Wan Azizah minta Azmin bertenang
Ia susulan bantahan terbuka Azmin terhadap pelantikan jawatan parti yang diumumkan Anwar pada 28 Disember lalu.
Pelantikan itu menurut Anwar diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dipengerusikannya.
"Bertenang (keep cool)...Mungkin
ada cara (lain) untuk beritahu presiden baru tentang perkara tertentu.
Saya fikir (kita patut) beri ruang presiden baru memimpin parti, kita
telah memilihnya," katanya yang kini menjadi pengerusi Majlis Penasihat
PKR.
"Dan seperti dia (Azmin) kata itu adalah hak presiden, dan
juga (untuk) kesatuan dalam parti," katanya ketika ditemui pemberita
selepas program "Street Dakwah" di Kuala Lumpur malam ini.
Ulasan
Catat Ulasan