Isu diskriminasi kaum sudah wujud di zaman BN

Isu diskriminasi kaum dalam pekerjaan ini sejak zaman BN lagi sudah wujud.Maka, menjadi cabaran besar kepada PH sebagai blok parti kerajaan hari ini untuk melaksanakan satu mekanisme membendung atau "mengajar" mana-mana syarikat yang dilihat tidak adil dan rasis ini. 

Seorang arwah sahabat saya bekerja sebagai akauntan bertauliah juga beberapa kali mengadu pada saya bagaimana sebuah syarikat dia bekerja yang bosnya Cina meletakkan gaji lebih tinggi untuk kaum mereka. Padahal, kelayakan dan pengalaman dia lebih tinggi daripada pekerja Cina itu.
Dia juga rasa tidak puas hati apabila mejanya ada saja fail baru masuk perlu diurus.

Padahal, rakan sekerja Cina yang sama posisi jawatannya dengan dia tiada pula asyik ditambah terlalu banyak fail baru untuk diselesaikan segera.

Akibatnya, dia selalu stres dan hanya dapat keluar pejabat selepas jam 7, 8 malam hampir setiap hari.
Katanya juga, syarikat itu meletakkan deretan kaum dia dan seorang dua orang India di barisan pengurusan kedua tinggi. (Tertinggi memang kaum Cina semualah sebab itu syarikat dia, dia fahamlah realiti tu).

Suasana kerja pula, walaupun bahasa Inggeris jadi bahasa utama yang jadi ciri tipikal sektor swasta, tetapi dalam banyak keadaan, arwah kawan saya bengang tu apabila mereka menggunakan bahasa Cina.

Seakan-akan bahasa Cina sudah jadi semacam "kod rahsia" apa lagi di hujung komunikasi diakhiri gelak-gelak sambil menjeling tajam beberapa staf Melayu berdekatan.

Akhirnya, dia buat keputusan tukar tempat kerja lalu dapat peluang kerja di sebuah syarikat antarabangsa di KL yang bosnya orang putih.

Baru dia rasa syarikat itu menghargai kelayakan tingginya dan diberi posisi dan gaji jauh lebih tinggi dan sesuai berbanding syarikat sebelum ini.

Malah, bos orang Itali itu siap menggalakkannya balik ke rumah sejurus tamat waktu kerja. Satu keadaan yang tidak pernah dialaminya semasa bekerja di syarikat yang bosnya Cina sebelum ini.

Itu antara secebis pengalaman peribadi yang menguatkan tanggapan masyarakat Melayu bahawa ramai orang Cina (bukanlah semua) masih rasis apabila mereka lebih berkuasa.

Padahal, merekalah yang mendesak Melayu supaya jangan 'Malay first' tapi kena 'Malaysian first' - kononnya.

Siapa ada pengalaman persekitaran kerja yang sama?

Apa pandangan anda untuk mengekang gejala buruk ini?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar