SKANDAL 1MDB: BEKAS PENGARAH SRC INTERNATIONAL SAKSI UTAMA KES NAJIB
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
BEKAS pengarah SRC International Sdn Bhd Suboh Md Yasin akan menjadi
saksi utama pendakwaan terhadap Najib Razak dalam kes pecah amanah,
salah guna kuasa dan pengubahan wang melibatkan bekas anak syarikat
1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu, kata sumber agensi anti rasuah.
Kes terhadap bekas perdana menteri ditetapkan untuk perbicaraan bermula 12 Februari ini.
“Sekarang Suboh diletakkan di bawah pelan perlindungan saksi sepenuhnya,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.
Isnin
lalu, Najib dikenakan tiga lagi pertuduhan tambahan berhubung dana SRC
International, menjadikan kesemuanya 10 kes melibatkan keseluruhan dana
berjumlah RM89 juta.Beliau dikenakan tujuh pertuduhan awal pada Julai dan Ogos tahun lalu atas dana keseluruhan RM42 juta.
Awal Jun tahun lalu, The Malaysian Insight melaporkan Suboh menyerah diri kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tiga tahun
melarikan diri, dipercayai bersembunyi di Indonesia, Thailand dan New
Zealand.
Selain Suboh, pihak pendakwaan dijangka mengemukakan 60
saksi terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan, Unit
Perancang Ekonomi (EPU), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), dan bank serta
pengarah dan pengurusan tinggi beberapa syarikat serta peguam. SPRM mencari Suboh sejak Ogos
2015, bersama bekas pengarah urusan SRC International Nik Faisal Ariff
Kamil dan ahli perniagaan Lhow Taek Jho atau Jho Low bagi membantu
siasatan berhubung duit yang masuk ke akaun Najib.
SPRM kemudian
mengesahkan sudah merakamkan kenyataan Suboh pada akhir November 2015.
The Malaysian Insight difahamkan kenyataan itu diambil di Indonesia
namun Suboh tidak memberi kerjasama kerana Najib pada masa itu masih
perdana menteri.
Selepas pilihan raya umum pada Mei tahun lalu,
SPRM sekali lagi bertemu Suboh di Indonesia, dengan kerjasama agensi
anti rasuah republik itu. Beliau pada masa itu memberikan kerjasama, selepas Najib hilang kuasa dan Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan di Putrajaya.
“SPRM
juga berjaya memisahkan dia daripada Nik Faisal,” kata sumber, dan
menambah bekas pengarah urusan SRC International itu masih belum dapat
dikesan, dipercayai bersembunyi sama ada di Indonesia, London atau
China.
Nik Faizal Ariff adalah ketua pegawai eksekutif SRC
International semasa ia ditubuhkan pada 2011 sebagai anak syarikat firma
pelaburan milik penuh kerajaan, 1MDB.
Sehingga minggu ini, Najib sudah didakwa enam kali di mahkamah melibatkan keseluruhan 42 pertuduhan.
Pada
September lalu, Najib dikenakan 25 tuduhan melibatkan duit yang
dikaitkan dengan 1MDB, merangkumi empat kes salah guna kuasa dan 21 kes
mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).
Sebulan
kemudian, beliau juga didakwa pecah amanah melibatkan RM6.6 juta dana
kerajaan, bersama bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan
Serigar Abdullah. Pada
Disember berikutnya, Najib didakwa atau tuduhan salah guna kuasa
mengarahkan pindaan ke atas laporan akhir audit 1MDB untuk mengelak
dikenakan tindakan. Beliau didakwa bersama bekas CEO 1MDB Arul Kanda
Kandasamy.
Najib mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan menegaskan perbicaraan di mahkamah nanti akan membersihkan namanya. Namun
peguamnya diketuai Shafee Abdullah kini meminta perbicaraan pertama
dijadualkan bermula 12 Februari ini ditangguh, dengan alasan mahkamah
perlu menunggu tiga rayuan permohonan lain selesai dahulu.
Tiga
rayuan itu berhubung tindakan mencabar pelantikan peguam Sulaiman
Abdullah sebagai pendakwa raya, sekatan ke atas media dan orang ramai
membicarakan merit kes serta permohonan mendapatkan dokumen berkaitan
kes.
Pihak pendakwaan membantah usaha peguam Najib dengan menyifatkannya sebagai tidak wajar dan remeh.
Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari pada 7 dan 8 Februari ini bagi mendengar tiga rayuan itu.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi. Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 undi, Badrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa memperolehi 850 undi dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghafar masing-masing mendapat 380 dan 32 undi. Keputusan ini ternyata jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan PRU14 lalu di mana calon PH ketika itu, Dr. Md Farid Md Rafik telah menang dengan majoriti 524 undi. PRK yang diadakan setelah 18 bulan PH menjadi kerajaan ini bukan saja menunjukkan penolakan rakyat kepada PH, tetapi juga menatijahkan penolakan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Meskipun Tun Mahathir datang berkempen ke Tanjung Pia...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan