PAS boleh jadi murung lihat PH makin kuat....
“Kita ajak mereka untuk bersama sebelum ini tetapi mereka enggan. Apabila PH sudah menang, PAS rasa terasing.
"Jika berterusan begini, PAS boleh dilanda sindrom kemurungan,” kata Salahuddin, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Salahuddin, yang juga bekas naib presiden PAS, berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2018, di kementeriannya, di sini semalam.
Isu mengenai undi tidak percaya dibangkitkan selepas pendedahan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan kononnya terdapat dua parti dalam PH mungkin merancang pembelotan terhadap Dr Mahathir.
Ulasan
Catat Ulasan