Wah, bukan main bangga panggil Najib ‘Bossku’, kata Dr M
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
SEMENYIH: Tinggal beberapa hari menuju hari pengundian PRK DUN
Semenyih, Dr Mahathir Mohamad menghalakan kritikannya terhadap para
penyokong Najib Razak, yang kembali popular meskipun berdepan berpuluh
pertuduhan di mahkamah.
Pengerusi Pakatan Harapan menegur mereka yang masih setia dengan
“Bossku”, gelaran yang dipakaikan Najib ketika ini, yang katanya
terpalit dengan dakwaan salahlaku.
“‘Bossku’ bukan sebarang bos. Wah, bukan main lagi bangga, itulah
‘Bossku’. Betul tak malu, memang tak malu langsung. Tersenyum dipanggil
‘bossku’.
“Saya pun ada salah tapi saya tak salah tolak Najib,” katanya di satu ceramah di Taman Pelangi malam tadi.
Hadir sama Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Mukhriz
Mahathir, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Dr
Xavier Jayakumar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Seramai 3,000 hadirin memenuhi kawasan ceramah sejak 8.00 malam. Dr Mahathir berkata penduduk Semenyih tidak akan rugi jika menyokong
calonnnya, Mohammad Aiman Zainali yang didukung parti kerajaan.
“Katakan selepas ini beliau (Aiman) menang dan beliau berpendapat
Semenyih memerlukan sebuah hospital. Kita akan minta kepada menteri.
Kalau Menteri Kewangan Lim Guan Eng tak beri, kita ketuk dia.
“Sebab itu penting pilih calon kerajaan,” katanya disambut sorakan hadirin.
Sebelum ini, Aiman menjadikan pembinaan Hospital Semenyih sebagai agenda utamanya jika berjaya memenangi kerusi DUN itu.
Bagaimanapun, cadangan beliau pernah dipertikaikan oleh Menteri
Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad yang mengatakan kawasan tersebut tidak
sesuai untuk dibina sebuah lagi hospital.
Sebaliknya, sebuah klinik kesihatan lebih sesuai untuk dibina.
Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli. Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA. “Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara). “Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid. Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN. Rat...
Ulasan
Catat Ulasan