Rancangan Al Jazeera dengan Najib menang anugerah wawancara terbaik
Wawancara Al Jazeera bersama Najib Razak tahun lalu - yang
menunjukkan bekas perdana menteri itu beberapa kali dilihat gagal
mengawal perasaannya - menang sebagai wawancara terbaik dalam Anugerah
Kewartawanan Televisyen 2019.
Anugerah itu anjuran Royal Television Society (RTS) United Kingdom yang diadakan pada 27 Februari lalu.
Menurut laman The Malay Mail, ia dinyatakan oleh rancangan 101 East Al Jazeera menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya.
"101 East dengan gembira ingin mengumumkan kami dianugerahkan Wawancara Terbaik Tahun ini dalam Anugerah RTS yang berprestij yang diadakan di London," kata program itu seperti dipetik.
Wawancara bertajuk Malaysia: Najib Speaks itu dikendalikan Mary Ann Jolley - yang pernah diusir dari Malaysia pada 2015 ketika membuat liputan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu - disiarkan pada 27 Oktober 2018.
Dalam wawancara itu, Al Jazeera berkata Najib beberapa kali gagal bertenang dan "kelihatan begitu jengkel" ketika ditanya berkenaan isu berkaitan 1MDB - antaranya "berlian merah jambu" dan "derma RM2.6 bilion".
Malah
ketika Jolley membangkitkan pengusirannya pada 2015, Najib berkata
beliau tidak menyesal tentang perkara itu dan menyifatkannya sebagai
"hanya menyibuk".
Tidak lama selepas tindakannya dilapor media, Najib mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kegagalannya mengawal perasaan dan berkata beliau hanya risau dengan keadaan isterinya Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Norashman dan Riza Aziz, yang disoal siasat polis ketika wawancara berlangsung.
Sementara itu, juri anugerah dilaporkan berkata wawancara itu menunjukkan "keberanian dan kesungguhan" dan memuji pendekatan yang digunakan Jolley ketika wawancara.
"Pendekatan forensik (Jolley) memikat, pengetahuannya mengagumkan dan kebolehannya menggabungkan ketegasan dan kelembutan agak luar biasa," katanya seperti dipetik.
Sejak dimuat naik di lama Youtube Al Jazeera Oktober lalu, wawancara itu sudah mendapat lebih sejuta tontonan.

Ulasan
Catat Ulasan