2,000 sertai Warisan di Putatan
KOTA KINABALU: Kira-kira 2,000 orang daripada 38 cawangan Parti
Warisan Sabah (Warisan) di bahagian Putatan semalam menyerahkan borang
keahlian parti.Borang keahlian itu diserahkan oleh ketua cawangan berkenaan kepada Ketua Bahagian Warisan Putatan Terence Siambun dan disaksikan oleh Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Uda Sulai.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Terence berkata kebanyakan mereka yang menyertai Warisan itu adalah bekas ahli Umno yang meninggalkan parti berkenaan sebelum ini.
“Ada juga dalam kalangan mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini…dan saya lihat kemasukan beramai-ramai pada hari ini menunjukkan parti ini semakin diterima oleh rakyat,” katanya.
Sementara itu, Uda yang juga Adun Petagas berkata kemasukan ahli baru berkenaan akan memperkuatkan lagi parti itu di bahagian tersebut.
“Kemasukan ini menunjukkan keyakinan masyarakat Putatan terhadap Warisan. Mereka yang menyertai Warisan ini tidak dipaksa dan tiada habuan yang diberikan kepada mereka.
“Oleh itu saya meminta semua ahli parti di Putatan ini terus menyokong pucuk pimpinan demi pembangunan di Sabah khususnya di Putatan,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan