Dewan kecoh: Najib soal hutang negara, Guan Eng timbulkan isu 1MDB
Kekecohan tercetus di Dewan Rakyat hari ini semasa sesi penggulungan
Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong oleh Menteri Kewangan
Lim Guan Eng apabila bekas perdana menteri Najib Razak menyoal mengenai
perangkaan hutang negara terkini.
Najib sebelum itu meminta Lim
mengulas laporan Bank Negara Malaysia yang menyatakan bahawa hutang
negara telah meningkat sejak akhir tahun 2017."Saya ingin memaklumkan kepada Najib (BN-Pekan) bahawa kerajaan Pakatan Harapan, sejak mengambil alih pada 9 Mei, tidak mempunyai apa-apa projek mega baru dan membuat sebarang pinjaman kerana projek-projek pembangunan telah diluluskan ...di bawah Bajet 2018.
"Apabila PH mengambil alih kerajaan, kita perlu mengikuti Bajet 2018 yang telah diluluskan pada tahun sebelumnya," jawab Lim.
Katanya, projek itu diteruskan dengan syarat ia bebas daripada amalan rasuah dan dengan kos yang dikurangkan.
Menteri itu menambah bahawa jika kos projek tidak dikurangkan, jumlah pinjaman akan menjadi lebih tinggi.
Pertikaman lidah tercetus apabila Lim membangkitkan isu 1MDB, dengan mendakwa bahawa pentadbiran sebelum ini telah menyembunyikan hutang 1MBD dengan tidak menyertakan jumlah sebenarnya.
Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) bangkit dan menuntut untuk mengetahui siapa yang menyembunyikan angka tersebut manakala Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata kerajaan cuba menjadikannya hutang negara yang didakwa berjumlah RM1 trilion itu disebabkan oleh skandal 1MDB sedangkan berkaitan dengan projek pembangunan lain seperti Lebuhraya Pan-Borneo.
Lim cuba menjawap soalan Khairy tetapi terus diasak oleh pembangkang, termasuk Najib sendiri, yang berkata defisit negara menurun setiap tahun semasa beliau menjadi perdana menteri.
"Kerana hutang disembunyikan. Ia tersembunyi, adakah kamu faham," jerit Tony Pua (PH-Damansara) kepada Najib.
Ini menyaksikan Dewan Rakyat kecoh sekali lagi.
Ulasan
Catat Ulasan