Dana RM90 juta: 'Tak lari gunung dikejar, Idris Ahmad harap bersabar' - Husam


Dana RM90 juta: 'Tak lari gunung dikejar, Idris Ahmad harap bersabar' - Husam

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Amanah, Senator Datuk Husam Musa berharap pihak yang menuduh beliau tidak berani ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wang berjumlah RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas supaya bersabar.

Menurut Husam, beliau telah menghubungi SPRM Putrajaya dan mendapat pengesahan dirinya belum dipanggil untuk diambil keterangan.

"Namun, seperti mana saya telah sebutkan dalam posting saya, sudah pasti saya akan menyampaikan info dalam pengetahuan saya sebagai tugas negara saya.

"Bah kan, saya kira sebahagian dokumen berkenaan sudah pun ada dalam pengetahuan SPRM.
"Jangan lupa, pihak mana yang disiasat. Jangan beraya salah tempat, salah haribulan.

"Idris Ahmad harap bersabar," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Awal Jumaat, Husam memberitahu media pihak SPRM tidak memaklumkan untuk hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wang berjumlah RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan itu memaklumkan beliau tidak diberitahu mengenai perkara itu walaupun beberapa pegawai SPRM hadir ke kediamannya di Kelantan pada malam Khamis.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

GANG SETAN RUPANYA...!!!