Susah sangat ke PH nak faham pengundi di kampung?

Setiap kali disebut pengundi luar bandar, pemerhati sering berfikir apa sebenarnya aspirasi mereka. Jadi tidak hairanlah kalau bertubi-tubi analisis tentang undi Melayu luar bandar dihidangkan sebaik sahaja selesai pilihan raya kecil parlimen Cameron Highlands.

Pandangan umum yang banyak dicanang itu termasuklah keperluan Pakatan Harapan untuk mengaku kelemahan untuk merangka strategi bagi memperkasakan gagasan Malaysia Baharu di kalangan pengundi luar bandar, terutama pengundi Melayu yang rata-ratanya konservatif.

Tetapi apa yang baru tentang pandangan tersebut? Secara amnya pemerhati biasa sudah tahu politik yang diketengahkan oleh Pakatan Harapan kurang diyakini rakyat di kampung atau di kawasan separuh bandar.

Jadi persoalan yang paling penting untuk dijawab sekarang ialah: Kenapa?

Tidak dinafikan bahawa politik suku kaum dan agama yang dimainkan oleh Barisan Nasional dan PAS selama enam dekad amat kuat dan degil kesannya.

Tapi saya kira di sini kita boleh mengolah sedikit sebanyak “psyche” mereka, pemahaman politik mereka masih asas-asas sahaja, sikap undi mereka selalunya dibentuk oleh nilai-nilai adat kemasyarakatan seperti kesetiaan, sentiasa bersyukur atau berperwatakan baik.

Tidak percaya? Tengok saja strategi pemilihan calon BN dan PAS.

Saya juga tidak fikir ahli politik dan pemikir perang Pakatan Harapan tidak tahu atau kurang faham akan realiti ini. Mereka kebanyakannya dididik dengan penulisan hebat seperti The Art of War oleh Sun Tzu atau The Prince karya Machiavelli.

Jadi agak merunsingkan jika difikirkan bagaimana mereka gagal untuk memenangi hati pengundi-pengundi yang tidak banyak kerenah, senang sifat semula jadinya dan sederhana kehendaknya.

Walaupun Pakatan Harapan sudah berkuasa, masih tebal curiga mereka. Kesangsian inilah yang perlu ditangani Pakatan Harapan untuk menembusi kubu-kubu Umno atau PAS.

Perlu diselidik apakah asal-usul kesangsian ini? Adakah ia isu kelas? Atau isu identiti? Adakah kepemimpinan mereka bertutur sama bahasa? Atau satu di atas, yang lain di bawah?
Mungkin boleh semak buku-buku yang disebut tadi untuk jawapan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar