik domestik yang serius
dan persepsi orang ramai yang (pentadbiran) ini tidak melaksanakan
(janji)nya, tetapi Mahathir juga kembali berkuasa dalam keadaan global
yang tidak menguntungkan, di mana ketidakpastian dan kelembapan ekonomi
dunia boleh dikatakan paling serius dan meramalkan tahun hadapan yang
sukar,” katanya yang juga penyelidik kanan di Center for East Asia
Democratic Studies, National Taiwan University dan The Habibie Center,
Indonesia.
Bagaimanapun, Welsh berkata pencapaian PH dalam masa
kurang dari lapan bulan juga merupakan suatu “tindakan berani” dan
mengembalikan “maruah Malaysia di pentas antarabangsa.”
“Pencapaian
ini dalam masa kurang daripada lapan bulan tidak boleh dipandang ringan
dan dari perspektif global memang suatu tindakan berani.
“Mereka memperkuat hakikat bahawa harapan dapat membuahkan hasil,” katanya.
Antaranya
beliau menyebut pengukuhan semak dan imbang, parlimen yang lebih kuat,
penggurangan kuasa perdana menteri, penguatkuasaan antirasuah,
meningkatnya profesionalisme pelantikan penjawat awam seperti
Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pejabat Peguam Negara.
“Sekiranya Malaysia mengikuti jalan peningkatan hutang dan salah
urus (pentadbiran terdhulu), kesan negatif akan menjadi jauh lebih besar
kepada generasi akan datang,” katanya lagi.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi. Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 undi, Badrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa memperolehi 850 undi dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghafar masing-masing mendapat 380 dan 32 undi. Keputusan ini ternyata jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan PRU14 lalu di mana calon PH ketika itu, Dr. Md Farid Md Rafik telah menang dengan majoriti 524 undi. PRK yang diadakan setelah 18 bulan PH menjadi kerajaan ini bukan saja menunjukkan penolakan rakyat kepada PH, tetapi juga menatijahkan penolakan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Meskipun Tun Mahathir datang berkempen ke Tanjung Pia...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan