'Rakyat Malaysia tidak bodoh' - Syed Saddiq kecam kenyataan Abdul Rashid
KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
menegaskan rakyat Malaysia tidak bodoh dan yakin pemimpin tertinggi
parti itu juga akan menentang usaha mengembalikan amalan politik
naungan.
Beliau menegaskan pemimpin pemuda parti komponen Pakatan Harapan (PH) juga menentang usaha mengembalikan amalan tersebut.
Beliau juga yakin golongan muda akan memainkan peranan penting dalam menghalang kembalinya amalan tidak betul yang pernah diamalkan sebelum ini.
"Saya merasakan orang muda adalah masa depan dan saya yakin perubahan
minda akan terjadi jika kita melakukannya dengan betul," katanya kepada
pemberita selepas program Street Dakwah anjuran Persatuan Kebangsaan
Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) malam tadi.
Syed Saddiq mengulas kenyataan Naib Presiden Bersatu Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menggesa pemimpin yang dilantik sebagai menteri memberi kontrak kepada ketua bahagian untuk mengekalkan kuasa.
Abdul Rashid menyifatkan pihak yang membantah penggunaan sumber kerajaan oleh parti untuk mengekalkan kuasa sebagai "bodoh."
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu pada Ahad.
Bagaimanapun, kenyataan Abdul Rashid itu dikecam pemimpin Armada Bersatu dan pemimpin pemuda parti komponen PH.
Sementara itu, mengulas program Street Dakwah anjuran PKPIM tersebut, Syed Saddiq menyambut baik usaha murni yang dilakukan untuk memastikan anak muda tidak melakukan perkara yang tidak bermoral.
Beliau menegaskan pemimpin pemuda parti komponen Pakatan Harapan (PH) juga menentang usaha mengembalikan amalan tersebut.
Beliau juga yakin golongan muda akan memainkan peranan penting dalam menghalang kembalinya amalan tidak betul yang pernah diamalkan sebelum ini.
Syed Saddiq mengulas kenyataan Naib Presiden Bersatu Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menggesa pemimpin yang dilantik sebagai menteri memberi kontrak kepada ketua bahagian untuk mengekalkan kuasa.
Abdul Rashid menyifatkan pihak yang membantah penggunaan sumber kerajaan oleh parti untuk mengekalkan kuasa sebagai "bodoh."
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu pada Ahad.
Bagaimanapun, kenyataan Abdul Rashid itu dikecam pemimpin Armada Bersatu dan pemimpin pemuda parti komponen PH.
Sementara itu, mengulas program Street Dakwah anjuran PKPIM tersebut, Syed Saddiq menyambut baik usaha murni yang dilakukan untuk memastikan anak muda tidak melakukan perkara yang tidak bermoral.
Ulasan
Catat Ulasan