Mesyuarat tergempar Amanah K'tan bincang lantikan Azmin dalam MTNg

Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan mengadakan perbincangan khas susulan pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali sebagai pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg), negeri itu.
Image result for azmin dan amanahMenurut sumber, satu mesyuarat tergempar diadakan oleh biro politik Amanah Kelantan yang berlangsung malam tadi di Kota Bharu.
"Mesyuarat khas ini hanya melibatkan ahli jawatankuasa biro politik Amanah negeri yang berbincangan mengenai pelantikan pengerusi MTNg.
"Hasil perbincangan tersebut bagaimanapun tidak mencapai kata putus yang muktamad.
"Ada ahli jawatankuasa yang setuju dan ada juga yang tidak setuju dengan perkara itu," kata sumber yang enggan disiarkan namanya kepada Malaysiakini, malam tadi.
Difahamkan turut hadir pada mesyuarat itu Naib Presiden Amanah, Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Azmin dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Semalam, satu sidang media dirancang oleh Amanah Kelantan yang sepatutnya berlangsung hari ini, namun dibatal.
Sidang media mengenai pelantikan Azmin itu difahamkan dibatalkan selepas mesyuarat tersebut gagal mencapai keputusan sebulat suara.
Sumber memberitahu, mesyuarat itu antara lain mempersoalkan alasan pemimpin Amanah tidak dilantik bagi jawatan berkenaan.
"Selain itu ada juga cadangan supaya mengesyorkan agar timbalan perdana menteri yang dilantik ke jawatan itu.
"Tetapi ada juga di kalangan pimpinan Amanah Kelantan yang tampil mempertahankan pelantikan Azmin," jelasnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar