Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown hari ini
mengesahkan dia menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada
persetujuan untuk menyelesaikan saman Abdul Hadi Awang di luar mahkamah
pada bulan lalu.
Bagaimanapun Clare menjelaskan ia bukan
sebahagian daripada perintah mahkamah kerana hakim tidak mengarahkan
presiden PAS itu membayar kos kerana ia sudah dibuat kepada pihak ketiga
yang mewakili portal tersebut, iaitu peguam Malaysia, Americk Sidhu
"Sarawak Report bersetuju dengan syarat Abdul Hadi iaitu kedua-dua ppihak merahsiakan bayaran yang terlibat," katanya.
Menurut
Clare lagi memang sesuatu yang lazim untuk bayaran bagi penyelesaian
luar mahkamah seperti itu dirahsiakan bagi mengelak pihak yang
mengeluarkan wang berasa aib.
Langkah itu juga katanya dapat menjimatkan masa dan wang kedua-dua pihak daripada terus terlibat dalam proses perundangan.
"Mahkamah
memerintahkan prosiding kes berkenaan ditarik balik dan tiada perintah
dikeluarkan untuk kos kerana sumbangan Hadi sudah dibayar dan berada di
escrow (pihak ketiga)," kata Clare dalam blognya hari ini.
Turut
dipaparkan dalam hantaran terbaru di Sarawak Report itu ialah beberapa
gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia, sekeping
cek Bank Islam dan sepucuk surat kepada Maybank yang mengesahkan wang
bernilai RM1.4 juta itu datang daripada Abdul Hadi.
Mahu maklumkan rakyat Malaysia
Beberapa
hari lalu Presiden PKR Anwar Ibrahim bertanya kepada PAS sama ada
penyelesaian luar mahkamah saman Abdul Hadi ke atas Clare dan Sarawak
Report melibatan wang bernilai lebih RM1 juta.
Beberapa jam
kemudian Setiausaha Agung PAS yang juga seorang peguam, Takiyuddin
Hassan, mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan tersebut.
Takiyuddin
yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata, PAS akan mendedahkan
dokumen bukti bahawa tiada bayaran dibuat kepada Clare.
Malam
kelmarin pula Anwar - semasa berceramah di Semenyih - menegaskan Abdul
Hadi membayar Clare sebanyak RM1.4 juta. Takiyuddin semalam berkata PAS
akan mengadakan sidang media khas bagi menjawab tuduhan anggota parlimen
Port Dickson tersebut.
Kata Clare, dokumen bukti yang dilihat Anwar itu ialah surat kepada Maybank tersesebut.
Clare
menambah penafian dibuat Takiyuddin itu mengelirukan, tidak benar dan
melanggar perjanjian kerahsiaan yang dicapai sebelum ini.
"Hadi tidak sepatutnya membincangkan butiran bayaran penyelesaian dengan mana-mana ahli PAS sama sekali.
"Tindakan
Takiyuddin mewakili Hadi adalah pelanggaran dan penolakan perjanjian
kerahsiaan yang sangat ketara kerana ia tidak benar.
"Justeru
Sarawak Report berhak mempertimbangkan untuk keluar daripada kerahsiaan
juga supaya kebenaran dapat diberitahu kepada rakyat Malaysia
dikelirukan," katanya.
Menurut Clare dia mula-mula dihubungi untuk
ditawarkan penyelesaian luar mahkamah sejak akhir tahun lalu melalui
orang tengah Abdul Hadi.
Kata Clare asalnya presiden PAS itu mahu
membayar wang tunai tetapi ditolak sebaliknya memilih untuk menggunakan
cek tarikh tertangguh.
PETALING JAYA: Seramai 9 ahli Parlimen PKR, termasuk 2 menteri persekutuan mengumumkan keluar parti dan Pakatan Harapan, beberapa minit selepas pemecatan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin. Mereka menerusi satu kenyataan berkata, blok bebas akan dibentuk di Parlimen yang turut disertai Azmin (Gombak) dan Zuraida (Ampang) yang mengisytiharkan keluar daripada PH. Sembilan wakil rakyat itu ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Menteri Kerja Raya, Baru Bian (Selangau), Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Santhara Kumar (Segamat), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau). Semua 11 ahli Parlimen ini bersekutu dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang baru menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Azmin dan Zuraida antara pemimpin PKR yang menemui ahli Parlimen PPBM, Umno, PAS, M...
Ganti rugi AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) oleh bank pelaburan antarabangsa, Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar-uarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara. Ia adalah akibat sikap terlalu tergesa-gesa kerajaan PN, khususnya Perdana Menteri, Muyhiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz. Mereka sepatutnya meneruskan tindakan undang-undang ke atas Goldman Sachs yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) beberapa bulan selepas menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Skandal 1MDB adalah kempen utama PH bagi menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi BN pimpinan Najib Razak. Kleptokrasi ertinya kerajaan yang mencuri duit rakyat jelata. Jadi yang lebih tahu mengenai tuntutan ke atas Goldman Sachs ini adalah kerajaan PH bukan kerajaan tebuk atap PN yang baru berusia enam bulan. Label tebuk atap adalah ciptaan Presiden PAS merangkap duta khas bertaraf men...
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan