BOSSMU KANTOI DI PARLIMEN
Wakil Pekan yang dikenali dengan gelar “Bossmu”, Najib Razak kantoi dan hilang aura sebagai boss di parlimen hari ini apabila terkena bedilan Wakil Bagan yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Menteri Kewangan itu mendedahkan rahsia bagaimana wakil Pekan telah menjual pejabat konsul di Hong Kong tanpa mengadakan tendar (jualan) terbuka dengan harga yang jauh lebih rendah daripada nilai sepatutnya.
Kata Guan Eng, tawaran penjualan pejabat itu yang dibuat Najib dibatalkan kemudian dilakukan jualan secara terbuka dengan harga jauh lebih tinggi. Harga yang disebut melalui jualan secara runding dibuat Najib bernilai RM1.1 billion sahaja berbanding dengan nilai jualan terbuka dibuat oleh kerajaan PH sebanyak RM1.6 billion. Bezanya sebanyak RM500 juta.
Bila menerima pendedahan itu wakil Pekan bangun bertanya soal Terowong di Pulau Pinang apakah ianya dibuat secara tander terbuka, dan minta menyebutnya. Guan Eng tidak melayan Pekan sebaliknya bertanya “bossmu” apakah hendak jawaban atau tidak pendedahan mengenai pejabat konsul dibuat tadi.
Sebanyak tiga kali Guan Eng bertanya dan meminta Najib apakah hendak menjawab atau mengaku mengenai pejabat konsul di Hong Kong itu. Najib tidak menjawab sampai sudah, dan menyerahkan kepada rakan-rakannya untuk terus menjerit-jerit marahkan Guan Eng dan melaung-laungkan perkataan terowong beramai-ramai. Wakil Pam juga ikut sama berkolaborasi dengan wakil Umno.
Satu masa apabila tidak tahan dengan asakan Guan Eng dan beberapa wakil kerajaan lain, yang meminta Najib menjawab, baru Najib baru, tetapi bukan menjawab berhubung pendedahan Guan Eng itu, tetapi melaung dengan berkata; jawab terowong dahulu?
Laungan berupa cabaran Najib disambut oleh wakil kerajaan (Tanjung) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang mencelah bertanyakan wakil Bagan secara menyindir pembangkang; apakah mereka yang tidak percaya projek terowong itu tidak adalah tendar adalah orang bodoh?
Hari ini keberanian dan aura bossmu kontoi di parlimen. Dan mereka yang percaya pembinaan terowong di Pulau Pinang itu tanpa tendar adalah mereka yang BODOH. Hehe...

Ulasan
Catat Ulasan