Mujahid: Serangan pada Yadim, apakah maknanya saya, wakil DAP ‘iblis’

KUALA LUMPUR, 31 Jan—Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengingatkan warga internet agar tidak sewenangnya melabelkan dirinya dan wakil rakyat Paloh sebagai ‘iblis’. Datuk Mujahid Yusof Rawa mengingatkan warga internet agar tidak sewenangnya melabelkan dirinya sebagai ‘iblis’. — Foto oleh Yusof Mat IsaMengulas isu pelantikan Sheikh Omar Ali dari DAP sebagai ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata menggunakan ungkapan sebagai ‘musuh Islam’ dan ‘musuh Allah’ adalah melampau.
“Apakah warga maya termasuk agamawan dan pemimpin ingin menyatakan bahawa YB Dr Mujahid dan YB Sheikh adalah iblis atau mereka ingin memusyrikkan kedua-dua tokoh tersebut?” katanya dalam catatan di Facebook.
“Jangan mudah sangat dan jangan ringan lidah sangat.”
Pemimpin Amanah berkata pemikiran itu amat bahaya dan perlu diperbetulkan dengan hujah ilmiah dan tidak mengikut emosi.
“Sementara mereka semudahnya menggunakan ungkapan musuh, apakah selayaknya kita juga menggunakan balik hujah tersebut? Sesekali tidak!
“Kita bahkan tidak pun menganggap mereka itu musuh kita, apa lagi musuh Islam, kerana kita hanya sedang ‘berlawan’ hujah dan pendirian untuk berbakti kepada negara tercinta ini,” katanya.
Mujahid ‘diserang’ kerana mempertahankan pelantikan exco Johor itu dalam institusi agama peringkat pusat yang diketuai Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beberapa pihak termasuk Umno membantah pelantikan itu kerana mendakwa DAP adalah parti yang tidak  pernah mahu mengiktiraf Islam sebagai agama negara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 ahli Parlimen PKR keluar parti, PH

MAHATHIR TELAH HILANG AURA, MASA BERUNDUR KINI TIBA!!

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA