Peguam Negara Tommy Thomas mendapat kebenaran untuk mengheret Muhammad Shafee Abdullah ke mahkamah atas tuduhan menghina.
Ini adalah berhubung ulasan Shafee di video KiniTV yang bertajuk “Shafee: This is completely bonkers”. Permohonan
untuk mendapat kebenaran Tommy diluluskan oleh hakim Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur Mohd Firuz Jaffril pagi ini dan pengurusan kes untuk saman
sivil itu kemudiannya ditetapkan pada 25 Mac.
Tommy diwakili oleh peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan.
"Hari ini adalah perbicaraan untuk permohonan ex parte kerana menghina.
"Nampaknya mahkamah berpuas hati dan memberikan kebenaran," katanya kepada wartawan di luar mahkamah.
Menurutnya, kertas pertuduhan akan disampaikan kepada Shafee "dalam masa 14 hari".
Dalam video tersebut, antaranya Shafee dirakamkan sebagai berkata: “[...]
But we think our case is very good. Ok? If you leave the judge alone,
do not influence the judge, if the judge is straight, if witnesses are
not coached and not fabricated evidence, we should win. Ok? “Much to our surprise. My opinion is we should win. Ok? Alright.” atau terjemahannya
"[...]
Tetapi kita fikir kes kita sangat baik. Ok? Jika kamu tidak ganggu
hakim, jangan pengaruh hakim, jika hakim itu lurus, jika saksi tidak
diajar dan tidak menipu bukti, kita harus menang. Ok?
"Kami terkejut. Pendapat saya ialah kita harus menang. Ok? Baiklah."
Shafee
membuat ulasan itu selepas anak guamnya, bekas perdana menteri Najib
Razak, diberikan pelepasan yang tidak membebaskannya berhubung tiga
pertuduhan pengubahan wang haram pada 7 Februari lalu.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Berdasarkan keputusan rasmi PRK Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti bergaya sebanyak 15,086 undi, isyarat rakyat kepada PH sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Calon BN, Wee Jeck Seng memperolehi 25,466 undi meninggalkan jauh calon PH daripada Bersatu, Karmaine Sardini yang mendapat cuma 10,380 undi. Calon-calon lain iaitu Wendy Subramanian daripada Gerakan mendapat 1,707 undi, Badrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa memperolehi 850 undi dan dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghafar masing-masing mendapat 380 dan 32 undi. Keputusan ini ternyata jauh sekali berbeza jika dibandingkan dengan PRU14 lalu di mana calon PH ketika itu, Dr. Md Farid Md Rafik telah menang dengan majoriti 524 undi. PRK yang diadakan setelah 18 bulan PH menjadi kerajaan ini bukan saja menunjukkan penolakan rakyat kepada PH, tetapi juga menatijahkan penolakan kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Meskipun Tun Mahathir datang berkempen ke Tanjung Pia...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan