Wan Azizah pertahan lantikan politik PH


   Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mempertahankan tindakan anggota kerajaan yang membuat lantikan politik bagi jawatan tertentu.Kata timbalan perdana menteri itu seseorang itu dilantik bukan dibuat atas kapasiti parti atau jawatan dalam politik, sebaliknya berdasarkan kelayakan masing-masing.
Malah katanya jumlah lantikan sebegitu juga kini dikurangkan berbanding sebelum ini.
"Lantikan politik itu memang kita dah kurangkan.
"Tapi bagi sesetengah lantikan itu pun dibuat atas dasar kelayakan [...] dan mereka tidak memegang jawatan tinggi (atau penting) dalam parti," katanya kepada media di Pandan, Selangor hari ini.
Terdahulu Wan Azizah yang juga anggota parlimen Pandan hadir di majlis penyerahan sumbangan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Menurut Wan Azizah pada realitinya kebanyakan orang memang mempunyai hubungan dengan politik, malah sebahagiannya menganggotai sesebuah parti.
Awal minggu ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof melantik anak bekas menteri besar Kelantan dan calon PH pada PRU lalu, Nik Omar Nik Abdul Aziz sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Zolkharnian Abidin, pula dilantik sebagai timbalan yang dipertua.
Beberapa anggota Amanah, PKR dan seorang Adun DAP dilantik menjadi anggota Lembaga Pemegan Amanah Yadim.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar